GammaBot, atau SinarBot,[1] ialah sebuah Power Sphera yang ditemui dan digunakan oleh Retak'ka untuk mendapatkan kuasa gammanya. Tidak banyak diketahui tentangnya kerana dia hanya disebut oleh Hang Kasa secara ringkas dalam BoBoiBoy Movie 2.
Sejarah[]
Sejarah awal[]
Semasa kanak-kanak, Hang Kasa dan Retak'ka menemui KristalBot dan GammaBot di Planet Gugura. Hang Kasa mengambil KristalBot sementara Retak'ka mengambil GammaBot. Ia memberikan kuasa sinar gamma kepada Retak'ka, namun dia menyalahgunakannya untuk kehancuran dan bahkan menggunakannya untuk merampas kuasa elemental lain.
BoBoiBoy Galaxy[]
Di akhir Episod 21, SinarBot disebut oleh DataBot yang mendedahkan tentang asal-usul kuasa cahaya BoBoiBoy.
Rupa[]
SinarBot merupakan sebuah robot berbentuk sfera dengan sebuah kubah kaca kuning di bahagian atas yang memperlihatkan corak seakan-akan sinaran matahari di dalamnya. Mata kecilnya yang bersinar dengan warna kuning memberikan ekspresi yang tegas dan bahagian hadapannya mempunyai corak dan reka bentuk yang kelihatan seperti perisai mekanikal. Ia juga memiliki dua lengan bersama empat jari yang besar dan kukuh dengan sendi-sendi yang kelihatan berteknologi tinggi dan mempunyai butiran bercorak seperti matahari, selaras dengan tema sinaran matahari pada kubah kepalanya. Apabila tidak aktif, ia boleh menyimpan kedua-dua tangannya dengan rapi di dalam tubuhnya. Warnanya pula didominasi oleh warna putih dengan aksen kuning dan beberapa jaluran emas di beberapa bahagian.
Trivia[]
- GammaBot dikenali sebagai "SinarBot" dalam siri BoBoiBoy Galaxy dan BoBoiBoy Galaxy Card.