BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Heely Wheely ialah watak dalam BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan pelumba Nova Prix yang berasal dari Planet Kasuta.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Heely Wheely pertama kali diperkenalkan dalam Perlumbaan Nova Prix oleh pengacara sebelum memulakan perlumbaannya. Selepas ia menghidupkan enjin kenderannya, ia mendahului ke hadapan. Pok Pok Tus cuba untuk memotongnya tetapi gagal membuatkan dia mencampakkan tong yang berisi air ke arah Wheely lalu berada di sebelah kenderaannya. Tiba-tiba Bikembar Merah dan Bikembar Biru datang dan menghimpit kedua-dua kenderaan mereka dari kiri dan kanan. Wheely berjaya memecut ke hadpaan manakala Pok Pok Tus tercampak ke belakang.

Ketika berada di kawasan meteor, Wheely mendahului BoBoiBoy dan Fang lalu mengimbas meteor yang mendatang melalui kenderaannya. Apabila meteor dikesan, kenderaan Wheely dengan mudah mengelak semua hujan meteor lalu terus maju ke hadapan.

Kemudian, Wheely singgah di kawasan perhentian dan mengambil biskut dari tangan Yaya lalu memakannya. Ini menyebabkan Wheely pengsan dan kenderaannya terbabas ke tepi, maka dia terkeluar dari perlumbaan Nova Prix.

Senjata[]

  • Kenderaan: Kenderaan berbentuk kasut yang digunakan Wheely untuk berlumba dalam Perlumbaan Nova Prix. Ia boleh mengesan segala ancaman yang menuju ke arahnya dan berkemampuan untuk mengelak ancaman-ancaman tersebut dengan selamat, termasuklah hujan meteor.

Rupa[]

Heely Wheely memakai jaket merah jambu dan bersarung tangan merah jambu yang menutupi lengannya sehingga ke siku. Helmetnya memiliki corak bunga merah jambu dalam keadaan bertutup. Wheely mempunyai kulit yang berwarna hijau muda.

Perwatakan[]

Trivia[]

  • Nama Heely mungkin berasal dari perkataan heel, yang bermaksud tumit dalam bahasa Melayu, sesuai dengan kenderaannya yang berbentuk kasut bertumit tinggi.

Galeri[]

Cekupan skrin[]

Konsep seni[]

Video[]

Advertisement