BoBoiBoy Wiki
BoBoiBoy Wiki

Puncak Gentaran Kuasa merupakan episod kelima-belas dalam musim kedua siri BoBoiBoy Galaxy, dan juga merupakan episod ketiga dalam BoBoiBoy Galaxy Gentar. Ia dilepaskan di YouTube Monsta, Netflix dan Astro Ceria pada 4 Januari 2025, kemudian di RTV pada 27 Januari 2025.

Ringkasan[]

Selepas pertembungan dengan Rosaksa, BoBoiBoy Gentar terkejut mengetahui dia mempunyai kuasa, tetapi perbezaan pendapat menyebabkan pasukan mereka berpecah. Kini, mereka perlu bergerak pantas untuk menyelamatkan kawan-kawan mereka dan menghentikan Rosaksa itu sebelum ia melarikan diri dan menyebabkan lebih banyak kerosakan.

Plot[]

BoBoiBoy Gentar kemurungan kerana gagal menyelamatkan Ochobot daripada Rosaksa, malah Adu Du pun hampa dengan sikapnya yang terlalu angkuh dengan Fusion baharunya sehingga gagal menjalankan tugas menyelamatkan Probe. Gopal pula memarahi Adu Du kerana sendiri melepaskan Power Sphera itu sehingga berlakunya kejadian Rosaksa dan memujuknya bahawa BoBoiBoy telah berusaha menolong. Gopal dan Qually juga memujuk Gentar untuk mengatasi kesedihannya. Gopal terjumpa anak panah yang ditinggalkan oleh Adu Du dan terjumpa bateri di dalamnya. Qually mengkaji kegunaan bateri itu dengan komputer bilik kawalan lalu memimpin Gentar dan Gopal ke tempat lain.

Menggunakan alat teleportasi yang dipasang dengan Mikrocop baharu, Adu Du memasuki bilik pemasangan di mana dia melihat Rosaksa menjamah sel tenaga sambil sebak terkenang memori lampau bersama Probe, sehingga dia terdengar robot raksasa itu bercadang untuk teleport ke Planet Machina.

Qually membawa Gentar dan Gopal ke bilik reaktor Kilang NuBot, di mana dia menjelaskan bahawa bateri anak panah Adu Du mengandungi cas tenaga yang boleh menghasilkan letupan elektromagnet untuk menghentikan Rosaksa. Gentar memahami bahawa reaktor tersebut boleh digunakan untuk menghasilkan letupan elektromagnet yang lebih besar supaya dapat mengalahkan Rosaksa. Gopal hairan bahawa Qually arif dalam ilmu elektromagnet walhal dia tukang masak, jadi Qually menunjukkan resipi berkenaan bateri dalam buku berian Gaharum yang dibawanya.

Gentar dengan megah bercadang untuk menghidupkan semula reaktor. Qually berhadapan dengan kesulitan untuk memasang reaktor sehingga memukul-mukul panel kawalan, maka Gentar tampil menggunakan Tukul Gentarnya untuk memukul mesin itu. Pada mulanya seakan tidak berkesan, tiba-tiba arus elektrik mengalir dari Tukul Gentar ke dalam mesin, menyebabkan reaktor mula hidup. Gopal dan Qually tertebus kekecewaan dan girang meraikan hadirnya kuasa Gentar, malah Gentar sendiri kembali berdegar-degar. Qually menduga bahawa kuasa Gentar adalah menyerap dan menyimpan tenaga, berdasarkan saat Gentar terkena pancaran Rosaksa dalam pertarungan yang lepas, jadi Gopal pun menggelar Gentar dengan ajukan "BoBoiBoy Bateri".

