BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Gergasi Cattus merupakan episod keempat dalam musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 16 Disember 2016.

Ringkasan[]

BoBoiBoy dan kawan-kawannya menentang Adu Du dan Probe, yang juga turut mencari Power Sphera setelah mereka bertemu dengan Cattus, iaitu seekor kucing alien dengan kebolehan luar biasa.

Plot[]

Kelihatan di ruang angkasa Planet Gurunda, kapal angkasa Adu Du masih lagi cuba mengesan kedudukan tempat Power Sphera yang ada di planet itu. Namun begitu, disebabkan oleh kelewatan Komputer untuk menjumpai Power Sphera dengan memberikan alasan memerlukan lebih masa, lantas Adu Du naik berang. Probe yang kemudiannya menyusul, menenangkan bosnya dengan berkata "Bago Go Shop kan ado~", lalu membuka siaran di skrin.

Posferon Go Bagogo X9 Go

Bago Go menawarkan produk pengesan Power Sphera.

Bago Go pun muncul pada skrin dan kali ini dirinya ingin mempromosikan alat untuk mengesan Power Sphera atau lebih dikenali sebagai Posferon Go Bago Go X9 Go dengan percuma. Tawaran Bago Go mengejutkan Adu Du dan Probe tetapi Bago Go mengenakan syarat bahawa cara untuk memperolehi alatan tersebut adalah dengan menelefon dirinya dalam masa yang terhad. Tanpa membuang masa Adu Du menghubungi Bago Go dan memesan barangan tersebut. Pada masa yang sama, Bago Go mengisytiharkan alatan tersebut ialah hak milik kepada Adu Du. Seakan-akan ada udang di sebalik batu dan dikenali dengan sebagai penipu, Bago Go mengatakan bahawa gajet tersebut tidak boleh berfungsi tanpa bateri khas lalu menjualnya dengan harga 80 juta, 80 sen yang mengakibatkan Adu Du terkejut lalu pengsan.

Bago Go Shop di TV

Bago Go menawarkan harga percuma.

Malam kemudiannya, kelihatan Probe sebagai Kereta Probe sedang membawa Adu Du yang masih pengsan. Selepas tersedar, Adu Du mendapati mereka sedang mengikut isyarat Power Sphera dari Posferon Go lalu bertanya kepada Probe bila dia membeli bateri khas itu. Probe dengan senang hati menjawab menjelaskan bahawa semasa Adu Du pengsan, dia menggunakan Kad Kredit Plutonium untuk membeli bateri itu. Ia membuatkan Adu Du terkejut kerana duitnya semakin berkurangan.

BoBoiBoy dan rakan-rakan berkhemah

BoBoiBoy dan rakan-rakannya berkhemah pada waktu malam.

Sementara itu, kelihatan BoBoiBoy dan rakan-rakannya sedang berkhemah. Kelihatan Gopal menukarkan batu-batuan menjadi cekodok coklat dan menawarkannya kepada Yaya dan Ying tetapi ditolak atas alasan mereka telah membawa bekal sendiri. BoBoiBoy mengeluh bahawa sudah dua hari mereka cuba mencari Power Sphera di planet itu namun masih tidak menjumpainya. Gopal sempat berkata bahawa itu bukan salah mereka kerana setiap kali Power Sphera dikesan, ia selalu akan hilang secara tiba-tiba. Ying menyambung bahawa pencarian mereka juga menyebabkan Ochobot kepenatan kerana sering menggunakan kuasanya untuk teleport dan mencari Power Sphera.

Yaya juga menasihati BoBoiBoy untuk terus bersabar kerana itu merupakan misi pertama mereka tetapi BoBoiBoy berkata bahawa mereka tidak sepatutnya gagal misi pertama mereka. Tiba-tiba, bunyi aneh kedengaran di kawasan perkhemahan dan menakutkan mereka sebelum melihat pokok kaktus. Pokok kaktus tersebut bergerak dan mendedahkan identiti seekor kucing lalu mengejutkan BoBoiBoy dan Gopal serta menawan hati Yaya dan Ying. Mereka cuba mengusap kucing itu tetapi Gopal bertindak menghalaunya. BoBoiBoy berkata tidak mengapa lalu menawarkan airnya kepada kucing tersebut. Walaupun ditentang sekerasnya oleh Gopal tetapi BoBoiBoy meneruskan niatnya. Kucing itu minum airnya tersebut sehingga habis.

