BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Lepaskan Kuasamu merupakan isu ke-26 BoBoiBoy Galaxy Musim 2. Ia dikeluarkan pada 7 Mac 2023.

Ringkasan[]

Galaksi dalam bahaya! Maharani Kira’na telahpun memulakan rancangannya untuk menyatukan seluruh galaksi di bawah panji Empayar Gur’latan, sama ada secara sukarela ataupun secara paksa. Keamanan yang dijanjikan Kira’na hanyalah sekadar topeng kepada pemerintahan mutlak tanpa semak dan imbang.

Harapan kini terletak di bahu BoBoiBoy dan rakan-rakan. Dapatkah BoBoiBoy menawan segala kegusaran di hati dan membuka kunci kepada Kuasa Elemental Tahap Ketiga? Atau adakah galaksi ini akan jatuh selamanya ke dalam kemelut yang tak berkesudahan?

Plot[]

Maharani Kira'na menunggu di serambi istana, bersukacita dengan laporan Jeneral Sa'riya bahawa rakyat Planet Gur'latan mengiakan tindakannya menyatukan seluruh galaksi. Jeneral Gur'mida datang untuk memaklumkan bahawa tentera sudah sedia untuk berlepas ke orbit, tetapi pada masa yang sama, Fang menghubungi Kira'na dan merayu kepadanya untuk mempertimbangkan semula keputusannya kerana khuatir dia akan dipandang sebagai penakluk dan bukan penyelamat. Kira'na sambil menyaksikan armada kapal pengangkut tentera berhimpun di hadapan istana, mengetepikan rayuan itu atas alasan bahawa keamanan galaksi tidak akan tercapai melalui rundingan tetapi mungkin melalui penaklukan, dan Sa'riya pun bersetuju bahawa bangsa-bangsa planet lain yang lemah harus dipimpin oleh bangsa kuat seperti Gur'latan.

Bbbg2 isu 26 ms 5 kokotaim

BoBoiBoy dan kawan-kawan berpakaian serba baharu

Tiba-tiba, bala tentera Gur'latan digemparkan dengan serangan mengejut ke atas kapal-kapalnya. Munculnya BoBoiBoy bersama Yaya, Ying, Gopal dan Qually yang berpenampilan serba baharu dan lantang menggesa agar Kira'na mengundurkan tenteranya kerana seluruh galaksi akan menderita termasuk warga Gur'latan sendiri. Sa'riya mengecam kebiadaban wira-wira muda dengan maharaninya dan mengarahkan tentera menyerang mereka. Di kalangan laskar-laskar yang hadir adalah dua ahli berbadan sasa (seperti Warden Deemo) yang bergerak dengan pantas dan sedikit menggentarkan pasukan BoBoiBoy. Salah satu laskar besar hendak menumbuk Gopal, tetapi dihalang oleh Yaya yang menggunakan kuasa yang baru dipertingkat sambil menghirup suatu jus.

Bbbg2 isu 26 ms 8 yaya minum jus oakuat

Kuasa Manipulasi Graviti Tahap Ketiga tercapai

Beberapa hari sebelum pertarungan, BoBoiBoy dan kawan-kawan meneliti buah Oakuat yang dikatakan akan mengeluarkan Kuasa Elemental tahap ketiga. Gopal meragui kebolehan buah itu, tetapi Qually mengiakan berdasarkan maklumat dalam buku resipi Tuan Guru Gaharum. Gopal memetik daun dari buah itu dan menjamah, tetapi terasa mual kerana rasanya seperti kertas pasir. Qually berpesan bahawa buah itu harus dimasak dahulu dan bercadang untuk berbuat demikian segera. Papa Zola yang hadir turut menggesa Qually memasak buah itu sambil memasakkan makanan tengah hari. BoBoiBoy mencelah dan meminta pisau daripada Qually, kemudian membelah buah itu kepada lima keping sama-rata, satu untuk setiap ahli geng.

Bbbg2 isu 26 ms 11 boboiboy kongsi buah oakuat

BoBoiBoy berkongsi kuasa dengan kawan-kawan

Kawan-kawannya hairan melihat BoBoiBoy berkongsi buah dengan mereka, malah Yaya bertanya sama ada mereka akan mendapat kesan. Qually membacakan bahawa buah Oakuat jika dimakan sebiji sekali gus, maka kuasa terpendam itu akan kekal, tetapi jika dimakan sekerat sahaja, maka kuasa itu akan bertahan selama 30 minit sahaja. Gopal kecewa kerana kuasa tidak kekal, tetapi BoBoiBoy memujuk bahawa masanya cukup untuk misi mereka menghentikan rancangan Kira'na dan menyelamatkan tebusan. Papa bercadang agar wira-wira muda berlima bertukar pakaian sebelum bergerak. Kapten Kaizo menyerahkan perantinya yang berisi hasil risikan kepada BoBoiBoy dan melantiknya sebagai pemimpin misi sebagai arahan TAPOPS; BoBoiBoy menerima arahan dengan tabik. Kaizo hendak pergi menjalankan misi lain dengan bantuan Papa dan Tok Kasa dan meminta anak buahnya berjumpa di Istana Utama nanti.