Qually bercadang untuk mengumpan Rosaksa ke bilik reaktor, maka sekali lagi Gopal (dengan rasa kesal) memikul tugas itu dengan menyamar sebagai robot lagi. Dia pergi ke bilik pemasangan dan menghendap Rosaksa yang sibuk melahap. Setelah disedari oleh Rosaksa, Gopal melakukan "tarian Biskut Yaya" untuk memujuk Rosaksa memakannya. Namun, kali ini Rosaksa enggan memakan Gopal kerana khuatir akan menjadi gila seperti gerak-gerinya. Gopal menari lagi sehingga menyalakan lampu lip-lap yang terpasang pada penyamarannya sehingga berjaya memikat Rosaksa, kemudian bergegas kembali ke bilik reaktor sambil dikejar. Gentar seronok menyaksikan gerak-geri Gopal melalui siaran CCTV pada panel kawalan reaktor sambil mendengarkan bahawa kuasa reaktor sudah separuh penuh. Tiba-tiba, Jam Kuasanya berbunyi menerima panggilan.

Sementara itu di MYS Kebenaran yang terletak di Planet Volkania, Yaya dan Ying memujuk Roktaroka untuk mengikut mereka ke kampung halamannya di Planet Baraju, malah Kapten Papa Zola sedia untuk menumpangkan Roktaroka. Roktaroka tersedu kerana sudah sepuluh tahun tidak pulang, membuat seluruh kapal tergempar dan kesal. Dalam sebaknya, Roktaroka mencurahkan air mata lava sehingga mengakis lantai kapal, menyesali pengabaiannya terhadap Toktaroka. Yaya cuba memujuk Roktaroka, tetapi Fang mencelah dengan mengutuk perbuatan Roktaroka, menyebabkan Roktaroka teresak-esak lagi. Ying berkata Toktaroka pasti gembira berjumpa dengan cucunya, maka Roktaroka pun akur dan anak-anak kapal pun bersiap. Fang diarahkan oleh Papa Zola untuk menghubungi BoBoiBoy dan Gopal sebelum bertolak, tetapi Fang tidak dapat berbuat demikian dan mula risau.

Ketika sedang dikejar oleh Rosaksa, Gopal cuba menembak balik dengan Tukaran Makanan, tetapi alat-alat Rosaksa yang ditukar itu tertanggal. Sambil berlari berundur, Gopal terjumpa sebuah peti besar dan menukarkannya kepada Kari Kepala Bateri untuk melengahkan Rosaksa sementara dia tercari-cari jalan ke bilik reaktor, tetapi Rosaksa makan dengan cepat dan sambung mengejar. Mujur Adu Du datang untuk menghentikan Rosaksa dan memimpin Gopal ke bilik reaktor.

Gopal hairan mengapa Adu Du berpatah balik, jadi Adu Du menceritakan bahawa dia telah menghubungi Gentar untuk memaklumkan bahawa Rosaksa bercadang untuk teleport ke Planet Machina, malah Qually mengingatkan bahawa planet itu diduduki oleh robot yang boleh menjadi bekalan tenaga Rosaksa. Adu Du sebab menyalahkan diri atas kejadian Rosaksa, maka Gentar memujuknya dengan mengajaknya kembali menyertai Team BuBaDiBaKo dengan menolong Gopal.

Gopal dan Adu Du memimpin Rosaksa ke dalam bilik reaktor, tetapi reaktor belum terisi penuh tenaganya. Rosaksa menghempap, menyebabkan penyamaran Gopal tertanggal, menyebabkan Rosaksa naik marah kerana tertipu. Gentar turun berlawan dan memukul Rosaksa sehingga terpelanting dengan Ayunan Tukul Gentar, dibantu oleh Adu Du dengan anak panah elektromagnetnya.

Rosaksa membalas dengan pancaran Laser Pemusnah, maka Gentar mengambil kesempatan untuk mengecas tukulnya dengan pancaran itu dan memukul balas dengan lebih kencang sehingga Rosaksa tercampak ke lelangit. Rosaksa berpaut pada galang dalam keadaan goyah, dihadapkan dengan Balingan Tukul Gentar tetapi sempat melarikan diri. Gentar cuba memanggil semula tukulnya tetapi tertarik ke lelangit oleh tarikan elektrostatik tukul itu dan bertaut di situ, namun dia kekal tenang bersenam dengan tangkai tukulnya.

