"Pergolakan Di Windara" merupakan isu ke-11 BoBoiBoy Galaxy Musim 2. Ia dikeluarkan pada 25 September 2021.
Sinopsis[]
BoBoiBoy dan rakan-rakan menerima jemputan dari Maripos dan Kuputeri untuk melihat sendiri keadaan di Planet Windara yang dilanda peperangan. Dalang kepada segala kekacauan tersebut merupakan seorang penjahat yang tamakkan kuasa, bersama gerombolan bala tenteranya.
Namun rancangan Maripos telah berjaya dihidu oleh penjahat tersebut. Dapatkah wira-wira Bumi itu tiba di Planet Windara dengan selamat? Atau adakah mereka akan tewas dilanda badai Windara yang mengganas?
Plot[]
BoBoiBoy dan kawan-kawannya Yaya, Ying, Gopal dan Fang, mengikuti Kuputeri dan Marsyal Maripos menaiki kapal angkasa milik Kuputeri yang dipandu oleh Maripos untuk menuju ke Planet Windara. Gopal bercadang mereka pergi ke sana melalui teleportasi Ochobot, tetapi BoBoiBoy mengingatkan bahawa itu menelan tenaga yang banyak. Ying setuju, berkata apa salahnya menaiki kapal orang lain sekali-sekala.
Dalam perjalanan ke sana, setelah ditanya oleh BoBoiBoy, Kuputeri menerangkan bahawa setelah ditewaskan dan disedut kuasanya oleh Retak'ka, dia membalut tubuhnya dalam kepompong untuk merawat kecederaaan pada dirinya, tetapi dia hanya keluar dari kepompong selepas 100 tahun dan Planet Windara yang pernah diperintah oleh kerabatnya telah ditakluki oleh pemerintah kuku besi bernama Reramos dan rakyatnya hidup dalam kesengsaraan. Gopal pula bertanya mengapa Maripos kelihatan muda, jawabnya itu rahsia.
Tambah Kuputeri lagi, dia berkunjung ke Bumi untuk menjemput BoBoiBoy setelah mendapat khabar bahawa dia telah mengalahkan Retak'ka. Kuputeri mengiyakan pertanyaan BoBoiBoy sama ada dia hendak menuntut semula kuasa Beliung untuk menyelamatkan planetnya. BoBoiBoy teragak-agak kerana memerlukan kuasa Angin untuk melindungi galaksi dari ancaman musuh. Maripos berkata dia hanya memerlukan satu dari tujuh kuasa BoBoiBoy, tetapi Kuputeri berpesan supaya bersabar.
Kapal angkasa Kuputeri memasuki atmosfera Planet Windara di bahagian angkasa yang rata-ratanya cerah tetapi terdapat laluan kepulan awan petir. Ditanya kenapa memilih jalan ini, Maripos berkata inilah jalan yang paling selamat dari kapal peronda dan tidak berani dilalui oleh musuh. Kemudian, Maripos menyuruh semua orang bersiap sedia kerana perjalanan akan tidak selesa, tetapi menjamin bahawa mereka akan selamat lalu.
Belum selesai mengharungi awan ribut, mereka mengesan dua buah kapal peronda mengekori mereka dari belakang dan melepaskan tembakan. Kapal angkasa Kuputeri bukan kapal perang dan tidak dapat menembak balas, tetapi sebaliknya Maripos memandu kapal angkasa dengan tangkas sehingga terlepas dari ancaman kapal musuh. Setelah keluar dari awan ribut, mereka menerima transmisi dari makhluk bermata serangga besar yang mengingatkan Maripos bahawa mata-matanya sentiasa memperhatikan gerak-geri mereka, malah telah mengetahui akan tetamu-tetamu istimewa mereka.
BoBoiBoy bertanya siapa itu dalam transmisi, dan makhluk itu memperkenalkan dirinya sebagai Muskida, penasihat kepada Maharaja Reramos, "Pembawa Cokmar Cahaya dan Penakluk Windara yang Agung". Kuputeri membalas bahawa mereka semua bersedia untuk membebaskan Windara, tetapi Muskida memesan bahawa dia beritahu hal itu kepada Reramos sendiri. Pada masa yang sama, kapal angkasa Kuputeri disangkut oleh cangkuk dari belakang oleh angkatan tentera Reramos. Muskida menjemput rombongan Kuputeri untuk menaiki kapal angkasanya pula, tetapi Kuputeri menolak, maka Muskida berpesan bahawa dia terpaksa melayan Kuputeri dengan kasar kelak dan menamatkan transmisi. Sejurus selepas itu, kapal angkasa ditarik ke belakang dan dikawal oleh Tentera Kelkatoa.
