BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Pelawat Misteri merupakan episod ketujuh dalam musim kedua siri BoBoiBoy Galaxy, dan juga merupakan episod pertama dalam BoBoiBoy Galaxy Windara. Ia disiarkan di YouTube Monsta dan Netflix pada 1 Jun 2024, kemudian di TV9 pada 2 Jun 2024.

Ringkasan[]

Dengan bantuan PasuBot, benih Oakuat pemberian Tuan Guru Gaharum kini membesar dengan suburnya. Malangnya, kegembiraan BoBoiBoy tidak kekal lama apabila rakan karibnya Gopal diculik oleh seorang musuh misteri. Apa matlamat sebenar si penculik misteri itu? Mampukah BoBoiBoy menewaskannya, dan menyelamatkan Gopal?[1]

Plot[]

Episod bermula dengan babak di Planet Windara di mana Muskida bertandang di sebuah gua di mana kelihatan bekas kepompong dan askar-askar bergelimpangan. Dia menghubungi Maharaja Reramos dan melaporkan bahawa Kuputeri sudah bangkit semula dan melarikan diri dengan menumpaskan askar-askarnya, maka Reramos pun mengarahkan Muskida memburu Kuputeri untuk dibawa menghadap.

Di Bumi, BoBoiBoy sedang membantu Tok Aba dan Ochobot menjaga kedai. Datangnya Gopal untuk singgah, memesan minuman "Special Ais Coklat Hutang" sambil bergurau senda dengan BoBoiBoy. Mereka didatangi kapal angkasa Fang yang menukik secara tiba-tiba dan terbang tidak keruan. Gopal tersangka Fang dalam kesusahan, jadi BoBoiBoy membetulkan bahawa dia sedang melatih Yaya dan Ying memandu kapal. Ketika ini, kapal dipandu oleh Ying dengan begitu cuai sehingga terlanggar-langgar dan mendarat secara kasar, menyebabkan Fang naik gelisah. Tiba giliran Yaya yang mengaku sudah mengulang kaji manual kapal 75 kali malah rajin-rajin melakukan persediaan keselamatan, namun dia juga tidak berjaya menerbangkan kapal.

Yaya dan Ying menamatkan ujian memandu dengan kegagalan. Fang mengarahkan mereka untuk menjalani semula ujian bertulis dengan syarat perlu mencapai 100 markah sebelum dapat uji memandu semula. Gopal turut mentertawakan kelemahan Yaya dan Ying tetapi ditegur oleh Ochobot yang mencabar Gopal memandu kapal Fang. Gopal menyahut cabaran dengan penuh yakin dengan melakukan pertunjukan udara yang menakjubkan, malah mendaratkan kapal dengan selamat dan oleh itu dipuji oleh rakan-rakannya. Apabila Tok Aba mengingatkan Gopal tentang hutang-hutang lamanya Gopal pun melarikan diri dengan alasan dipanggil pulang ke rumah. Yaya dan Ying mencadangkan study date sebagai persiapan untuk ujian akan datang dan dihantar turun ke markas TAPOPS-B oleh BoBoiBoy.

Ketika bersiar-siar di taman, Gopal terserempak dengan sebuah kapal angkasa berbentuk kupu-kupu. Dari kapal itu turunnya seorang lelaki berpakaian serba merah skarlet, lalu dia bersemuka dengan Gopal dan bertanya di mana "Bobby Boy." Gopal berfikir sejenak, kemudian melarikan diri.

BoBoiBoy sudah mula mengemas kedai, ditemani oleh Fang yang bersembang tentang misi mereka yang lepas di Planet Kadruax. Mereka didatangi oleh seekor kupu-kupu biru yang menyampaikan mesej dalam bentuk hologram yang memaparkan Gopal terperangkap di dalam kepompong, diiringi suara lelaki tadi yang menyuruh "Bobby Boy" untuk pergi ke taman seorang diri untuk menyelamatkan kawannya.

Sementara itu, Adu Du berusaha membaiki Jam Teleportasinya yang rosak ekoran pertarungan lepas, ditemani oleh Probe. Sekali jam itu diuji, kesudahannya mereka terkena kejutan elektrik, jadi Adu Du menyalahkan BoBoiBoy. Komputer mengimbas jam itu dan mendapati cipnya perlu diganti. Probe menasihati Adu Du untuk mengetepikan soal BoBoiBoy dan mencipta "cerita kita sendiri," namun Adu Du berkeras mahu membalas dendam. Terlintas dalam fikiran Probe idea untuk memanggil Bago Go untuk membeli alat ganti, maka Bago Go pun segera muncul dalam skrin Komputer, sedia melayani Adu Du.