Kembali ke masa sekarang, Yaya menggunakan kuasa Manipulasi Graviti Tahap Ketiga untuk menghalang kemaraan armada tentera Gur'latan di hadapannya; Graviti Menolaknya teramat kencang sehingga mencampakkan musuh jauh-jauh. Yaya terasa malu dan meminta maaf kerana kuasanya terlalu kuat tetapi diingatkan oleh Gopal bahawa musuh tidak perlu diminta maaf. Qually turut kagum menyaksikan hasil kekuatan baharu Yaya. Yaya memuji Qually kerana menghasilkan Jus Oakuat yang diibaratkan dengan perisa gulai tempoyak strawberi. Qually menyangka bahawa itu cita rasa orang Bumi, tetapi disangkal oleh Gopal. Yaya kemudian bertindak menjatuhkan semua kapal Gur'latan dengan Lapangan Graviti - Liputan Maksima. Melihat situasi semakin mencemaskan, Jeneral Sa'riya mengarahkan pasukan sniper untuk menentang pasukan BoBoiBoy.

Bbbg2 isu 26 ms 19 ying kelajuan hiper

Kuasa Manipulasi Kelajuan Tahap Ketiga tercapai

Ying, Gopal dan Qually turun ke dataran istana untuk bertempur. Ying menggesa Gopal meminum Jus Oakuat segera, tetapi Gopal hendak menyimpan untuk waktu kecemasan kerana khuatir dengan had masa. Datangnya pasukan sniper menghujani mereka dengan tembakan laser, maka Qually lekas bertindak menggunakan perisainya untuk melindungi diri mereka bertiga. Ying mendesak Gopal lagi kerana sudah waktu kecemasan, tetapi Gopal mendesak balik Ying minum jusnya sendiri. Ying geram dan mara dengan Larian Laju, kemudian menghirup jusnya dan menerima kuasa Manipulasi Kelajuan Tahap Ketiga dan mampu memecut sepantas kilat sehingga gerak-gerinya sukar dikesan oleh pihak lawan. Jeneral Gur'mida mendapati Ying memecut ke arah benteng pertahanan dan mengarahkan agar penghadang dinaikkan. Namun tanpa disangka, Ying berjaya menyeberangi penghadang dengan kebolehan badan menembusi objek. Ying bertambah berani menghadapi bala tentera Gur'latan yang ramai, lantas melakukan Larian Kelajuan Hiper untuk mengelak dari dikesan, kemudian mengenakan Tendangan Hiper Bertubi-tubi ke atas mereka.

Bbbg2 isu 26 ms 25 boboiboy keybot

BoBoiBoy 'gembira' bertemu dengan Kira'na

Kira'na, Sa'riya dan Gur'mida semakin runsing menyaksikan tentera mereka mudah dipatahkan oleh geng BoBoiBoy. Kira'na tiba-tiba teringat tentang BoBoiBoy, maka Gur'mida menduga bahawa dia sudah menyelinap masuk ke dalam istana sewaktu pertempuran. Kira'na mengarahkan Gur'mida untuk memastikan kapal-kapal pengangkut berlepas mengikut jadual dan melawan musuh dengan sepenuh tenaga, sementara dia memakai topeng istiadat dan memasuki istana dengan iringan Sa'riya. Menjunjung titah maharaninya, Gur'mida turun bersama angkatan tenaga bantuan untuk melawan Yaya, Ying, Gopal dan Qually.

Bbbg2 isu 26 ms 30 kirana marah

Kira'na enggan mengaku kalah

Kira'na dan Sa'riya menuju ke bilik reaktor. Ditanya mengapa, Ki'rana mengujarkan telahannya bahawa sekumpulan kecil musuh berani melawan bala tentera yang ramai semata-mata untuk mengaburi matlamat sebenar mereka. Telahan Ki'rana ternyata tepat apabila BoBoiBoy kelihatan duduk di atas panel kawalan reaktor, tersenyum menyeringai sambil mengusap Power Sphera KeyBot yang terletak di situ. Sa'riya menuduh BoBoiBoy hendak mencuri Keybot, maka BoBoiBoy mengingatkan bahawa KeyBot bukan milik pemerintah Gur'latan tetapi hanya digunakan untuk menambah bala tentera. Kira'na mengecam BoBoiBoy mementingkan diri kerana meninggalkan kawan-kawan sendiri untuk mendapatkan Power Sphera itu, maka BoBoiBoy berbalas bahawa dia tidak risau kerana kawan-kawannya lebih selamat apabila Kira'na teralih perhatian ke mari. Kira'na mendesak BoBoiBoy memulangkan KeyBot dengan ugutan akan mencederakan kawannya.

