BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Jugglenaut ialah salah satu pemburu Power Sphera dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan ketua dalam kumpulan Bad Dudes yang dianggotai oleh Jokertu dan Panto. Dia berkebolehan menggunakan lebih dari satu Power Sphera, menjadikan dia salah satu musuh yang digeruni.

Sejarah[]

Kehidupan awal[]

Suatu ketika dahulu, Chibinaut merupakan seorang badut sarkas cilik. Dia suka melakukan persembahan badut di Stesen Angkasa TAPOPS, namun malangnya tiada siapa yang menyukai persembahan Panto yang membosankan. Apabila dia ditinggalkan begitu sahaja oleh penonton, dia berasa tersisih dan berazam untuk membalas dendam ke atas anggota TAPOPS.

BoBoiBoy Galaxy[]

Jugglenaut pertama kali muncul dalam Si Penceroboh Panto sebagai bayangan. Dia mendapat tahu dari MelonBot dan GigiBot bahawa Jokertu telah melaksanakan tugasnya tetapi turut ditangkap. Jugglenaut berkata bahawa ahli-ahli TAPOPS tidak menyedari bahawa ada pencuri (Panto) di Stesen Angkasa TAPOPS, ditugaskan untuk mencuri Power-Power Sphera berharga.

Dalam Sarkas Kegelapan, Jugglenaut telah mengaktifkan dan memprogramkan semula Power-Power Sphera yang telah dicuri, iaitu ApiBot, BebelonBot dan SimenBot. Kemudian dia menyaksikan ketibaan pasukan TAPOPS di Planet Sarkas di bilik kawalan. Jugglenaut terlihat Ochobot dan menyedari bahawa dia adalah Power Sphera, lalu membuat rancangan untuk menambahkan Ochobot ke dalam koleksi Power Spheranya. Dia telah menghantar TargetBot ke tempat BoBoiBoy, Yaya dan Ying berada dan menyaksikan kuasa-kuasa mereka, namun dia tetap mencampak TargetBot kerana gagal menghalang mereka. Setelah mengarahkan MelonBot dan GigiBot untuk bersedia di arena, Jugglenaut menunjukkan dirinya di Sarkas Maksima dan memperkenalkan namanya kepada wira. Koko Ci berkata bahawa dia tidak tahu dan tidak pernah mendengar tentangnya, begitu juga dengan Tarung. Geram dengan jawapan mereka, Jugglenaut mengeluarkan Power-Power Sphera berharga dan menggunakan BebelonBot untuk menyerang mereka sementara Power-Power Sphera koleksinya bersorak bagi pihak Jugglenaut. Kemudian dia menggunakan SimenBot untuk memerangkap mereka dan cuba untuk mengambil Ochobot sehingga ketibaan Fang dan Kapten Kaizo.

Dalam Kemunculan Halilintar, Juglenaut bertempur dengan Kaizo menggunakan Power Sphera ApiBot. Dengan sekali petikan, api meletup di kawasan situ tetapi Kaizo berlindung dengan Dinding Tenaga. Gopal yang terbaring tertanya-tanya berapa Power Sphera yang berada dengan Jugglenaut, dan Ochobot mengesan 4 Power Sphera di sekeliling Jugglenaut, dengan satu yang tidak diketahui. Jugglenaut menyangka dia telah berjaya namun tidak, lalu meneruskan serangan dengan Semburan Api yang amat marak. Kaizo tetap bertahan, membuatkan Jugglenaut geram lalu memerangkap Kaizo di dalam Dinding Tenaga lalu melepaskan Sambaran Maksima. Bagaimanapun, ternyata Kaizo sempat menggerudi masuk ke dalam tanah dan keluar semula di belakang Jugglenaut lalu terus menyerang dengan Tetakan Pedang Tenaga, memisahkan ApiBot, SimenBot dan BebelonBot darinya.

Tanpa disedari wira, terdapat satu lagi Power Sphera pada Jugglenaut. Dengan memicit Power Sphera tersebut, Jugglenaut membesarkan saiz tubuh badannya menjadi sebesar Koloseum. Semua serangan yang dihasilkan oleh Kaizo tidak memberikan sebarang kesan terhadapnya. Apabila Jugglenaut ingin menyerang Yaya dan Ying, BoBoiBoy segera mengaktifkan jamnya untuk bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar dan dia bertempur dengan Jugglenaut. Kaizo juga tidak terlepas mengikuti pertempuran itu lalu dia menggunakan Topeng Jingga. Ancaman Jugglenaut diakhiri dengan Sambaran Mega Halilintar oleh BoBoiBoy. Setelah Power Sphera HidungBot tercabut, tubuh Jugglenaut mengecil menjadi saiz kanak-kanak lalu dia dibawa masuk oleh Yaya ke dalam kapal angkasa mereka untuk dibawa ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Kuasa dan Kebolehan[]

Jugglenaut berkebolehan untuk menggunakan lebih dari satu Power Sphera dan kuasa-kuasa mereka memberikan banyak kelebihan kepada Jugglenaut.

