BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Harimau Bayang ialah salah satu bentuk bayang Fang. Harimau Bayang merupakan sebuah lembaga berbentuk harimau yang digunakan untuk menyerang musuh. Ia pertama kali muncul dalam Musim 2, Episod 2.

Penggunaan

Fang menciptakan lembaga hitam dengan tangannya yang berbentuk harimau. Mata lembaga itu mula berwarna merah. Kemudian, lembaga itu menjadi sejumlah tenaga jisim berwarna hitam dan membentuk Harimau Bayang. Seperti harimau sebenar, ia boleh mengaum, menggigit dan mencakar musuh. Teknik Cakaran Bayangnya membolehkan Fang untuk menakutkan musuhnya bersama dengan penampilan dan bunyi ngaumannya. Gerak-geri Harimau Bayang dikawal melalui pergerakan tangan Fang.

Sejarah

Teknik ini pertama kali digunakan dalam Musim 2, Episod 2 dengan Fang mengumpulkan kuasa bayang lalu menjelmakannya untuk menyerang BoBoiBoy, walau bagaimanapun gagal apabila BoBoiBoy menusuk badan Harimau Bayang yang menyebabkannya hilang.

Sepanjang musim kedua hingga ketiga, Fang sering menjelmakan Harimau Bayang dan menjadikannya sebagai kuasa utama walaupun kadang-kadang tidak efektif menyerang musuh-musuhnya.

Kuasa

  • Cakaran Bayang: Fang menyeru Harimau Bayang untuk mencakar musuh.
  • Bahaman Harimau Bayang: Setelah menjelmakan Harimau Bayang, Fang menyerunya untuk membaham musuh.
  • Cakaran Harimau Bayang: Setelah menjelmakan Harimau Bayang, Fang menyerunya untuk mencakar musuh.

Rupa

Harimau Bayang merupakan lembaga yang berwarna hitam dan mempunyai mata yang berwarna merah dan bersinar. Walaupun diperbuat daripada bayang akan tetapi giginya tampak begitu putih.

Kemunculan

Trivia

  • Sepanjang kemunculannya, Harimau Bayang ditunjukkan mempunyai emosi dan perasaan dan naluri haiwan. Misalnya, Harimau Bayang menunjukkan rasa takut dan melarikan diri dari Robot Pango dalam Musim 3, Episod 14. Selain itu, Harimau Bayang juga menunjukkan rasa marah akan Fang kerana menjelmakannya untuk menyelamatkan Gopal yang terjatuh ke platform tetapi juga menyebabkannya terjatuh kerana tidak boleh terbang dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Harimau Bayang merupakan antara bentuk bayang terbanyak yang dijelmakan oleh Fang dan merupakan salah satu bentuk bayang Fang yang dikenal pasti oleh Komputer Ejo Jo.

Galeri

Kategori utama: Gambar Harimau Bayang
BoBoiBoy
BoBoiBoy The Movie
BoBoiBoy Galaxy
Advertisement