BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


J-Rex ialah watak dalam BoBoiBoy: The Movie. Ia merupakan salah satu mahluk yang berasal dari kapal angkasa Tengkotak yang berupa seekor jerung.

Sejarah[]

BoBoiBoy: The Movie[]

J-Rex merupakan mahluk yang diperbuat daripada barangan robotik dan dihibridkan dengan seekor ikan. Ia membuat kemunculan sulungnya di dalam BoBoiBoy: The Movie sebagai mahluk suruhan pasukan Tengkotak.

Setelah Bora Ra mengarahkan Yoyo Oo untuk melepaskan J-Rex, ia dilepaskan oleh Yoyo Oo dan kelihatan J-Rex berlari keluar.

Sementara Adu Du dan Probe memperdayakan Papa Zola dengan menipunya yang anak-anak muridnya telah ditangkap oleh Pasukan Tengkotak. Namun, kemunculan J-Rex di belakang Papa Zola secara tiba-tiba mengejutkan mereka bertiga, lantas berusaha melarikan diri mereka.

Disebabkan terlalu laju berlari, mereka bertiga tidak sedar yang mereka telah melebihi gaung dan jatuh dengan serta-merta. Oleh itu, mereka bertiga berguling-guling sehinggalah tiba ke penghujung gaung. Mujur masing-masing sempat berpaut untuk mengelakkan dari terjatuh ke bawah. Namun, gaung yang lebih tinggi itu menyebabkan Papa Zola terkejut besar kerana dia adalah orang yang paling bawah sekali berpaut.

Lantas, Adu Du menyuruh seorang konconya untuk menarik mereka ke atas. Pada masa yang sama, J-Rex masih lagi mengejar mereka. Namun, ia pula tergelincir dan menyedari yang ia juga akan jatuh ke dalam gaung. Sementara Adu Du melambai-lambai ke arah J-Rex, tiba-tiba ia terhenti dari terjatuh.

Rupa-rupanya, Papa Zola telah menyelamatkan J-Rex dengan memegang kakinya. Ujar Papa Zola, kebenaran tidak akan membenarkan sesiapa pun daripada terjatuh. Oleh itu, mereka bertiga telah mendapat seorang teman baru, J-Rex yang ganas tadi telah menjadi jinak disebabkan oleh Papa Zola dengan nama barunya: Jerung Jinak Kebenaran!

Dalam kredit akhir, J-Rex berkhemah bersama dengan Geng BoBoiBoy, Papa Zola, Adu Du dan Probe. Keesokan harinya, J-Rex mengikuti BoBoiBoy dan kawan-kawan balik ke Pulau Rintis dan kini tinggal bersama dengan Papa Zola dan Mama Zila.

Kuasa dan Kebolehan[]

  • Gigitan Jerung Kebenaran: Papa Zola menyeru J-Rex untuk menggigit belakang kapal angkasa Tengkotak.

Rupa[]

Perwatakan[]

Trivia[]

  • Nama "J-Rex" diambil dari nama "T-Rex", seekor dinosaur terkemuka di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, namanya bermaksud "Jerung Rex".

Galeri[]

Kategori utama: Gambar J-Rex

Video[]

Advertisement