Kesatria Windara![1] merupakan isu ke-13 BoBoiBoy Galaxy Musim 2. Ia dikeluarkan pada 26 November 2021.
Ringkasan[]
BoBoiBoy dan rakan-rakan diberi misi oleh Maripos untuk menyelinap masuk ke dalam Istana Kupuri untuk menyelamatkan Kuputeri. Untuk itu, mereka harus menempuh ribut taufan yang melindungi istana tersebut. Mampukah mereka tiba ke Istana Kupuri dengan selamat? Dan apa yang perlu mereka lakukan untuk menghadapi ancaman Jeneral Berlima demi menyelamatkan Kuputeri?
Plot[]
Kuputeri dalam keadaan dirantai dibawa menghadap Maharaja Reramos di singgahsana Istana Kupuri yang turut dihadiri oleh Muskida. Kuputeri mengugut bahawa Reramos akan ditewaskan hari ini dan cuba melawan Kelkatoa yang mengekangnya, tetapi akhirnya ditundukkan oleh Tentera Kelkatoa yang menahannya dengan rantai-rantai.
Sementara itu, BoBoiBoy, Ying, Yaya, Gopal dan Fang (selaku jurupandu) menaiki kapal angkasa yang dirampas dari Tentera Kelkatoa, menuju ke Istana Kupuri, mula-mula perlu meredah Awan Taufan yang melindungi perkarangan istana. Mereka melaporkan status kepada Maripos melalui alat komunikasi, dan Maripos berpesan bahawa kapal Kelkatoa diperlukan untuk melepasi Awan Taufan kerana hanya kapal-kapal yang dibenarkan dapat memasuki Istana Kupuri; kalau tidak maka hancurlah kapal itu dalam Awan Taufan.
Setelah ditanya mengenai misi mereka, Maripos menjawab bahawa mereka dilkehendaki naik ke puncak Istana Kupuri untuk mengaktifkan Kristal Isyarat untuk kumpulan penentang. Tambahnya, pihak Maripos akan menunggu di pinggir taufan dan mereka bersama-sama akan melalui laluan rahsia. Gopal berasa gerun kerana mungkin terpaksa menghadapi Jeneral Berlima selain daripada Muskida, tetapi kawan-kawan memujuknya supaya tabah, sementara kapal memasuki ruang udara istana.
Kuputeri terkejut bertanya bagaimana Maharaja Reramos dapat mengawal Tentera Kelkatoa, dan jawabnya, dia menggunakan Cokmar Cahaya dalam pegangan untuk mengawal Kelkatoa supaya patuh kepada arahannya. Reramos juga menuntut bantuan Kuputeri untuk membuka kunci kawalan mutlak pada Kristal Isyarat dengan tujuan menggandakan kuasa Cokmar Cahaya supaya semua rakyat yang ingkar dan derhaka akan tunduk kepadanya. Kuputeri membantah kerana Kristal Isyarat digunakan sebagai penunjuk jalan, bukan alat untuk mengawal minda rakyat, namun Reramos berkeras akan mencari jalan untuk membongkar rahsia untuk mengakses Kristal Isyarat.
Sementara itu, BoBoiBoy dan rakan-rakan sudah memasuki istana dan sedang melalui ruang legar dengan bimbingan peta yang dibaca oleh Ying. Tiba-tiba, mereka berhadapan dengan dua daripada Jeneral Berlima: Jeneral Vespira bersusuk langsing dan Jeneral Karumbang bersusuk besar sasa. Gopal menyuruh si kumbang membuka topi kerasnya, maka dia pun membuka dan menayangkan wajah yang sangat menyeramkan Gopal. Biarpun dipujuk oleh BoBoiBoy supaya bersabar, Fang naik berang dan bertindak memakai Separa Beruang Bayang untuk bertarung, dibantu oleh Yaya dan Ying dengan kuasa masing-masing. tetapi semuanya dijatuhkan oleh dua jeneral.
BoBoiBoy pun naik marah dan bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar, menghunus Pedang Halilintar untuk menentang si Vespira yang menghunus Pedang Penyengat. Tiba-tiba, lantai melebur, maka BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa dan mengeluarkan Tanah Pelindung untuk menghentikan peleburan. Dua jeneral bertindak melakukan Rempuhan Kumbang dan Sengatan Bertalu-talu untuk menembusi Pelindung Gempa. Maka BoBoiBoy dan lain-lain terpaksa melarikan diri, sementara Gopal menyerang balas dengan Tukaran Kuih Kapit untuk merungkai halangan.
Geng BoBoiBoy terpaksa mencari jalan lain ke Kristal Isyarat kerana jalan yang dirancang sudah dihambat oleh Jeneral. Tiba-tiba, keluarnya cahaya dari kunci dalam simpanan Fang yang diberi oleh Papiliam. Maka Fang terpanggil untuk mengikut isyarat kunci yang membawa mereka ke sebuah bilik dalam istana yang dikatakan oleh Papiliam menyimpan sesuatu yang istimewa.