BoBoiBoy tiba di taman dan menyeru musuhnya menunjukkan diri. Disambut oleh suara lelaki yang mengalu-alukan kedatangan "Bobby Boy," dia membetulkan sebutan namanya. Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Maripos dan melafazkan hasratnya untuk menguji budak Bumi yang menjadi "keajaiban" di galaksi dengan menewaskan Retak'ka. BoBoiBoy menggesa Maripos melepaskan Gopal dari kepompong, maka Maripos membalas dengan mencabar BoBoiBoy untuk mengalahkannya terlebih dahulu "tanpa halangan dan gangguan" sambil membongkar cubaan Fang membebaskan Gopal dengan Tangan Bayangnya.

Maripos meluahkan rasa kesal dengan BoBoiBoy kerana mengingkari syarat-syaratnya. Tidak tahan dengan leteran lelaki asing itu, Fang memakai Separa Harimau Bayang dan bertindak menyerang Maripos sambil menyeru BoBoiBoy menyelamatkan Gopal. BoBoiBoy pergi memanjat pokok Gopal tergantung dan mendapati Gopal dalam keadaan melamun, maka dia berikhtiar dengan memujuk Gopal dengan ajakan minum Air Koko Tarik Special daripada Tok Aba, maka Gopal pun sedar dan mula meronta-ronta.

Dalam pertarungan, Maripos mudah mengelak satu demi satu cakaran Fang walaupun dengan mata terpejam. Fang berikhtiar menggunakan Tangan Bayang untuk menahan kaki Maripos dari tanah lalu melakukan Terkaman Harimau Bayang. Akan tetapi, "Maripos" dalam cakupan itu memakan serangan itu dan berpecah menjadi kerumunan kupu-kupu. Fang menyedari bahawa Maripos menggunakan Jurus Ilusi untuk melepaskan diri, malah bayang-bayangnya pun berlipat ganda dan bertempiaran. Fang naik geram dan bertempik menyeru lawannya keluar, maka Maripos menyahut dengan menghentak belakang Fang dengan tongkatnya, menyebabkan Fang tersungkur.

Tidak sempat melepaskan Gopal, BoBoiBoy terlihat Fang kecundang dan turun berlawan. Dia bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar dan mula menyerang Maripos dengan Pedang Halilintar kembarnya. Seperti dengan Fang, dia juga diakali oleh Maripos yang mencipta ilusi untuk memakan serangannya. Halilintar berhempas-pulas mengejar Maripos ke sana-sini, namun setiap tetakannya hanya membuahkan ilusi.

Maripos menggandakan lagi ilusinya dan mencabar lawannya untuk mencari dirinya yang sebenar. Halilintar bertindak menghapuskan satu demi satu ilusi itu, tetapi tidak berhasil. Maripos menggesa BoBoiBoy mengeluarkan kuasa yang lebih hebat sambil menukarkan tongkatnya menjadi Kipas Libas dan melakukan libasan angin kencang. Halilintar memacakkan pedang di atas tanah dan bertahan sehingga akhirnya terpelanting. Sementara itu, Gopal memecah keluar dari kepompong dan bertindak mendapatkan bantuan.

Di markas TAPOPS-B, Yaya dan Ying sedang menjamu selera dengan masakan Qually apabila panggilan kecemasan diterima. Mereka pergi menjawab dan disapa oleh Gopal yang mulutnya dilekati sutera kepompong, menyebabkan kesukaran berkomunikasi. Gopal menghalakan jamnya ke arah BoBoiBoy yang bertarung untuk menyampaikan pesanannya, maka Yaya, Ying dan Qually pun naik ke atas tanah dan mula bergegas ke arah tempat pertarungan. Akan tetapi, mereka dihalang oleh seorang wanita yang berpakaian serba biru dan memegang sehelai kipas yang membawa lambang yang amat dikenali.