Yaya dan Ying suka kepada Cattus

Yaya dan Ying tertawan melihat gelagat Cattus.

Sesudah minum, gelagat kucing itu yang menjilat tubuh badannya menawan kembali hati Yaya dan Ying dan berhasrat untuk membelanya. Tetapi Yaya perasan akan kewujudan loceng di lehernya dan mengatakan mungkin kucing ini mempunyai tuan. Gopal pula bertindak memarahi kucing tersebut sebelum reaksinya bertukar agresif dan menyerang Gopal. BoBoiBoy melihatang melihat mereka mengujar terbaik, kemudian menyedari Jam Kuasanya seolah-olah rosak.

Dalam perjalanan untuk mencari Power Sphera itu, Adu Du membebel hutangnya menjadi semakin bertambah, tetapi Probe berkata bahawa hutangnya boleh dicari, yang penting alat pengesan itu berfungsi. Adu Du gembira selepas melihat alat itu betul-betul berfungsi dan sempat memuji Probe. Mereka telah mendekati sasarannya dan berhenti di hadapan sebuah gua. Alat tersebut menunjukkan isyarat Power Sphera di dalam gua itu lalu Adu Du mengarahkan Probe untuk mengeluarkan semua peralatan untuk menangkap Power Sphera. Setelah kelengkapan mereka mencukupi, mereka memasuki ke dalam gua tersebut dan diserang oleh sesuatu.

Gua seram ada beruang gurun

Mereka mencari Power Sphera di dalam gua.

Keesokan paginya, BoBoiBoy dan rakan-rakannya sampai ke gua tersebut dan Ochobot berkata bahawa isyarat Power Sphera itu semakin lemah. Dalam pada itu, keadaan gua tersebut menakutkan mereka kerana dipenuhi dengan kesan cakaran, tembakan laser dan menemui net tenaga. Kemudian, mereka terdengar suara misteri dari luar gua itu yang menambahkan ketakutan mereka. Satu lembaga muncul di mulut gua sebelum rebah, lalu mereka menuju ke arahnya. Mereka melihat seorang pak cik kaktus sedang kehausan dan meminta air daripada mereka, lalu Ying menawarkan airnya.

Pakcik YB Pak Pok Kat

Penghulu Kampung Kaktoi memperkenalkan diri.

Ochobot sempat mengimbas pak cik itu dan mendapat tahu bahawa pak cik itu adalah penduduk asli di Planet Gurunda. Selepas meminum air, pak cik itu kembali segar dan bertenaga lalu mengucapkan terima kasih kepada mereka dengan menggelar mereka sebagai "anak-anak pokok". BoBoiBoy bertanya kepada pak cik itu siapakah dia dan apa yang dia lakukan di situ. Pak cik itu menjelaskan bahawa dia ialah penghulu suku kaum Kaktoi dan namanya ialah Waibi, Yang Berduri, dan seterusnya seluruh keturunannya yang panjang lebar. Penjelasannya membuatkan BoBoiBoy dan yang lain bosan dan Gopal merungut tentang cerita pak cik itu yang tidak berkesudahan.