Bbbg2 isu 26 ms 34 rimba

Kemunculan BoBoiBoy Rimba

"Pergi kedai membeli gula, nama saya BoBoiBoy Rimba!" Demikianlah ucapan pembukaan bentuk Elemental terbaharu yang tampil dengan senyuman menyeringai yang semakin lebar diiringi. Kira'na tidak berasa gentar malah mempersoal kemampuan BoBoiBoy mengawal kuasa baharunya itu. Rimba meminta Fang segera melarikan KeyBot demi keselamatan, dan Fang pun membalas dengan meninggalkan kata-kata semangat dan permintaan untuk memikul semua tugas lain sementara Rimba melawan Kira'na.

Rimba memulakan pertarungan dengan mengeluarkan Rimba Menjalar untuk mengepung Kira'na, tetapi semuanya dicantas dengan pantas oleh Kira'na dengan pedangnya. Rimba terus mengeluarkan Belantan Rimba untuk memukul Kira'na tetapi ia juga dibelah dengan mudah. Pada masa yang sama, Fang mengelak-elak serangan rambut wayar Sa'riya dan memakai Separa Beruang Bayang untuk memecahkan rintangan jeneral itu. Rimba melemparkan beberapa bilah Shuriken Daun kepada Kira'na, dan apabila Kira'na memotong senjata itu, dia terkena benih dari Shuriken Daun, dan Rimba mengawal benih itu untuk bercambah menjadi pokok menjalar untuk mengikat seluruh badan Kira'na. Rimba sekali lagi memujuk Kira'na untuk menyerah kerana tidak dapat diselamatkan oleh tentera robotnya. Namun, Kira'na tetap megah dan terus meleraikan ikatan dengan kuasa halilintarnya.

Bbbg2 isu 26 ms 43 gopal tukaran badan dodol durian

Kuasa Tukaran Makanan Tahap Ketiga tercapai

Di lapangan istana, Yaya masih menggunakan Lapangan Graviti untuk membendung tentera Gur'latan, dibantu oleh Ying dengan Tendangan Kelajuan Hiper, Gopal dengan Tukaran Bubur Kanji dan Qually dengan Bom Minyak Masak. Gur'mida melemparkan kapak lembingnya ke arah Ying dan Gopal, tetapi Ying sempat menyepaknya pergi. Gur'mida menyambut semula senjatanya dan cuba menyerang Yaya. Tiba-tiba, dia dicengkam dan dicampak oleh benda seakan tangan gergasi melekit; datangnya daripada Gopal yang akhirnya meminum Jus Oakuatnya dan memperoleh kuasa baharu dengan menukarkan badannya kepada mod Dodol Durian.

Di bilik reaktor, Kira'na bertungkus-lumus cuba menyerang BoBoiBoy Rimba dengan memancarkan kuasanya ke seluruh bilik, namun lawannya ternyata terlalu pantas dan tangkas. Dia melakukan Sambaran Voltra yang lebih berat dan seakan-akan berjaya menimpa Rimba, namun Rimba hilang dari tempat serangannya, maka Kira'na mencari-cari sambil bertegas bahawa matanya "masih boleh melihat dengan jelas" bahawa BoBoiBoy adalah ancaman kepada galaksi. Rimba mengakui kata-kata Kaizo bahawa mata Kira'na sudah "terlalu kabur" dan keluar menyerang lawannya dengan Penumbuk Rimba Menjalar. Kira'na menjerit enggan mengaku kalah sambil dibenamkan oleh tumbukan Rimba yang teramat berat itu.

Bbbg2 isu 26 ms 48 kirana mengamuk

Kira'na mengamuk

Kira'na dalam keadaan tersungkur, matanya merenungi BoBoiBoy Rimba yang menegur tindakannya mempersalahkan lawannya atas perbuatan mengancam keamanan galaksi yang dilakukan dirinya sendiri, bertindih dengan khayalan Retak'ka. Tidak dapat mengawal kemarahannya, Kira'na bangun semula, menjeritkan nama Retak'ka dan mengeluarkan kuasa Voltra sekuat hati. Rimba mendapati lawannya sudah hilang kawalan.


Watak[]

Trivia[]

  • Monsta juga memuat naik gulungan intip isu ini di Facebook dan Instagram.[1][2][3][4]

Galeri[]

Video[]

Rujukan[]

Pautan Luar[]

Advertisement