Dua jeneral yang ditugaskan menentang geng BoBoiBoy dimarahi oleh Muskida kerana gagal menangkap mereka, tetapi memberi alasan bahawa mereka tiada jalan lain untuk mencapai Kristal Isyarat. Tiba-tiba sahaja, pintu balairung dirempuh oleh Hentakan Perisai Graviti, dan munculnya geng BoBoiBoy memakai baju perisai kesateria! Ying siap dengan galah dan mantel, melakukan Libasan Laju merempuh angkatan Tentera Kelkatoa yang menghalang. Jeneral Berlima pun menyedari bahawa geng BoBoiBoy telah memakai baju perisai Kesateria Windara legenda dari bilik lama Papiliam. Namun demikian, pemakaian mereka tidaklah terlalu sempurna: Gopal menghadapi kesukaran dengan pelitup mata topi kerasnya, manakala Fang memakai baju perisai yang mempunyai empat lengan tambahan.
Apapun, BoBoiBoy berikrar di hadapan Jeneral Berlima bahawa mereka akan menyelamatkan Kuputeri dan Planet Windara. Maka bermulalah pertempuran paling penting yang menentukan nasib Windara: BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Blaze dan mengeluarkan Pedang Berapi, sementara Yaya dan Ying masing-masing mengeluarkan Perisai Graviti dan Serangan Laju untuk menjatuhkan kepungan Pengawal Elit Tentera Kelkatoa yang ramai. Gopal cuba membantu dengan menggunakan tukul besar yang didatangkan dengan perisainya tetapi menghadapi kesulitan sehingga tersungkur seketika. Fang akhirnya memanfaatkan empat tangan tambahan dengan menggunakan Tangan Bayang.
Gopal diancam oleh Pedang Penyengat Jeneral Vespira yang berasid, maka Yaya menyuruh BoBoiBoy membantu Gopal sementara dia menghadapi si Vespira. Sementara itu, Fang melepaskan Harimau Bayang ke arah Karumbang, tetapi Karumbang mudah menepis serangan itu. Gopal masih bergelut dengan tukulnya sambil menyindir Fang kerana sukar mengatasi jeneral itu. Karumbang melakukan Rempuhan Kumbang dan nyaris terkena Fang dan Gopal. Fang memakai Separa Gorila Bayang dan berikhtiar melakukan "Servis Gorila Bayang" melemparkan Gopal seperti bola ke arah Karumbang, kemudian Gopal melakukan Tukaran Gula-Gula Getah untuk menyekat pergerakan lawannya, dan akhirnya Fang bertindak melakukan Hentakan Separa Gorila Bayang untuk meretakkan baju perisai Karumbang.
Ying bergelut dengan Sibella yang pantas, bertindak menggunakan kuasa Kelajuan Slow-Mo untuk memperlahankan gerak musuh, lalu mengenakan Serangan Tongkat Bertubi-Tubi. Pada masa yang sama, Yaya melakukan Lontaran Perisai Graviti ke arah Cikala, tetapi dibalas dengan Jeritan Supersonik Maksima. Yaya membalas dengan Tumbukan Padu. BoBoiBoy pula bertungkus lumus berlawan pedang dengan Jeneral Vespira. Setelah diperlekeh kerana sukar mengatasinya walaupun memakai baju perisai tinggalan Papiliam, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Duri dan melakukan Libasan Duri untuk menahan Jeneral Vespira, kemudian melepaskan Tumbosaur untuk menumpaskan musuhnya.
Setelah mengatasi halangan Jeneral Berlima, geng BoBoiBoy menuju ke singgahsana untuk berjumpa dengan Kuputeri. Di sana mereka berjumpa dengan susuk yang memakai jubah Kuputeri, tetapi rupa-rupanya itu ialah Muskida dalam penyamaran, pintu singgahsana pun dikunci, dan mereka telah memasuki perangkap! Maharaja Reramos pun muncul dan menyambut kedatangan mereka di puncak istana. BoBoiBoy mengugut Reramos untuk melepaskan Kuputeri jika tidak mahu diancam oleh pemberontak, tetapi Muskida menjelaskan bahawa semua ancaman pemberontak, malah Maripos telah dipatahkan atas bantuan daripada mata-mata lalatnya.
Watak[]
- BoBoiBoy
- Fang
- Ying
- Yaya
- Gopal
- Kuputeri
- Maharaja Reramos (Kemunculan fizikal sulung)
- LampBot (Kemunculan sulung)
- Maripos
- Jeneral Berlima
- Askar Kelkatoa
Trivia[]
Galeri[]
Rujukan[]
Pautan Luar[]
|