BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Gerudi Taufan ialah kuasa utama bagi BoBoiBoy Taufan.

Penggunaan

BoBoiBoy Taufan menghasilkan puting beliung mini di tangannya yang digunakan sebagai gerudi untuk menyerang lawan dengan bantuan papan luncurnya untuk menjadikan serangan lebih efektif.

Dalam musim kedua, Gerudi Taufan mempunyai versi kedua yang mampu menyerang musuhnya dengan kuantiti yang lebih besar di mana BoBoiBoy Taufan mengumpulkan momentum dan kuasa angin yang berbentuk gerudi gergasi lalu menyerang musuh.

Sejarah

BoBoiBoy

Teknik ini merupakan teknik paling banyak yang digunakan oleh BoBoiBoy Taufan. Ia pertama kali digunakan dalam Musim 1, Episod 11 semasa berlawan dengan BoBoiBoy Halilintar dan seterusnya semasa berlawan dengan Robot Pemusnah Mukalakus dalam Musim 1, Episod 13.

Dalam musim kedua, teknik ini jarang digunakan sehingga dalam Musim 2, Episod 12 yang mana versi keduanya untuk mengalahkan Robot PETAI tetapi gagal dan dalam Musim 2, Episod 13, BoBoiBoy Taufan meningkatkan Gerudi Taufan menjadi Gerudi Mega Taufan dan melakukan Gerakan Kombo bersama BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Gempa namun gagal.

Seterusnya dalam musim ketiga, teknik ini semakin jarang digunakan tetapi masih digunakan dalam BoBoiBoy vs Ejo Jo Bahagian 1 untuk mengalahkan Ejo Jo dan seterusnya dalam Robot Pango & Raksasa Bawang, teknik ini digunakan bersama BoBoiBoy Halilintar untuk mencipta Gerakan Kombo Gerudi Halilintar dan Taufan untuk mengalahkan Robot Pango. Dalam Jumpa Lagi BoBoiBoy, teknik ini digunakan untuk menghentikan Dinding Tenaga dari menolak BoBoiBoy Taufan dan Fang.

Kuasa

  • Tumbukan Gerudi Taufan: Puting beliung mini yang ditumbukkan untuk menyerang lawan.
  • Gerudi Mega Taufan: Menghasilkan Gerudi Taufan yang dua kali ganda besar yang lebih kuat daripada biasa.
Serangan Kombo
  • Gerakan Kombo: Gerakan kombo bersama BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Gempa dalam Musim 3, Episod 1 dengan BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan masing-masing menjelmakan Pedang Mega Halilintar dan Gerudi Mega Taufan. Mereka dibawa oleh Golem Tanah untuk memulakan serangan terhadap Ejo Jo.
  • Gerakan Kombo Gerudi Halilintar dan Taufan: Gerakan kombo bersama BoBoiBoy Halilintar dengan menghasilkan Gerudi Taufan yang bermuncungkan Pedang Halilintar untuk menyerang Robot Pango dari atas dengan kelajuan yang sangat pantas. Digunakan dalam Musim 3, Episod 14.

Galeri

Advertisement