BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Misi Dobi TAPOPS merupakan episod kelapan dalam musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 24 Mac 2017.

Ringkasan

Untuk melindungi identiti Stesen Angkasa TAPOPS, BoBoiBoy dan kawan-kawannya perlu menghantar sut pakaian ke salah satu planet berbahaya di galaksi. Sementara itu, Adu Du ingin membalas dendam kepada BoBoiBoy.

Plot

Di Kapal Sampah A80, Adu Du merungut kepada Probe tentang BoBoiBoy yang selalu menggagalkan rancangan jahatnya semenjak dari kecil sampai besar sehingga membuatkan baju-bajunya habis kotor apabila dibelasah oleh BoBoiBoy. Probe turut mengeluh tentang perkara yang sama kepada bosnya, lalu kemudian Adu Du menyuruh Probe untuk menghantar baju-baju kotor itu ke dobi.

Sementara itu di Stesen Angkasa TAPOPS, Komander Koko Ci berjaya memulihkan kembali keadaan stesen dari kerosakan; walau bagaimanapun stesen itu masih lagi dalam bahaya kerana identiti stesen TAPOPS mungkin telah terbongkar. Kemudian, BoBoiBoy bertanya apa maksud Komander Koko Ci dengan identiti stesen TAPOPS telah terbongkar. Lalu Komander Koko Ci menunjukkan sesuatu tentang identiti rahsia TAPOPS kepada BoBoiBoy dan rakan-rakannya. Pertunjukan itu membuatkan mereka teruja setelah melihat ruang yang luas di stesen TAPOPS bagaikan sebuah kedai dobi. Lalu Komander Koko Ci menjelaskan bahawa dobi angkasa sebenarnya merupakan penyamaran identiti TAPOPS agar mereka boleh mengorek maklumat-maklumat penting dari setiap pelanggan yang singgah untuk mendapatkan perkhidmatan dobi.

Pada masa yang sama, Probe sampai ke kedai dobi di tempat penyamaran pasukan TAPOPS. Tanpa disedari oleh Komander Koko Ci dan BoBoiBoy serta rakan-rakannya yang lain, Probe telah terdengar perbualan mereka berkenaan dengan penyamaran identiti kedai dobi TAPOPS serta misi mereka untuk menghantar bungkusan dobi ke Planet Dargha'ya.

BoBoiBoy, Fang dan Gopal ditugaskan menghantar bungkusan dobi tanpa perlu mengetahui penerima bungkusan dobi itu, membuatkan Fang terkejut apabila perlu pergi ke planet yang berbahaya itu. Kemudian mereka juga diingatkan agar tidak mengotorkan bungkusan dobi tersebut walau sedikit pun. Sewaktu dalam perjalanan, BoBoiBoy dan Gopal bertanya tentang keadaan di planet itu. Setelah diceritakan bahawa planet itu dipenuhi dengan benda-benda mati, mereka berdua merayu kepada Fang untuk berpatah balik, dan Fang mengeluh kerana terpaksa menjaga dua orang rakannya itu.

Tanpa diketahui oleh BoBoiBoy, Fang dan Gopal, rupa-rupanya Adu Du dan Probe sedang mengekori mereka ke Planet Dargha'ya kerana mengesyaki bahawa BoBoiBoy sebenarnya sedang meminta bantuan menerusi penghantaran bungkusan dobi tersebut. Jika BoBoiBoy berjaya menghantar bungkusan dobi itu, bantuan akan segera tiba dan sistem pertahanan stesen TAPOPS akan pulih semula. Perkara itu turut membuatkan Probe terharu kerana mempunyai bos sebijak Adu Du.

Fang yang menggelar dirinya sebagai kapten oleh kerana dia yang memandu kapal, meminta BoBoiBoy dan Gopal untuk mencari tempat mendarat, kemudian BoBoiBoy menawarkan satu tempat mendarat yang sesuai kepada Fang. Semasa perjalanan, Gopal berasa takut apabila melalui kawasan hutan dengan suasananya yang seram. Adu Du dan Probe yang ingin mengekori mereka dari belakang menghadapi masalah di dalam hutan apabila Probe tertinggal alat GPS sehingga akhirnya terjatuh ke dalam lumpur. Sementara itu BoBoiBoy, Fang dan Gopal pula tiba-tiba terserempak dengan Hantu Pokok yang kemudiannya mengejar mereka menyebabkan mereka bertiga bertempiaran melarikan diri. Tiba di sebatang pokok besar mereka bertiga bersembunyi di belakangnya tetapi rupa-rupanya pokok itu juga adalah Hantu Pokok.