Jugglenaut
  • Power Sphera BebelonBot: Jugglenaut menggunakan kuasa-kuasa belon daripada Power Sphera ini.
    • Kuasa Bebelon: Jugglenaut meniup belon di mulutnya lalu membentuk belon itu menjadi bentuk lain. Belon ini amat sensitif terhadap sentuhan kerana ia akan meletup apabila disentuh.
    • Tiupan Angin: Selepas meniup belon menjadi besar Jugglenaut melepaskan tiupan angin ke arah belon-belonnya ke arah musuh.
  • Power Sphera SimenBot: Jugglenaut menggunakan kuasa-kuasa simen daripada Power Sphera ini.
    • Kuasa Simen Pengeras: Jugglenaut melepaskan simen pengeras ke arah musuhnya untuk memerangkap mereka.
  • Power Sphera ApiBot: Jugglenaut menggunakan kuasa api daripada Power Sphera ini.
    • Semburan Gas: Jugglenaut menyemburkan gas yang tebal lalu memetik jarinya yang menyebabkan berlakunya letupan api di seluruh Colosseum. Digunakan terhadap Kapten Kaizo.
    • Semburan Api: Jugglenaut menyemburkan api marak yang amat berbahaya dari mulutnya. Digunakan terhadap Kapten Kaizo.
    • Sambaran Maksima: Jugglenaut mengumpulkan api yang marak ke dalam Dinding Tenaga Kapten Kaizo untuk memerangkapnya. Namun gagal setelah Kaizo menggerudi ke bawah tanah sebelum api memenuhi Dinding Tenaganya.
  • Power Sphera HidungBot: Jugglenaut menggunakan kuasa pembesaran daripada Power Sphera ini.
    • Pembesaran Saiz: Dengan mendapat kelebihan daripada HidungBot, Jugglenaut boleh menukar dirinya menjadi gergasi dengan nama "Giganaut". Dia juga memiliki kelebihan fizikal yang lebih kuat berbanding Jugglenaut biasa. Kuasa ini serupa dengan kuasa pembesaran BellBot, tetapi tidak seperti BellBot, HidungBot hanya membesarkan saiz apa yang pengguna mahukan.
Giganaut
  • Tumbukan Gergasi: Serangan asas Giganaut dengan menumbuk musuhnya dengan amat kuat, sehingga boleh memecahkan Dinding Tenaga Kaizo.
    • Tumbukan Gergasi Berkembar: Giganaut menumbuk musuhnya dengan kedua-dua tangan dan lebih kuat dari Tumbukan Gergasi biasa, sehingga boleh juga memecahkan satu Dinding Tenaga Berlapis Kaizo.
  • Kekebalan Kulit: Giganaut mempunyai kulit yang kebal, membuatkan musuhnya sukar untuk menyerangnya, bahkan juga serangan pertama Kaizo. Bagaimanapun, gabungan kuasa BoBoiBoy Halilintar dan Kuasa Jingga Kaizo membolehkan mereka mengalahkan Giganaut.

Rupa[]

Perwatakan[]

Trivia[]

  • Ketiga-tiga nama Jugglenaut, MelonBot dan GigiBot pertama kali dinyatakan dalam kredit.
  • Jugglenaut merupakan pemburu Power Sphera ketiga yang muncul selepas Bora Ra dalam BoBoiBoy: The Movie dan Kapten Separo dalam BoBoiBoy Galaxy.
  • Nama Jugglenaut gergasi (Giganaut) dan Jugglenaut kecil (Chibinaut) dinyatakan dalam komik BoBoiBoy Galaxy: Kemunculan Lagenda.
  • Ia didedahkan dalam Kemunculan Halilintar yang hidungnya adalah Power Sphera yang mana membolehkan dia berubah saiz mengikut kehendaknya.
  • Tidak seperti badut yang lain, Jugglenaut hanya memiliki empat jari sahaja.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Lain-lain[]

Advertisement