Selepas selesai penjelasan, Waibi pula bertanya siapakah mereka lalu BoBoiBoy memberitahu namanya dan kawan-kawannya. BoBoiBoy bertanya kepada Waibi apa tujuannya datang ke situ, dan diberitahu oleh Pakcik Waibi bahawa dia telah dihantar untuk mencari bantuan luar kerana kampungnya telah diserang, mengejutkan BoBoiBoy. Waibi merayu kepada BoBoiBoy dan Gopal untuk membantu menyelamatkan kampungnya lalu memeluk BoBoiBoy dan Gopal dengan kuat menyebabkan mereka meronta kesakitan kerana duri-duri dari Waibi melekat pada muka dan pakaian mereka. Maka BoBoiBoy cepat-cepat bersetuju untuk membantu lalu BoBoiBoy dan Gopal dilepaskan oleh Waibi. Waibi berasa gembira lalu mengajak mereka untuk ke kampungnya sebelum matahari terbenam. Selepas keluar dari gua, Gopal bertanya adakah jauh kampung pak cik itu, lalu Waibi menjawab "jauh nak" lalu berkata bahawa mereka sudah sampai. Rupa-rupanya, kampungnya dekat sahaja dengan gua tadi.

Pemandangan Kampung Kaktoi

Pemandangan Kampung Kaktoi.

Keadaan yang sunyi di Kmapung Kaktoi membingungkan BoBoiBoy lalu bertanya akan keberadaan penduduk lain. Waibi memberitahu bahawa mereka semua telah berlari ke arah bukit untuk mencari perlindungan dan menunjukkan ke arah sebuah bukit. Tiba-tiba, seorang anak Waibi datang ke arahnya bapanya dalam keadaan tergesa-gesa dan memberitahu bahawa satu lagi rumah telah diserang. Berita itu mengejutkan mereka lalu mereka bergegas ke belakang kampung tersebut. BoBoiBoy yang melihat menjadi hairan atas kemusnahan yang berlaku dan bertanya apa yang telah terjadi lalu anak pak cik itu menjawab bahawa semua perkara ini terjadi angkara "Raksasa Gurunda".

BoBoiBoy bertanya tentang raksasa itu kepada Waibi lalu mula bercerita dari pagi hingga ke petang dan akhirnya mengatakan raksasa itu sering menyerang kampungnya untuk mendapatkan air. Waibi terus menyambung hujahnya dahulunya, sumber air raksasa itu datang daripada pokok-pokok kaktus di belakang kampungnya namun ia telah bertukar menjadi getah-getah aneh. Ia mengejutkan mereka lalu menjurus perbuatan mereka tempoh hari yang menukarkan pokok kaktus kepada gula-gula getah untuk memerangkap Raksasa Platipah. Gopal menyoal siapakah punya angkara siapa tetapi ditegur oleh Ying bahawa itu ialah angkara Gopal, lalu dia mengingatkan Ying bahawa dia yang menyuruhnya menukarkan pokok-pokok itu.

Waibi terdengar perbualan mereka dan mula mengesyaki sesuatu, tetapi dicelah oleh BoBoiBoy yang berazam untuk membantu mereka menangkap dan menghalau Raksasa Gurunda itu dari Kampung Kaktoi. Penduduk kampung itu menjadi gembira lalu BoBoiBoy dan Gopal dipeluk makhluk berduri sekali lagi. Yaya sempat bertanya bagaimana caranya untuk mereka mencari raksasa itu lalu oleh Ying berkata dia mempunyai idea. Sementara itu dalam kapal angkasa Adu Du, Adu Du dan Probe telah pulang dari berburu dalam keadaan berbalut. Probe ingin balik, tetapi Adu Du enggan mengalah dan segera menyuruh Komputer untuk menelefon Bago Go tetapi sebaliknya Bago Go telah muncul di skrin kerana mengetahui dia akan dihubungi. Adu Du segera bertanya apakah senjata terbaik untuk menangkap raksasa buas. Jawab Bago Go, senjata terbaik itu adalah keberanian, lalu mempromosikan Kismis Keberanian Pak Goro. Adu Du menjadi marah dan berkata bahawa dia menginginkan senjata. Bago Go mengingatkan harganya agak mahal, tetapi Adu Du berkata dia sanggup berhutang demi Power Sphera.

Umpan air untuk raksasa

Air digunakan untuk mengumpan raksasa.