Tercungap-cungap dalam kepenatan sambil melayan cemuhan Maripos yang menginginkan kuasa yang setanding, BoBoiBoy beralih Kuasa Elemental dan bertukar menjadi BoBoiBoy Taufan, lalu menaiki Hoverboardnya dan melontarkan Bebola Taufan ke arah lawannya. Maripos sempat menepis dengan kipasnya, tetapi Taufan mengambil kesempatan dengan melanggarnya dan menyerangnya secara bertubi-tubi. Maripos kagum dengan kehebatan Taufan dan menggesanya mengeluarkan kuasa tahap tertinggi sambil memancarkan Jurus Ilusinya sekali lagi. Taufan melanggar satu demi satu ilusi sehingga menyedari Maripos sebenar sahaja yang membawa kipas, maka dia mengeluarkan Gerudi Taufan dan berlanggaran semula sehingga mereka berdua berpelantingan.

Taufan mencuba lagi dengan menggunakan Hoverboardnya untuk menghentak Maripos, tetapi akhirnya dihalang di saat akhir oleh Ying dan Yaya yang masing-masing menggunakan Kelajuan Slow-Mo dan Tarikan Graviti, sementara Maripos pula dihentikan oleh si wanita serba biru tadi. BoBoiBoy kembali kepada normal, geram kerana tidak puas bertarung dan menyoal akan wanita itu, maka Maripos memperkenalkan pemerintahnya dan penguasa asal Elemental Beliung, iaitu Tuanku Kuputeri. Kuputeri bertegur sapa dengan BoBoiBoy dan menyuarakan hajatnya untuk menuntut kembali kuasa Beliung daripadanya, menyebabkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya terkilan.

Perbezaan Dengan Versi Komik[]

  • Babak permulaan telah berbeza dalam versi animasi dan komik. Versi animasi menampilkan babak di mana Muskida pergi menjumpai kepompong Kuputeri yang telah terlepas manakala versi komik menampilkan babak di mana Pakcik Kumar menjual aiskrim kepada kanak-kanak sebelum menjumpai Maripos.
  • Muskida dan Maharaja Reramos muncul lebih awal dalam versi animasi manakala mereka muncul dalam isu seterusnya dalam versi komik.
  • Sebelum menjumpai Maripos, Gopal pergi ke Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam dalam versi animasi manakala ke gerai aiskrim bapanya dalam versi komik.
  • Yaya dan Ying sedang berlatih memandu kapal angkasa Fang sebelum masuk kembali ke TAPOPS-B.
  • Sebelum menculik Gopal, Maripos menangkapnya dengan tangannya sendiri dalam versi animasi manakala dia menghantarkan hologram rama-rama untuk memukaunya dalam versi komik.
  • Maripos memanggil BoBoiBoy "Bobby Boy" hanya tersedia dalam versi animasi.
  • Daripada Pakcik Kumar dan Hang Kasa yang muncul dalam versi komik, kini Adu Du, Probe, Komputer dan Bago Go hanya muncul dalam versi animasi.
  • Maripos tidak perlu menggunakan Jurus Langkah Langit dalam versi animasi.
  • Sebelum melawan Maripos, Fang menggunakan Separa Harimau Bayang dalam versi animasi manakala Separa Garuda Bayang dalam versi komik.
  • BoBoiBoy tidak terganggu oleh Maripos ketika cuba melepaskan Gopal daripada kepompongnya dalam versi animasi.
  • Qually menghantarkan makanan kepada Yaya dan Ying dalam versi animasi manakala Hang Kasa dalam versi komik.
  • Kuputeri tidak mendedahkan diri sendiri di depan Yaya, Ying dan Qually.
  • Disebabkan oleh Hang Kasa tidak muncul dalam versi animasi, Yaya dan Ying sebaliknya menghentikan pertarungan antara BoBoiBoy dan Maripos bersama dengan Kuputeri.
  • Gopal tidak ditunjukkan mengeluh untuk dilepaskan daripada kepompong Maripos dalam versi animasi.

Watak[]

Trivia[]

  • Tabiat Gopal yang tidak pernah melangsaikan hutangnya dengan Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam telah dibawa kembali daripada siri BoBoiBoy.
  • Gelaran "Bobby Boy" yang disebut oleh Maripos dan Kuputeri dalam episod ini didatangkan dari babak penghujung komik isu "Perbicaraan Terhebat!" di mana ia disebut oleh Jaguh Paruh Lang yang sedang mengejar kumpulan BoBoiBoy.

Galeri[]

Video[]

Rujukan[]

Advertisement