BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

InviBot merupakan sebuah Power Sphera yang digunakan oleh Panto dan mempunyai kuasa imaginasi. Kemudian dia telah diambil oleh TAPOPS.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Dalam Si Penceroboh Panto, InviBot sentiasa berada dalam keadaan halimunan mengikuti ke mana sahaja Panto pergi. Dia menghasilkan medan halimunan yang membolehkan Panto untuk mencipta benda-benda halimunan yang tidak boleh dilihat daripada imaginasinya. Walau bagaimanapun, medan ini juga memberikan kuasa yang sama kepada BoBoiBoy dan Gopal kerana mereka berada di dalam medan itu. Menurut Ying, InviBot merupakan Power Sphera jenis proximity iaitu berjarak dekat.

Untuk mencari lokasi InviBot, BoBoiBoy memperkenalkan sepasang cermin mata yang boleh mengesan Power Sphera halimunan dan membantunya untuk menangkap InviBot. Panto dan InviBot berpeluk buat kali terakhir sebelum mereka berpisah, kemudian Koko Ci berkata kepada Panto bahawa Power Spheranya berada dalam keadaan selamat. Kelihatan InviBot diletakkan di sebelah HookaBot di dalam bilik Power Sphera. Melalui InviBot, Ochobot berjaya mendapatkan maklumat tentang lokasi Power-Power Sphera yang telah dicuri oleh Panto.

Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, InviBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera bersama dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.

Kuasa[]

InviBot mempunyai kuasa imaginasi. Apa sahaja yang Panto bayangkan tidak kira senjata mahupun kenderaan, InviBot dapat menghasilkannya tetapi dalam bentuk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Trivia[]

  • Nama InviBot diambil dari perkataan "invisible" yang bermaksud halimunan, sesuai dengan kuasanya yang boleh menghasilkan objek-objek halimunan.
  • InviBot merupakan Power Sphera proximity pertama yang muncul dalam BoBoiBoy Galaxy.
  • InviBot merupakan Power Sphera ketiga yang mempunyai hubungan rapat dengan pemiliknya, Panto selepas Ochobot (BoBoiBoy) dan BellBot (Cattus) kerana dia memeluknya sambil menitiskan air mata apabila InviBot ditangkap oleh BoBoiBoy.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Advertisement