Sementara menunggu raksasa itu untuk muncul, Gopal bertanya jika rancangan ini akan berhasil. Lalu Ying memberitahu rancangannya satu per satu dan Gopal bertanya apa yang dia perlu buat, lantas BoBoiBoy menyuruhnya menukarkan semula pokok-pokok kaktus itu. Kemudian, Yaya terlihat kucing yang ditemui mereka semalam sedang meminum air itu. BoBoiBoy bergegas ke arahnya dan cuba mengusirnya. Waibi lantas memberi amaran tentang kehadiran raksasa itu. BoBoiBoy terkejut dan tercari-cari, maka Waibi mengatakan bahawa kucing itu adalah raksasanya. Tiba-tiba, kedengaran bunyi senjata api dan satu dart mendarat di tepi kucing itu.

Adu Du menembak

Adu Du cuba menembak Cattus.

Di celahan batu, Adu Du sedang mengendali selaras senapang lalu mengeluh kerana tembakannya tersasar. Dari jauh, BoBoiBoy terlihat kelibat Adu Du dan menengking atas perbuatannya. Adu Du lantas menjerit Power Sphera itu miliknya, yang mengejutkan Ochobot lalu mengimbas kucing itu. BoBoiBoy geram akan perbuatan Adu Du lalu cuba untuk bertukar namun mendapati jamnya tidak berfungsi lalu Adu Du mengambil posisi dan melepaskan Tembakan Dart Pelemah ke arah kucing itu tetapi diselamatkan oleh BoBoiBoy lalu dart itu mengenai dirinya. Dalam keadaan lemah, dia berjaya menyelamatkan kucing tersebut.

BoBoiBoy ditembak untuk menyelamatkan Cattus

BoBoiBoy menyelamatkan Cattus dari ditembak.

Kucing itu menjadi marah lalu membesar menjadi gergasi dan cuba untuk menyerang Adu Du. Adu Du bertindak melepaskan dua tembakan ke arahnya dan tidak menunjukkan sebarang kesan. Setelah mengimbas kucing itu, Ochobot menyuruh Yaya dan Ying untuk mempertahankan kucing tersebut tetapi mereka dihalang oleh Probe yang bertukar menjadi Mecha Probe dan melancarkan tembakan peluru bertubi-tubi ke arah mereka. Tetapi Yaya dan Ying mengelak tembakan tersebut dengan pantas lalu Gopal mengambil langkah menukarkan peluru-peluru itu menjadi gula-gula getah lalu salah satu mengenai pokok kaktus lalu menukarkannya. Waibi dan beberapa orang penduduk terlihat tindakannya lalu naik berang dan memarahi Gopal.

Kucing gergasi itu meluru ke arah Adu Du dan Adu Du dengan takut menembaknya beberapa kali tetapi langsung tiada kesan. Lalu Adu Du dijatuhkan dan diancam oleh kucing gergasi itu. Dalam pada itu, kedua-dua Ying dan Yaya menyerang Mecha Probe bersama-sama lalu Probe segera melepaskan Tembakan Tenaga Pengikat untuk mengikat mereka dan melemparkan mereka. Kemudian, kucing gergasi itu ingin memukul Adu Du namun sempat dihalang oleh Probe dengan mengikat tangan kucing itu tetapi ia menarik-nariknya menyebabkan Probe seakan-akan permainan baginya.

Cattus diperangkap dan kena karen

Cattus berjaya diperangkap oleh Adu Du.

BoBoiBoy melihat perbuatan kucing gergasi itu dan mengatakan perisainya memang seperti kucing yang didengari oleh Adu Du dan mendapat satu idea. Adu Du mengumpan kucing itu dengan pancaran laser menuju ke perangkapnnya. Setelah berada di kawasan perangkap, satu objek muncul yang melepaskan jaring lalu Adu Du mengaktifkan kejutan eletrik yang melemahkan Cattus dan mengecilkan saiznya semula. BoBoiBoy berkata dia perlu menyelamatkannya lalu cuba mengaktifkan semula Jam Kuasa miliknya sehingga berfungsi, maka segera berpecah kepada tiga. Adu Du mengancam kucing itu dengan senapangnya tetapi BoBoiBoy Angin menolak Adu Du untuk menjauhkannya dari kucing itu.