Qually mendapati tenaga reaktor sudah 80 peratus penuh dan berpesan bahawa dia akan meletupkan reaktor. Rosaksa turun dan beralih kepada menyerang Gopal dan Adu Du dengan Laser Pemusnah. Gentar sempat turun dan menangkis tembakan itu daripada terkena "mereka yang di bawah perlindungannya," sambil mengecas tukulnya. Gopal, Qually dan Adu Du begitu takjub sampai menggelar Gentar "bosku."

Gentar memulakan langkah menamatkan pertarungan dengan menukarkan Tukul Gentarnya menjadi Gauntlet Gentar, kemudian dia menumbuk-numbuk Rosaksa secara bertubi-tubi sehinggalah Tumbukan Gentar Menggegar yang mencampakkan lawan dengan kencang. Tiba-tiba, segala benda di bilik reaktor terapung dan tertarik ke arah reaktor yang sudah tercas 90 peratus menurut Qually. Gopal dan Adu Du berpaut dengan menukarkan benda yang dipegangnya menjadi dodol.

Rosaksa cuba melarikan diri dengan melompat dari alat ke alat yang terapung, tetapi dipintasi oleh Gentar yang membuat tumbukan kencang sehingga terlucut kepala Jo. Gentar menukarkan Gauntletnya menjadi tukul, kali ini disadur dengan alat-alat keliling bilik reaktor, lalu mengecundangkan Rosaksa dengan Hentakan Tukul Mega Gentar. Setelah Rosaksa tersungkur, Gentar pergi menanggalkan badan Probe dan menyerahkannya kepada Adu Du.

Kemudian, Gentar menggeledah isi perut Rosaksa dan cuba menyelamatkan Ochobot, sementara Qually mengumumkan bahawa reaktor sudah dicas 99 peratus. CodeBot yang mendasari Rosaksa tekad untuk tidak melepaskan Ochobot dan bertindak dengan berteleportasi ke teras reaktor dan mematahkan proses mengecas reaktor dengan menyedut kuasanya. Gentar bertaut pada badan Rosaksa, kuasa tukulnya semakin menurun.

Selepas selesai menyedut tenaga, Rosaksa mencampak Gentar dan memasuki portal teleportasi yang dibukanya. Menggeram kerana gagal menyelamatkan Ochobot lagi, Gentar bertindak meluru ke arah portal dan sempat melangkah masuk sebelum tertutup, meninggalkan Gopal, Qually dan Adu Du.

Perbezaan dengan Versi Komik[]

  • Seperti daripada episod sebelumnya, Team BuBaDiBaKo hanya disebutkan dalam versi animasi.
  • Ketika Gopal cakap bahawa BoBoiBoy Gentar sebenarnya BoBoiBoy Bateri di komik, BoBoiBoy Gentar kesal sedikit. Sedangkan di animasi BoBoiBoy Gentar kembali berpose.
  • Yaya dan Ying memujuk Roktaroka pergi ke Planet Baraju manakala BoBoiBoy dalam versi komik.
  • Fang bercakap kepada Roktaroka bila dirinya adalah Tortaroka dia tidak akan mengaku Roktaroka sebagai cucu lagi manakala Gopal dalam versi komik.
  • Ketika BoBoiBoy Gentar menyusul Rosaksa menuju Planet Machina di komik, BoBoiBoy Gentar gagal. Sedangkan di animasi BoBoiBoy Gentar berjaya menyusul Rosaksa.

Watak[]

Trivia[]

  • BoBoiBoy Gentar memecahkan dinding keempat dengan cakap "Aku BoBoiBoy Gentar! Yang bakal menggetarkan hati musuh dan hati peminat di luar sana." sambil menunjuk kamera.
  • Gopal melakukan tarian serupa seperti yang pernah dilakukan di Musim 1, Episod 11.

Galeri[]

Video[]