BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Selepas kehancuran Stesen TAPOPS akibat serangan Retak'ka, BoBoiBoy dan rakan-rakan pulang ke Bumi untuk menanti arahan mereka yang seterusnya.

Tanpa disangka, seorang musuh lama muncul kembali dengan rancangan jahat yang baru.
"
— Penerangan dalam laman web musim kedua BoBoiBoy Galaxy



Musim kedua BoBoiBoy Galaxy sekarang dilancarkan dalam bentuk komik.

Pada 18 Oktober 2021, Nizam Razak mengumumkan bahawa musim ini akan dilancarkan dalam bentuk animasi.[1]

Isu

No. isu Kulit buku Tajuk Tarikh dikeluarkan
1
Isu 1.png
Kembali Beraksi! 16 Mac 2020

Selepas kehancuran Stesen TAPOPS akibat serangan Retak'ka, BoBoiBoy dan rakan-rakan pulang ke Bumi untuk menanti arahan mereka yang seterusnya.

Tanpa disangka, seorang musuh lama muncul kembali dengan rancangan jahat yang baru.

2
Isu 2.png
Rahsia King Balakung! 26 Jun 2020

Planet Rimbara merupakan bekas jajahan King Balakung, pemilik asal Kuasa Elemental Balak yang tewas di tangan Retak'ka. Sebuah planet yang dipenuhi belantara, juga menyimpan pelbagai rahsia.

Dapatkah BoBoiBoy membongkar rahsia King Balakung dan dapatkan Kuasa Elemental Balak?

3
Isu 3.png
Perbicaraan Terhebat! 27 Julai 2020

Yaya dan Ying telah pergi ke Lembah Cidas untuk mendapatkan bahan ketiga yang diminta oleh Tuan Guru Gaharum. Namun setelah seharian menunggu, BoBoiBoy masih belum menerima sebarang berita daripada mereka.

Risau akan keselamatan mereka, BoBoiBoy dan Gopal bersama rakan baharu mereka, Qually, pergi ke Lembah Cidas untuk menyiasat.

4
Isu 4.jpg
Pendakian Hingga Ke Langit! 26 Ogos 2020

Selepas berjaya mendapatkan Garam Kristal dan Cili Suci, BoBoiBoy dan rakan-rakan bergegas ke lokasi bahan yang seterusnya.

Namun ada satu kejutan yang sedang menanti ketibaan BoBoiBoy di puncak pokok Kelapa Langit yang tinggi melangit!

5
Isu 5.png
Misteri Pergunungan Tandus 28 September 2020

Dalam usaha mendapatkan semula bahan-bahan yang dirampas oleh Qually, BoBoiBoy dan rakan-rakan terkandas di kawasan pergunungan yang tandus dan tak berpenghuni.

Namun ada sesuatu yang sedang menanti mereka di Snowasis yang penuh misteri. Dapatkah BoBoiBoy merungkai misteri Snowasis tersebut dan dapatkan kembali bahan-bahan yang telah hilang?

6
Isu 6.jpg
Resepi Warisan Terulung! 23 November 2020

BoBoiBoy dan rakan-rakan kembali pada Tuan Guru Gaharum dengan tangan kosong. Namun begitu, BoBoiBoy diberi satu lagi peluang untuk membuktikan kesungguhannya.

Perjalanan mereka di Rimbara hampir sampai ke penghujung, akan tetapi hanya seorang sahaja yang akan dinobatkan sebagai juara. Siapakah yang bakal mewarisi ilmu turun-temurun Tuan Guru Gaharum? BoBoiBoy atau Qually?

7
Isu 7.jpg
Belantara Penuh Bahaya! 25 Disember 2020

Pengembaraan baharu! Setelah menerima benih Oakuat dari Tuan Guru Gaharum, BoBoiBoy kini bersemangat untuk mempelajari Kuasa Elemental Tahap Ketiga.

Akan tetapi rancangan BoBoiBoy berjaya dihidu musuh yang licik dan penuh muslihat. Pertarungan dua seteru ini membawa mereka ke sebuah planet yang buas dan liar, Planet Kadruax!

