BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Gogobi merupakan watak antagonis sekunder dalam BoBoiBoy Movie 2. Beliau merupakan kapten dalam kumpulan Penggali Kristal.

Sejarah

BoBoiBoy Movie 2

Gogobi dan konco-konconya tiba di Asteroid Kristal untuk mengumpulkan kristal sebanyak mungkin. Pada ketika itu, Kechik terlihat seorang alien yang membeku di dalam kristal dan memberitahu perkara itu kepada bosnya. Mereka membawa kristal itu ke pangkalan mereka dan Gogobi merungut disebabkan alien itu, mereka kekurangan kristal dari yang mereka harapkan. Pada masa yang sama, alien itu berjaya membebaskan diri dan memperkenalkan dirinya sebagai Retak'ka. Apabila mengetahui Kuasa Elemental digunakan oleh BoBoiBoy, Retak'ka mengugut Gogobi dan penggali kristal untuk membawanya kepada mereka dengan menjanjikan habuan kristal.

Retak'ka mengugut Gogobi.

Penggali Kristal membawa Retak'ka ke Stesen Angkasa TAPOPS dan Retak'ka menyebabkan kemusnahan di seluruh stesen apabila Koko Ci tidak memberitahunya lokasi BoBoiBoy. Setelah BoBoiBoy dan kawan-kawannya tiba di stesen, Gogobi mengarahkan konco-konconya untuk menyerang mereka. Walaupun penggali-penggali kristal berjaya dikalahkan oleh pasukan adiwira itu, mereka kemudiannya tetap kalah dengan serangan Retak'ka. Selepas pertempuran berakhir, Retak'ka mengarahkan Gogobi untuk meletupkan Stesen Angkasa TAPOPS.

Rupa

Perwatakan

Trivia

  • Gogobi memiliki beberapa persamaan dengan Gaga Naz dalam BoBoiBoy: The Movie dari segi fizikal seperti berbadan besar dan bersikap bengis. Mereka berdua sangat setia kepada watak antagonis utama dalam kedua-dua filem mereka, iaitu Retak'ka dan Bora Ra.

Galeri

Kategori utama: Gambar Gogobi

Gambar promosi

Cekupan skrin

Lain-lain

Advertisement