BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Jari Bayang merupakan salah satu kuasa Fang. Fang menghasilkan gugusan tali bayang pada kakinya dan menggunakannya bagi menyerang musuh atau objek bagi mendapatkan sesuatu yang berfungsi sebagai tangan.

Dalam siri BoBoiBoy Galaxy, Tangan Bayang menjadi lebih panjang untuk menyerang musuh atau mendapatkan sesuatu objek. Ia juga boleh digunakan untuk menggeletek musuh yang dikawal oleh Fang, ataupun mengikat tangan musuh dari menyerang rakannya.

Sejarah[]

Seperti namanya, Fang akan membina lengan berbayang yang akan mengejar sasaran, dan juga membentuk bentuk 3 dimensi sebagai senjata keluar dari blackmass, yang bukan hanya mengejutkan sasaran, tetapi juga membolehkan mereka mencapai sasaran udara.

Walau bagaimanapun, kelemahan kuasa yang diketahui adalah tangan bayang-bayang itu boleh lebih mudah diramalkan dalam cahaya matahari dan kawasan terang daripada di kawasan-kawasan dengan cahaya yang redup.

Dia menggunakannya untuk memerangkap BoBoiBoy Taufan dalam Musim 2, Episod 2, Kucing Sewel dalam Musim 2, Episod 6, dan tangan PETAI tetapi gagal dalam Musim 2, Episod 12. Dalam Musim 3, Episod 1, ia juga digunakan oleh Ejo Jo menangkap BoBoiBoy dan kawan-kawannya selepas dia mencuri jam kuasa Fang.

Dalam Musim 3, Episod 26, mereka dinaik taraf menjadi Tangan Bayang untuk menolak Dinding Tenaga.

Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 11, Fang menggunakan Jari Bayang untuk menyerang BoBoiBoy Angin dan kemudiannya menghalang Tumbukan Berapi BoBoiBoy Api.

Kuasa[]

BoBoiBoy
  • Serangan Jari Bayang: Fang menggunakannya untuk memerangkap musuh dengan pantas.
  • Tusukan Jari Bayang: Serangan jarak jauh yang mengeluarkan bayang berbentuk tangan yang bertumpu seperti gerudi.
  • Jari Jemari Bayang: Fang menghasilkan gugusan tali bayang pada kakinya dan menggunakannya bagi menyerang musuh atau objek bagi mendapatkan sesuatu yang berfungsi sebagai tangan.
  • Tusukan Jari Jemari Bayang: Serangan gabungan antara Tusukan Bayang dan Jari Jemari Bayang.
  • Tangan Bayang: Jurusan yang digunakan oleh Fang untuk menahan sesuatu dinding.
BoBoiBoy Galaxy
  • Jerangkap Jari Bayang: Menghasilkan tangan dengan lima jari yang digunakan untuk menangkap musuhnya lalu melemparkan mereka ke tempat lain secara pantas.
  • Seribu Jari Bayang: Fang menggunakannya untuk mengikat kesemua musuh-musuhnya.
  • Tangan Bayang: Kuasa ini digunakan sebagai pertahanan.

Galeri[]

BoBoiBoy
Musim 2
Musim 3
BoBoiBoy Galaxy
Advertisement