8
Isu 8.png
Puak Purba Kadruax! 26 Februari 2021

Setelah bersemuka dengan gerombolan Tumbosaur di Planet Kadruax, BoBoiBoy dan rakan-rakan berusaha melepaskan diri demi menjejak Power Sphera PasuBot yang amat berharga.

Namun ada satu lagi kejutan sedang menanti mereka di belantara Kadruax, yang boleh membuatkan rancangan mereka jadi kucar-kacir!

9
Isu 9.png
Paduan Dua Kuasa! 26 Mac 2021

BoBoiBoy Solar, BoBoiBoy Duri dan Ying telahpun tiba di Piramid Baja, tempat tersimpannya Power Sphera PasuBot. Namun begitu, BoBoiBoy Halilintar, Gopal dan Yaya masih mencari jalan untuk meloloskan diri daripada menjadi habuan Tumbosaur.

Mampukah mereka menyelamatkan PasuBot sebelum Adu Du dan Probe? Atau adakah Adu Du berjaya memperoleh Power Sphera tersebut dan mengeluarkan kuasa terpendam dalam dirinya?

10
Isu 10.png
Pelawat Misteri Dari Angkasa Lepas! 29 April 2021

Dengan bantuan PasuBot, benih Oakuat pemberian Tuan Guru Gaharum kini membesar dengan suburnya. Malangnya, kegembiraan BoBoiBoy tidak kekal lama apabila rakan karibnya Gopal diculik oleh seorang musuh misteri.

Apa matlamat sebenar si penculik misteri itu? Mampukah BoBoiBoy menewaskannya, dan menyelamatkan Gopal?

11
Isu 11.png
Pergolakan Di Windara 25 September 2021

BoBoiBoy dan rakan-rakan menerima jemputan dari Maripos dan Kuputeri untuk melihat sendiri keadaan di Planet Windara yang dilanda peperangan. Dalang kepada segala kekacauan tersebut merupakan seorang penjahat yang tamakkan kuasa, bersama gerombolan bala tenteranya.

Namun rancangan Maripos telah berjaya dihidu oleh penjahat tersebut. Dapatkah wira-wira Bumi itu tiba di Planet Windara dengan selamat? Atau adakah mereka akan tewas dilanda badai Windara yang mengganas?

12
Isu 12.png
Terkandas! 29 Oktober 2021

BoBoiBoy dan Fang terkandas di sebuah lembah terpencil setelah pod kecemasan mereka terhempas di sana. Hilang arah dan buntu, mereka harus mencari jalan untuk menghubungi Maripos dan memberitahu perkhabaran buruk mengenai Kuputeri yang sudah ditawan musuh.

Mereka tiba di sebuah perkampungan untuk meminta bantuan. Namun, walaupun ia nampak seperti ditinggalkan, ada mata-mata yang memerhati pergerakan mereka. Adakah BoBoiBoy dan Fang akan berjaya mencari jalan keluar dari lembah itu? Atau adakah mereka akan terperangkap di sana buat selamanya?

13
Isu 13.png
Kesatria Windara! 26 November 2021

BoBoiBoy dan rakan-rakan diberi misi oleh Maripos untuk menyelinap masuk ke dalam Istana Kuputeri untuk menyelamatkan Kuputeri. Untuk itu, mereka harus menempuh ribut taufan yang melindungi istana tersebut.

Mampukah mereka tiba ke Istana Kuputeri dengan selamat? Dan apa yang perlu mereka lakukan untuk menghadapi ancaman Jeneral Berlima demi menyelamatkan Kuputeri?

14
Isu 14.png
Pertarungan Demi Windara! 28 Januari 2022

BoBoiBoy dan rakan-rakan kini bersemuka dengan Maharaja Reramos, penjahat yang telah menakluk Windara dan memerintahnya dengan penuh kekejaman. Dengan bantuan baju perisai pemberian Papiliam, superhero-superhero dari Bumi ini yakin dapat menewaskannya dengan mudah.

Namun begitu, Reramos mempunyai muslihatnya yang tersendiri. Pertarungan di puncak istana akan menentukan nasib Planet Windara; antara keamanan sejagat, ataupun musnah dilanda badai.

15
Isu 15.png
Berjuang Tanpa Gentar 25 Februari 2022

Misi baharu! Apabila TAPOPS menerima isyarat kecemasan dari sebuah kilang robotik di angkasa lepas, BoBoiBoy, Gopal, Qually, dan Ochobot diarahkan Komander Koko Ci untuk menyiasat sumbernya.