Akibatnya Gopal digigit separuh badan oleh Hantu Pokok itu dan menyebabkan Fang dan BoBoiBoy terpaksa melawan balas. BoBoiBoy menyeru Kuasa Tiga manakala Fang menyeru Beruang Bayang untuk berlawan dengan Hantu Pokok yang mula-mula mengejar mereka. BoBoiBoy Petir dan BoBoiBoy Tanah membawa bungkusan-bungksuan dobi ke tempat yang selamat manakala BoBoiBoy Daun berhempas pulas menyelamatkan Gopal daripada Hantu Pokok. Gopal berjaya diselamatkan, malangnya tercampak ke belakang disebabkan oleh tarikan BoBoiBoy Daun yang terlalu kuat. Tiba-tiba BoBoiBoy Daun terpaksa berdepan dengan satu lagi Hantu Pokok yang hendak memakannya, tetapi sempat diselamatkan oleh Fang dengan menyeru Koala Bayang. Tindakan Polar Bear yang memeluk Hantu Pokok itu membuatkan Hantu Pokok hampir memijak BoBoiBoy Daun berkali-kali. Tetapi mujur Fang berjaya menyelamatkan BoBoiBoy Daun dari dipijak oleh Hantu Pokok itu dengan menggunakan Jari Bayang.

Akhirnya BoBoiBoy Petir berjaya mengalahkan dua Hantu Pokok itu dengan Pedang Petir. BoBoiBoy dan Fang bergegas mencari Gopal yang tercampak tadi. Sebaik tiba, mereka terserempak dengan Adu Du dan Probe yang sedang keletihan. Walaupun diberikan peluang oleh BoBoiBoy, Gopal dan Fang untuk berehat kira-kira dalam 10 minit lamanya, mereka bukannya mahu berterima kasih, sebaliknya meneruskan misi untuk menggagalkan misi wira-wira itu. Adu Du menembak dengan senjata canggihnya ke arah BoBoiBoy dan Fang namun yang keluar hanyalah lumpur. Adu Du menukar strateginya dengan menembak bungkusan dan resit dobi dengan lumpur supaya bungkusan itu menjadi kotor dan seterusnya menggagalkan misi mereka. Mereka baru sahaja melindungi dobi-dobi sehingga Fang membawanya ke Helangnya dengan mod Mecha Probe dalam pengejaran sengit.

BoBoiBoy dan Gopal bertanya kepada Adu Du mengapa dia cuba menghentikan mereka kali ini dan dia mendedahkan bahawa dia tahu bahawa misi mereka adalah untuk menyampaikan rahasia mesej S.O.S. mengenai resit dobi bagi pihak TAPOPS. Di udara, Probe akan menembak letupan terakhir lumpur apabila Gopal mengubah meriamnya dan pelbagai bahagian tubuhnya ke dalam gula-gula menggunakan Tembakan Sniper Makanan. Fang membongkok untuk menembaknya tetapi meletakkan dobi dalam proses itu, membolehkan Adu Du menembak dengan mudah. BoBoiBoy cepat bertukar ke Daun dan menarik dobi dalam masa. Naik berang, Adu Du bertujuan untuk menembak BoBoiBoy, tetapi Probe jatuh kepadanya dan menghempapnya sehingga dia tidak sedarkan diri.

Apabila Probe bertukar menjadi mod kenderaan dan membawa Adu Du pergi, BoBoiBoy memutuskan untuk membiarkan mereka pergi kerana mereka tidak berbahaya sekarang dan mereka perlu menyelesaikan penghantaran mereka, turunkan yang berdekatan mengikut peta Fang. Mereka membuatnya ke lokasi pada waktu petang di mana Fang menghubungi Koko Ci untuk memberitahunya bahawa mereka berjaya. Komander menanyakan apakah ada komplikasi dan Gopal memberitahunya bahawa Adu Du dan Probe berada di planet ini, banyak kejutannya. Sebagai tindak balas kepada soalan BoBoiBoy, Koko Ci menegaskan bahawa Adu Du memberitahu kebenaran tentang mereka menyampaikan S.O.S. dan kerana misi mereka telah dikompromi, mereka perlu menyampaikan mesej itu sendiri kepada penerimanya. Gopal menangis dalam keputusasaan kerana mereka perlu tinggal di Dargha'ya untuk lebih lama.

Jeritan Gopal yang bergema membangunkan Adu Du dan setelah menyedari bahawa mereka telah dikalahkan lagi, meminta Probe untuk berpatah balik. Malangnya, Probe terlanggar sesuatu yang kelihatan seperti pokok tetapi sebenarnya adalah dua Hantu Pokok yang mengaum apabila melihat Adu Du dan Probe.

Perbezaan dengan Versi Komik

Watak

Trivia

Galeri

Video

Advertisement