Maripos memerikan Tentera Kelkatoa sebagai bangsa yang dimusuhi penduduk Windara, ganas tetapi lemah akal. BoBoiBoy mengajak Yaya dan Gopal mengikutnya untuk memusnahkan cangkuk tersebut. Setelah menaiki bahagian atas kapal, BoBoiBoy menyuruh Gopal menukar cangkuk kepada biskut. Gopal bertanya biskut coklat atau biskut Yaya, dan BoBoiBoy berpesan biskut Yaya jangan kerana terlalu keras; perbualan itu menarik perhatian Yaya tetapi sempat diredamkan. Belum sempat Gopal melakukan tukaran, mereka bertiga diserbu Tentera Kelkatoa.
BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Blaze dan menyuruh Yaya melindungi Gopal sementara dia melengahkan kemaraan musuh. Blaze melancarkan Lontaran Cakera Api terhadap Tentera Kelkatoa, dibantu oleh Yaya dengan Tumbukan Padu Bertubi-tubi dan Ying dengan Serangan Laju, tetapi Gopal nampaknya berlengah. Digesa cepat menukar cangkuk kepada makanan, Gopal mengadu tentera terlalu ramai. Kuputeri dan Maripos keluar untuk menumpaskan Tentera Kelkatoa, dan akhirnya Gopal dapat menyelesaikan tugasnya dengan menukarkan cangkuk kepada biskut rebus.
Muskida muncul di pintu kapal angkasanya bersama empat lagi rakan sekerjanya untuk sekali lagi menjemput Kuputeri menaiki kapal angkasanya. BoBoiBoy bercadang untuk melawan mereka tetapi ditegah Kuputeri kerana mereka ialah Jeneral Berlima, ketua-ketua Tentera Kelkatoa, dan ini bukan masa untuk berhadapan dengan mereka. Muskida menyuruh dua jeneral, Cikala dan Sibella untuk menangkap Kuputeri, tetapi geng BoBoiBoy sedia mempertahankannya. Yaya melakukan Tumbukan Padu dan Serangan Graviti, tetapi dijatuhkan oleh Jeneral Sibella dengan Jurus Tinju Mentadak. Fang pula menolong dengan menghidupkan Separa Harimau Bayang sementara BoBoiBoy bertukar kepada BoBoiBoy Gempa dan melancarkan Gelombang Gempa. Jeneral Cikala pula membalas dengan Jurus Jeritan Supersonik yang memekakkan segala di sekeliling.
Kuputeri menyuruh Maripos membantu BoBoiBoy dan kawan-kawannya sementara dia pergi menyiapkan pod kecemasan untuk melarikan diri sambil ditemani Gopal. Jeneral Berlima pun sedar Kuputeri cuba melarikan diri dan bertindak, tetapi dihalang oleh Yaya dengan Tarikan Graviti, Fang dengan Cakaran Harimau Bayang, dan Maripos dengan Jurus Kipas Libas. Maripos menyuruh Ying dan Yaya pergi ke pod kecemasan sementara berurusan dengan Sibella dan Cikala dengan bantuan BoBoiBoy Gempa yang berikhtiar untuk mendahulukan keselamatan Kuputeri. Maripos melakukan Ilusi Berganda untuk berpecah menjadi kawanan rama-rama untuk melepaskan diri, sementara Gempa melakukan Tanah Pelindung, Hentakan Gempa dan Tembok Tanah untuk menyekat kemaraan Jeneral.
Kesemua geng BoBoiBoy serta Kuputeri dan Maripos berkumpul di ruang pod kecemasan. Ying, Yaya, dan Gopal menaiki satu pod bersama Maripos. Tiba-tiba pod kecemasan diserang. Kuputeri bergegas memasukkan BoBoiBoy dan Fang ke dalam pod yang tinggal dan menghantar mereka pergi tanpa dirinya. Dalam pod kecemasan yang berlepas menuju entah ke mana, BoBoiBoy sebak menyaksikan dari jauh Kuputeri ditangkap Jeneral Berlima.
Watak[]
- BoBoiBoy
- Yaya
- Ying
- Gopal
- Fang
- Ochobot (disebut)
- Kuputeri
- Maripos
- Qually (disebut)
- Retak'ka (imbas kembali; disebut)
- Maharaja Reramos
- Jeneral Berlima
- Askar Kelkatoa
Trivia[]
- Ini merupakan isu keempat yang ditunda selepas Rahsia King Balakung!, Resepi Warisan Terulung!, dan Puak Purba Kadruax!
- Ia juga merupakan isu pertama yang ditunda terlalu lama untuk dikeluarkan.
Galeri[]
Video[]
Pautan Luar[]
|