BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Incik Boss dan Probe merupakan sebuah lagu yang buat dan dinyanyikan oleh Adu Du dan Probe pada Musim 2, Episod 6 sebagai meraikan kemenangan istimewa mereka.

Rupa[]

Lirik lagu ini kedengaran sama seperti lagu pembukaan siri BoBoiBoy (BoBoiBoy, Superhero Kita!), tetapi nama watak-watak utama telah ditukar dengan nama watak-watak jahat. Lagu ini dinyanyikan oleh Adu Du dan Probe untuk memberitahu penonton bahawa tajuk cerita BoBoiBoy akan ditukarkan dengan tajuk Incik Boss dan Probe demi menunjukkan kegembiraannya selepas berjaya mengalahkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Slogan katanya pun ditukar menjadi "terbalik".

Lirik[]

Sesuatu masa keadaan dunia
Penuh bergaya, ancaman dari kami-kami ini
Habislah semua, hero dah takde, hero dah kalah ler

Dikalahkan kami (x2)

Alien hensem datang takluki Bumi
Demi koko yang dicintai (oh yeah!)
Mereka dah tiba tahun lepas lagi
Macam-macam dah jadi

Ada sekali kalah tapi akhirnya menang jugak!

Incik Boss! (dan Probe) (x2)
Incik Probe! (dan Boss)

BoBoiBoy selamat tinggal jalan
Dah tinggal memori sahajalah
Ying, Yaya, dan Gopal
Semua dah tak berguna

Berani tapi kalah (x2)

Apalah guna ya?!

(Ha, BoBoiBoy? Hahahahaha!)

Incik Boss! (dan Probe!) (x2)
Incik Probe! (dan Boss!)

Probe!
Komputer!
Multi-Monster! (Eh? Dia dah jadi baik arh!)

Dan boss hensem kita!

Adu Du! (dan Probe!)
Incik Boss! (dan Probe!) (x2)
Incik Probe! (dan Boss!)

Woah, woah! Yeah, yeah! (x4)

Incik Boss (oh yeah!), dan Probe!

Pesanan[]

  • Di akhir video lagu, Probe sempat memberikan pesanan kepada para penonton, "Jangan lupa saksikan siri animasi Incik Boss, dan Probe! Terbalik!".

Trivia[]

  • Lagu ini mempunyai nada muzik yang sama dari lagu tema BoBoiBoy asal tetapi dengan lirik yang berbeza.
  • Semasa lagu dimainkan, terdapat banyak babak imbas kembali di mana Adu Du dan Probe mengalahkan BoBoiBoy.

Video[]

Advertisement