Namun, pelbagai kejadian pelik dan misteri berlaku di kilang tersebut sebaik saja mereka tiba. Siapakah gerangan yang menghantar isyarat kecemasan itu kepada TAPOPS? Dan adakah BoBoiBoy dan rakan-rakan akan terus mara ke depan tanpa gentar?

16
Isu 16.png
Adiwira Dalam Bahaya 1 April 2022

Pelbagai persoalan bermain di minda BoBoiBoy dan rakan-rakan setelah mereka mendapat tahu bahawa Adu Du adalah individu yang menghantar isyarat kecemasan kepada TAPOPS.

Adakah raksasa robot yang mengganas di Kilang NuBot mempunyai kaitan dengannya? Dan mengapa raksasa itu menyerupai Probe?

Keadaan BoBoiBoy Gentar yang tiada kuasa juga menyukarkan lagi keadaan. Dua seteru kini terpaksa mencari jalan untuk bekerjasama untuk melepaskan diri, atau mereka akan terkandas di kilang tersebut buat selamanya.

17
Isu 17.png
Kemuncak Gentaran Kuasa 29 April 2022

Masa semakin suntuk! Selepas memperoleh Kuasa Teleportasi, usaha BoBoiBoy Gentar dan rakan-rakan untuk menyelamatkan Probe serta Ochobot dari cengkaman Rosaksa semakin sukar.

Di dalam kehampaan yang melanda diri, BoBoiBoy Gentar harus segera mencari jalan untuk menyelamatkan rakan karibnya, serta menghalang Roksasa daripada terlepas dan membahayakan planet-planet yang berdekatan.

Kemuncak gentaran kuasa kini bermula. Kalah atau menang akan ditentukan dalam satu pertarungan terakhir!

18
Isu 18.png
Sehangat Bara Sedingin Salju 3 Jun 2022

Pengembaraan baharu! Dalam usaha untuk membuka Kuasa Elemental Tahap Ketiga, BoBoiBoy dan rakan-rakan kini perlu menjejaki legasi Penguasa Elemental Api, iaitu Panglima Pyrapi, dengan bantuan seorang teman lama dari Planet Volkania.

Perjalanan membawa mereka ke sebuah planet beriklim yang ekstrim. Di mana bara dendam serta kedinginan emosi telah menyebabkan persengketaan yang tak berpenghujung, dan bakal memerangkap BoBoiBoy di tengah-tengah konflik yang semakin memuncak!

19 Di Sebalik Api Sengketa 1 Julai 2022

Akan diumumkan

Trivia

  • Musim ini kini diadaptasi dalam format komik dengan kemungkinan pengeluaran animasi pada masa hadapan.
    • Sebabnya adalah untuk membolehkan Monsta "membangun dan mengembangkan Power Sphera Universe (PSU) dengan cekap dalam jangka waktu yang munasabah" setelah BoBoiBoy Galaxy, dan pada masa yang sama meneruskan pengeluaran projek baru mereka seperti Mechamato.[2]
  • BoBoiBoy dan kawan-kawannya memakai seragam sekolah baru dalam musim ini.
  • Dalam musim ini, BoBoiBoy dan kawan-kawannya menjelajah ke planet lain tanpa pasukan TAPOPS.
  • Pada Persidangan Maya Kre8tif, CEO Monsta - Nizam Abd Razak mendedahkan rancangan untuk filem yang akan datang BoBoiBoy Movie 3 yang dulu dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2021, kini beralih ke tahun 2022, yang merupakan sebab lain musim ini.[3]
    • Mereka juga merancang BoBoiBoy Galaxy Special untuk meraikan ulang tahun ke-10 francais BoBoiBoy, kerana BoBoiBoy Movie 3 yang dirancangkan akan ditangguhkan. Oleh itu, ia juga merupakan beban tambahan, dan kemungkinan penundaan ke musim kedua.
    • Sebuah imej promosi dikeluarkan di media sosial mendedahkan BoBoiBoy dengan pakaian Galaxy Musim 2 dalam animasi 3D.

Video

Rujukan

Advertisement