BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

GigaBot merupakan sebuah Power Sphera perentas dimensi yang muncul dalam komik crossover siri BoBoiBoy Galaxy dan Lawak Kampus yang bertajuk BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR

GigaBot tiba di Bumi dan mengganggu perlawanan bola sepak antara pasukan TAPOPS dan Sekolah Menengah Lawak Kampus. BoBoiBoy Petir menyerangnya untuk mempertahankan diri, secara langsung menyebabkan mukanya tercalar. Ini membuatkannya menjadi marah dan membuka lapan portal dengan setiap portal bersambung dengan dimensi lain; dengan tidak sengaja.

Di dalam dimensi yang terakhir, ia didedahkan bahawa Adu Du yang membawa GigaBot ke Bumi untuk melaksanakan rancangan jahatnya untuk mengalahkan BoBoiBoy.

Setelah diselamatkan oleh Komander Koko Ci dan Cikgu Noodle, dia menerangkan niatnya yang baik iaitu mengumpulkan bahan-bahan untuk jamuan tehnya.

Galeri

Advertisement