BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Gerakan Kombo BoBoiBoy ialah serangan kombo pertama yang dilakukan oleh BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Dalam Musim 1, Episod 9, sejurus selepas bertukar besar, dia disasar dengan Gelombang Tidur raksasa itu, tetapi sempat menepis serangan itu dengan Keris Petir. BoBoiBoy mengingatkan Raksasa Tidur bahawa dia tahu semua serangannya. Raksasa Tidur mengejutkan musuhnya dengan Hikmat Tik-Tok Tik-Tok, yang mana dia mengayunkan seutas jam tangan untuk memukau BoBoiBoy hingga tidur. Gopal yang melihat ayunan jam itu sekali mudah terpukau dan bersumpah untuk mematuhi suruhan "tuannya". Kesan pukauan terhadap BoBoiBoy nampaknya berkesan, tetapi akhirnya wira cilik itu memecahkan diri daripada cengkaman kuasa memukau lalu berpecah jadi tiga. Oleh itu dengan mudah mereka bertiga menewaskan Raksasa Tidur dengan Gerakan Kombo: si angin mengangkat raksasa itu ke udara dengan Beliung Melambung, si tanah menyambutnya dari jatuh dengan Tanah Tinggi, Bertubi-tubi dan si petir bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar untuk menidurkan Raksasa Tidur buat selamanya... dan akhirnya membangunkan mereka semua daripada mimpi.

Galeri[]

Video[]

Advertisement