BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ibu Bu merupakan ibu kepada Adu Du yang merupakan antara alien terkaya yang mempunyai butik bernama "Ibu Bu Butik" yang amat terkenal di Planet Ata Ta Tiga.

Sejarah

BoBoiBoy

Ibu Bu muncul dalam Ketibaan Ibu Adu Du apabila datang ke Markas Kotak untuk melawat anak lelakinya Adu Du, yang sedang memancing bersama Probe pada waktu itu. Kedatangan Ibu Bu telah mengejutkan Adu Du dan Probe. Probe telah memberitahu tentang misi sebenar Adu Du datang ke Bumi kepada Ibu Bu, dan juga kenyataan bahawa Adu Du telah berubah menjadi baik. Perkara itu sungguh mengejutkan Ibu Bu lalu memujuk anaknya untuk berubah menjadi jahat semula. Probe memberitahu lagi kepada Ibu Bu tentang BoBoiBoy, iaitu budak yang telah menghasut Adu Du untuk menjadi baik. Ibu Bu bertambah marah selepas mendengar cerita sebenar tentang BoBoiBoy, lalu pergi ke warung Tok Aba dengan muka yang marah dan ingin membalas dendam terhadap BoBoiBoy. Ochobot menghubungi BoBoiBoy dan menyuruhnya datang ke warung, dan dia dengan rakan-rakannya bertemu dengan Ibu Bu. Ibu Bu yang marah menggunakan segala senjatanya untuk berlawan dengan BoBoiBoy dan rakan-rakan. Kesudahannya, Ibu Bu mengaktifkan bom lalu mencampakkannya ke arah BoBoiBoy dan rakan-rakan. BoBoiBoy telah menghalang letupan bom itu dengan mencipta Tanah Penghalang. Walau bagaimanapun, dia terlanggar Ibu Bu tanpa disedarinya dan Adu Du yang melihat kejadian itu menjadi marah dan bertekad untuk kembali kepada kejahatan semula untuk membalas dendam terhadap BoBoiBoy.

Dalam Adu Du Kembali Jahat, Ibu Bu sedang berbaring di atas katil sementara Adu Du menangis di sebelahnya, sambil menyatakan tekadnya untuk membalas dendam terhadap BoBoiBoy bagi pihak ibunya. Sesekali Ibu Bu berkata bahawa beliau "sudah tidak lama lagi", Adu Du menangis lagi dan menyangka bahawa ibunya akan mati tetapi yang sebenarnya ibunya akan pulang ke rumah. Sebelum Ibu Bu pergi, beliau memberikan dua hadiah kepada Adu Du, yang pertama adalah Jaja Bear iaitu teddy bear kejahatan sementara yang kedua adalah Kad Kredit Plutonium. Setelah itu, Adu Du menggunakan kad itu untuk membeli Robot Pango daripada Bago Go.

Senjata

Ibu Bu mempunyai banyak siri senjata yang digunakan daripada barang kosmetik.

  • Pistol Gincu Laser: Ibu Bu menukarkan gincu miliknya menjadi pistol mini yang boleh menembak laser ke arah musuh dari jarak yang jauh.
  • Serangan Gincu Berlaser: Ibu Bu menukarkan gincu miliknya menjadi pedang cahaya yang kuat dan apabila terkena musuh akan meninggalkan kesan coretan yang merenjat musuhnya dengan renjatan elektrik.
  • Kasut Roket: Ibu Bu menukarkan kasut tumit tinggi miliknya menjadi booster roket yang membolehkannya mengejar musuh di atas langit.
  • Libasan Rantai Emas 18 Karat: Ibu Bu menggunakan rantai emas miliknya yang bertindak sebagai cemeti untuk menyerang musuh.
  • Gelang Pengikat: Ibu Bu melancarkan gelang miliknya ke arah musuhnya yang akan memerangkap mereka di bahagian badan sehinggakan musuhnya tidak mampu untuk bergerak lagi.
  • Compact Powder Pemening: Ibu Bu perlu menerbangkan debu bedaknya yang boleh mengakibatkan musuhnya berasa pening apabila menghidunya.
  • Perfume Pembusuk: Ibu Bu menggunakan Perfume Pembusuk untuk menyembur lawannya dengan bauan yang amat busuk, sehinggakan lawannya itu dikerumuni dengan mahluk perosak seperti tikus dan lipas.
  • Kit Solekan Bom: Ibu Bu menggunakan alat solek miliknya dan menukarkannya kepada Bom Jangka yang akan meletup dalam masa 10 saat apabila diaktifkan.

Rupa

Ibu Bu berkepala kubus dan mempunyai sesungut yang mempunyai kubus kecil di hujungnya yang berfungsi sebagai telinga. Memakai cermin mata yang berbingkai ungu dan berambut kerinting berwarna merah serta memakai gincu yang nipis dan bertahi lalat yang terletak di bawah mulutnya. Mengenakan baju blaus berwarna ungu terang yang lengkap dengan perhiasan rantai emas dan bertali pinggang pada seluarnya yang berwarna kuning dengan kasut yang bertumit tinggi.

Perwatakan

Ibu Bu adalah alien terkaya dan tergolong dalam golongan pertama di Planet Ata Ta Tiga yang dinyatakan dalam Adu Du Kembali Jahat. Dia sering menyukai berbuat jahat dan mendakwa semua keluarganya yang jahat, yang membuatnya memujuk Adu Du untuk kembali kepada kehidupan kejahatannya dan memusnahkan BoBoiBoy.

Ibu Bu juga bersifat manipulatif, seperti berpura-pura sakit selepas dicederakan oleh BoBoiBoy Gempa untuk membuat anaknya mengkhianati BoBoiBoy supaya dia dapat kembali ke kancah kejahatan semula.

Trivia

  • Ibu Bu merupakan alien berjantina perempuan pertama yang muncul dalam siri ini, diikuti oleh Kiki Ta dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Ibu Bu merupakan alien kelas atasan di Planet Ata Ta Tiga tetapi anak lelakinya, Adu Du, dilahirkan dalam kelas alien yang terendah.
    • Bagaimanapun, mungkin dia pernah menjadi orang asing kelas rendah seperti Adu Du dan bekerja keras untuk mendapatkan kelas pertama.
  • Ibu Bu merupakan watak antagonis pertama yang tidak pernah dihukum atas perbuatan kejahatannya.

Galeri

Kategori utama: Gambar Ibu Bu

Gambar promosi

Cekupan skrin

Video

Advertisement