BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Pendakian Hingga ke Langit!" ialah isu keempat komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2. Ia dikeluarkan pada 26 Ogos 2020.

Sinopsis

Selepas berjaya mendapatkan Garam Kristal dan Cili Suci, BoBoiBoy dan rakan-rakan bergegas ke lokasi bahan yang seterusnya. Namun ada satu kejutan yang menanti ketibaan BoBoiBoy di puncak pokok Kelapa Langit yang tinggi melangit!

Plot

Di Markas Kotak, tiga hari sebelum geng BoBoiBoy tiba di planet Rimbara, Adu Du telah berjaya mencipta alat jam tangan yang digunakan untuk mereplikasi setiap teleportal yang dibuka oleh Ochobot dari cip yang dipasang dalam badannya tidak lama dahulu. Setelah menerima isyarat sulungnya yang dikesan di sekitar, Adu Du bersama Probe membuka teleportal pertama ke destinasi, tetapi mereka tidak tiba ke suatu planet, tetapi di tengah angkasa berdekatan kapal angkasa Kapten Kaizo.

Melangkau ke masa kini, sementara Fang menerbangkan kapal angkasa, BoBoiBoy, Gopal, Ying, Yaya, dan Qually sedang membuat perancangan untuk memperoleh dua lagi bahan untuk Tom Yam Sakti, iaitu Kelapa Langit dan Apiru Biru. Ying bercadang agar mereka berpecah sekali lagi, tetapi Qually bercadang agar mereka semua fokus pada mencari satu bahan sebelum mencari yang lain. BoBoiBoy bersetuju dengan cadangan Qually.

Kapal angkasa menghampiri kawasan Pokok Kelapa Langit, di mana Qually menerangkan bahawa puncak pokoknya satu-satunya tempat untuk mencari Buah Kelapa Langit. BoBoiBoy meminta Fang untuk menaikkan kapal ke puncak pokok, tetapi tiba-tiba kegagalan enjin memaksa Fang untuk melakukan pendaratan kecemasan dengan bantuan Yaya untuk mengelak dari terhempas. Oleh itu, Fang terpaksa duduk untuk membaiki kapal sementara yang lain memanjat pokok tertinggi itu dari tapak hingga ke puncak.

Sebelum membaiki, Fang memanjangkan tangan kepada badan kapal sambil meluahkan kata-kata kasihan kepada "Lily". Gopal yang berjalan di belakang kumpulan BoBoiBoy, tercuit hati kerana sempat mendengar Fang memanggil kapal itu dengan nama Lily.

Setibanya di pangkal Pokok Kelapa Langit, Gopal berasa gentar kerana terpaksa memanjat pokok sebegitu tinggi. Ujar Qually, tiada pilihan lain kerana Buah Kelapa Langit hanya tumbuh di puncak pokok yang paling dekat dengan matahari. BoBoiBoy tetap penuh semangat memulakan perjalanan memanjat pokok, tetapi baru selangkah mara, mereka bertemu dengan suatu makhluk berupa orang utan yang gempal, berbulu hijau, memakai topi kuning dan pakaian seperti peneroka, dan menggalas tongkat berupa kais di belakang.

Yaya menyapa makhluk orang utan itu, maka dia memperkenalkan dirinya sebagai Profesor Utan dan bertanya kembali apa tujuan mereka berada di sini. Setelah dijawab hendak memanjat pokok untuk mendapatkan Kelapa Langit, Profesor Utan terus menegah mereka kerana kerakusan kaum penduduk setempat mendambakan buahnya sehingga menyebabkan spesies Pokok Kelapa Langit kini terancam, malah tugas Profesor Utan adalah menyelamatkan spesies Pokok Kelapa Langit dari kepupusan, malah dia sendiri telah membina pusat penyelidikan di puncak pokok yang mereka naiki untuk tujuan tersebut.

BoBoiBoy menerangkan bahawa pihaknya dihantar oleh Tuan Guru Gaharum untuk mendapatkan buah Kelapa Langit. Profesor Utan terperanjat mendengar nama Gaharum, lalu bercerita tentang kisah lampau Gaharum yang gemar memasak Kelapa Langit untuk dijadikan santapan buat King Balakung, malah dia juga pernah menanam benih-benihnya untuk tumbuh menjadi pokok di merata planet Rimbara. Apapun, Profesor Utan berasa lega kerana akhirnya mendengar khabar Gaharum semenjak pemergian King Balakung, jadi dia sudi menunaikan permintaan geng BoBoiBoy ... hanya selepas mengisi borang permohonan permit memetik buah Kelapa Langit yang biasanya mengambil masa dua minggu untuk diproses, tetapi kali ini diluluskan serta-merta semata-mata kerana permintaan Gaharum.

BoBoiBoy dan Gopal gentar melihat betapa banyaknya kertas yang perlu diisi, tetapi Ying tampil untuk melakukan Kuasa Tulisan Laju untuk mengisi seluruh borang dengan secepat mungkin, tetapi itu pun menelan masa 40 minit. Selepas itu, Profesor Utan memesan mereka untuk menyerahkan borang tersebut kepada kaunter pejabat di puncak sebelum matahari terbenam, dan lebih menggemparkan lagi, jika terlewat, mereka terpaksa tunggu sehingga tahun depan kerana Profesor sendiri akan bercuti.

