BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Jokertu merupakan watak antagonis yang muncul dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Kelakuan dia yang pelik menyebabkan sesiapa yang berjumpa dengannya merasa gerun dan takut.

Penerangan[]

"Jokertu adalah salah seorang penjahat baru yang ditemui BoBoiBoy dan rakan-rakan dalam perjalanan mereka melalui galaksi. Dengan senjata api dan tongkat kuasanya, Jokertu akan menentang sesiapa sahaja yang berani menghalangnya."
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Galaxy


Sejarah[]

Kehidupan awal[]

Tidak banyak yang diketahui tentang kisah awal Jokertu. Pada suatu masa dahulu, Jokertu merupakan seorang jaguh dalam melawan kad, sehingga dia mendapat gelaran "Jaguh Pertarungan Kad Galaksi Nusagima".

BoBoiBoy Galaxy[]

Jokertu pertama kali muncul dalam Joe Ker tu? setelah dia dikeluarkan dari kadnya oleh Power Sphera bernama CardBot dan menyerang Stesen Angkasa TAPOPS. Jokertu menggunakan kad-kad yang diberikan oleh CardBot dan memasukkan semua ahli TAPOPS, termasuk BoBoiBoy dan kawan-kawannya ke dalam kad. Jokertu kemudiannya dicabar dan dikalahkan oleh Papa Zola dalam perlawanan kad setelah dia dimasukkan ke dalam kad.

Kemudian dalam Si Penceroboh Panto, Jokertu telah dilepaskan oleh CardBot dari kadnya atas arahan Koko Ci untuk mengetahui bagaimana dia boleh tahu tentang penyamaran TAPOPS. Meskipun dengan pelbagai cara Jokertu tetap tidak membuka mulut. Setelah diugut oleh Tarung, Jokertu akhirnya mengaku bahawa dia telah dihantar untuk mengalihkan perhatian mereka dari seorang pencuri Power Sphera bernama Panto, yang telah mencuri beberapa Power Sphera dari dalam Bilik Kebal Power Sphera. Jokertu kali terakhir dilihat berada di dalam penjara yang dijaga oleh Fang, Sai dan Shielda.

Kemahiran dan Kuasa[]

Serangan
3/5 Profil Galaxy Jokertu
Pertahanan
2/5
Ketangkasan
5/5
Keberanian
3/5


Selain menggunakan kad-kad kuasa yang diberikan oleh CardBot untuk memasukkan apa sahaja ke dalamnya, Jokertu juga mempunyai kemahiran untuk mengelak dengan pantas dari setiap serangan BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Jokertu turut mendedahkan kerjayanya sebagai jaguh dalam Pertarungan Kad Galaksi Nusaigima. Menurut CardBot, Set Naga Ganas miliknya merupakan antara set terkuat, yang mana mengandungi Naga Rangka, Kembar Naga Tembaga dan Naga Kepala Dua.

  • Tongkat: Merupakan senjata utama Jokertu. Tongkat ini kemudiannya telah ditukarkan menjadi gula sagu oleh Gopal.
  • Balingan Kad: Jokertu melemparkan kad kosong yang diberikan oleh CardBot ke arah sasarannya yang akan menukarkan atau memasukkan sasaran itu ke dalam kad tersebut.
    • Balingan Kad, Bertubi-tubi: Jokertu membaling kad-kad kosong secara berterusan dan pantas ke arah musuhnya supaya tidak terlepas sasarannya.
  • Pusaran Kad: Jokertu mengumpulkan kad-kad kosong dan berpusing di udara lalu melemparkan kad-kad tersebut ke arah sasarannya.
  • Set Koleksi: Naga Ganas: Merupakan antara set terkuat yang Jokertu miliki.
    • Kad Naga Rangka: Kad yang mempunyai imej rangka naga.
    • Kad Kembar Naga Tembaga: Dua keping kad yang mempunyai imej naga tembaga.
      • Kad Gabungan Naga Kepala Dua: Jokertu menggabungkan tiga keping kad menjadi satu keping yang membentuk imej seekor naga yang berkepala dua.

Rupa[]

Jokertu mempunyai warna kulit yang gelap, lazimnya di mukanya dan mata berwarna biru muda dengan iris yang berwarna di antara ungu dan merah terang. Skema warna dan gaya pemakaiannya amat menyerupai seakan-akan seorang badut sarkas, dengan sut kuning dan kain merah berbentuk seperti bintang di sekitar lehernya. Di kepalanya terdapat dua corak di kiri dan kanan yang menyerupai seperti sepasang mata biru berserta dengan penutup dengan warna yang sama dengan mukanya. Jikalau dilihat dengan lebih dekat, terdapat bintik-bintik putih yang kecil di mukanya.

Perwatakan[]

Jokertu sering menonjolkan kelakuan yang pelik dan juga mudah menggila, lebih-lebih lagi apabila dia ketawa dan ini membuatkan sesiapa yang berjumpa dengannya merasa gerun dan takut.

Trivia[]

  • Selain mengumpul kad, Jokertu juga merupakan "Jaguh Pertarungan Kad Galaksi Nusagima".
  • Jokertu merupakan alien yang menyerupai manusia yang ketiga muncul dalam siri ini. Alien yang pertama ialah Fang, yang kedua ialah Kapten Kaizo , yang keempat ialah Sai , yang kelima ialah Tarung, yang keenam ialah Shielda, dan yang ketujuh ialah Hang Kasa.
  • Walaupun orang lain tidak boleh bergerak setelah dimasukkan ke dalam kad, namun Jokertu masih mempunyai kelebihan untuk bergerak dan dia masih mempunyai kesedaran walaupun berada di dalam kad.
  • Nama Jokertu boleh dijadikan sebagai rujukan kepada watak yang memainkan kad di alam nyata iaitu Joker.
    • Dia juga mungkin berdasarkan pada penjahat dari francais DC dan musuh Batman yang paling terkenal dengan nama Joker dan watak Marvel yang bernama Collector.
  • Nama "kertu" dalam namanya juga mungkin berasal dari perkataan "kartu" iaitu kad dalam Bahasa Indonesia.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Jokertu

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Video[]

Advertisement