Matahari Rimbara sudah petang, maka geng BoBoiBoy terpaksa bergerak segera. Ying meletakkan borang di tangan Gopal lalu melakukan Larian Laju sepanjang batang pokok, sementara BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Duri dan mengeluarkan Akar Berduri untuk dipautkan pada puncak pokok untuk mengangkat dirinya ke atas. Gopal mengeluh bukan semua orang boleh memanjat pokok dengan cepat, lalu dia menyedari Qually menghilang lagi. Yaya menyangka Qually sudah memanjat terlebih dahulu, dan terbang sambil mengangkat Gopal ke atas dengan Apungan Graviti.

Setibanya di paras puncak pokok, geng BoBoiBoy menjejak kaki di atas sebuah pelantar yang luas dengan bangunan pusat penyelidikan. Mereka berjalan ke pusat pelantar untuk menemui buah Kelapa Langit yang tumbuh di puncak pokoknya, tetapi Ying mengingatkan Gopal untuk menyerahkan borang kerana matahari sudah hendak terbenam. Baru separuh jalan ke arah kaunter, Gopal dihalang oleh dentuman kuat yang dilakukan oleh pendaratan Adu Du dan Mega Probe yang puas mencari mereka setelah tiga hari tiga malam di Rimbara semata-mata demi Power Sphera.

BoBoiBoy berkata mereka bukan ke sini untuk mencari Power Sphera, tetapi sebaliknya untuk memetik buah, tetapi Adu Du tidak percaya kerana rupa buah itu bulat seolah-olah Power Sphera. Gopal cuba memintas mereka dari senyap untuk menghantar borang, tetapi dikesan oleh Adu Du yang menyuruh Probe menembakkan Pelancar Roket ke arahnya. Mujur BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Blaze dan melemparkan Cakera Api untuk menampan tembakan Probe. Ying dan Yaya menyerang Adu Du dengan Pecutan Graviti, tetapi Adu Du menangkis dengan Rod Elektriknya. Ying menghendap Adu Du di belakang dan melakukan Tendangan Somersault Kelajuan Tinggi untuk melayangkan rod Adu Du, kemudian Yaya mengenakan Tumbukan Padu atas lantai.

Ying dan Yaya menyeru Adu Du menyerah kalah, tetapi Adu Du enggan dan melancarkan renjatan elektrik atas lantai platform untuk menjatuhkan Ying dan Yaya ke tanah, sementara Blaze dan Gopal dihalang oleh Mecha Probe dengan tembakan Laser Pemusnah, tetapi mujurlah Qually muncul entah dari mana, menampan tembakan dengan kuali perisainya. Blaze menyuruh Gopal menyerahkan borang sementara dia menukar kepada Duri kembali untuk melengahkan Adu Du dan Probe dengan Libasan Duri.

Mecha Probe mengeluarkan Pelancar Roket Berganda, tetapi BoBoiBoy menggunakan Kuasa Tiga untuk berpecah menjadi Blaze, Duri dan Taufan untuk menampan serangan Probe dengan Cakera Api, Libasan Duri, dan Pelindung Taufan. Namun, satu roket menuju ke arah Gopal dan membentuk lubang di pelantar, menyebabkan Gopal nyaris jatuh, sebelum dicegah oleh Duri yang menganyam Tikar Berduri pada lubang. Gopal terselamat tetapi kesakitan kerana tikar berduri. Setelah tidak sempat tempoh hari, Blaze sekali lagi mengeluarkan Bebola Api Maksima untuk menjatuhkan Adu Du dan Probe dari pelantar.

Setelah habis berlawan, Yaya dan Ying timbul kembali dengan Apungan Graviti, sementara Qually sempat menyerahkan borang di kaunter bagi pihak Gopal, kemudian dilayan oleh Profesor Utan yang terkejut melihat kerosakan di sekitar pelantar akibat perlawanan tadi. BoBoiBoy hairan melihat Profesor Utan sampai awal, dan Profesor pun kata dia menaiki lif yang tidak sempat dikhabarkan sebelum rombongan BoBoiBoy memanjat. Akhirnya Profesor Utan meluluskan permohonan dan memetik sebiji Kelapa Langit untuk diberi kepada Qually.

Tiba-tiba, Fang muncul di pelantar dan memberi amaran kepada kawan-kawan untuk tidak menyerahkan buah kelapa kepada Qually kerana dialah yang mensabotaj kapal angkasa mereka, dengan sudip milik Qually yang tercampak dalam sistem enjin sebagai buktinya. Oleh itu, Qually melepaskan Bom Lada Hitam ke atas mereka yang berpura-pura dijadikan sahabatnya lalu melarikan buah Kelapa Langit dengan kapal angkasanya. Gopal cuba membincangkan perkara ini, tetapi Qually menolaknya sebelum pergi.

Watak

Trivia

  • Isu komik diumumkan satu hari sebelum dikeluarkan.

Galeri

Video

Advertisement