Adu Du berang lalu mengarahkan Probe untuk menyerang, maka Mecha Probe bertindak melepaskan Tembakan Tenaga Pengikat tetapi dapat diatasi oleh BoBoiBoy Petir dengan melemparkan Pedang Petir miliknya ke arah Mecha Probe, merenjatnya dengan elektrik. Melihat Cattus sendirian, Adu Du mengambil kesempatan itu untuk mengambil kucing tersebut tetapi dihalang oleh BoBoiBoy Tanah. Dengan meninggikan aras tanah secara bertubi-tubi pada Adu Du dan Probe, BoBoiBoy melancarkan mereka ke udara sehingga mereka terpelanting. Waktu semakin senja, pokok gula-gula getah telahpun berjaya ditukarkan semula oleh Gopal. Waibi berterima masih dan berasa terhutang budi kepada mereka, lalu sempat menasihati Gopal supaya tidak mengulanginya lagi.

BoBoiBoy masih berasa hairan tentang Adu Du yang mengatakan tentang Power Sphera tadi, lalu Ochobot menyuruhnya untuk melihat apa sebenarnya yang terikat di leher kucing itu. BoBoiBoy menyangka bahawa itu adalah loceng, namun diperbetulkan oleh Ochobot bahawa ianya bukanlah sebarang loceng kerana itulah Power Sphera yang dicari-cari oleh mereka selama tadi. Power Sphera itu mula bersuara dan memperkenalkan dirinya sebagai BellBot, iaitu Power Sphera yang mempunyai Kuasa Transformasi Pembesaran. BoBoiBoy bertanya mengapa dia tidak memberitahu kepadanya sewaktu berjumpa pada malam sebelumnya, dan BellBot menjelaskan bahawa ketika itu dia mempunyai anggapan yang BoBoiBoy dan kawan-kawan adalah pemburu Power Sphera yang jahat.

BellBot bagitahu perkara sebenar

BellBot memperkenalkan diri sebagai Power Sphera.

BellBot kemudiannya menceritakan kisahnya dengan Cattus, iaitu ia merupakan makhluk pertama yang dijumpainya. BellBot dan Cattus sentiasa bersama, namun disebabkan oleh BellBot sering diburu, jadi Cattus diberikan Kuasa Pembesaran untuk menghadapi musuhnya. Kemudian, BoBoiBoy mempelawa BellBot untuk mengikut mereka pulang, tetapi ditolak kerana keuda-dua mereka memerlukan antara satu sama lain. Ying risau jika Komander Koko Ci akan memarahi mereka kerana tidak dapat membawa pulang BellBot. Tetapi BoBoiBoy yakin bahawa Komander Koko Ci akan memahami keadaan. Ochobot juga turut gembira atas selesainya misi mereka lalu mengajak semua untuk pulang semula ke Bumi.

Cattus ikut balik

Cattus ikut mereka pulang walaupun pada asalnya BellBot mengatakan Cattus tidak boleh ikut.

Ochobot pun membuka teleportal sebagai pintu masuk ke Bumi. Kedua-dua BoBoiBoy dan Waibi sempat berbalas ucapan selamat tinggal dan mempelawa mereka untuk datang lagi jika ada masa lapang. Setibanya mereka di kapal angkasa Cici Ko, Gopal lega apabila dia tidak perlu melihat kucing ganas itu lagi. Namun, tiba-tiba kedengaran suara BellBot dan BoBoiBoy terkejut apabila mendapati Cattus mengikuti mereka pulang. Tampaknya, Cattus menyukai akan BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Pada masa yang sama, Komander Koko Ci muncul dan mengucapkan syabas atas kejayaan misi ahli-ahli pasukannya. Namun ketika berjalan, Cici Ko secara tidak sengaja terpijak ekor Cattus. Hal ini membuatkan Cattus berang lalu bertukar menjadi gergasi dan mula mengamuk. Melihat perkara itu, Cici Ko memarahi yang lain kerana membawa pulang raksasa ke dalam kapalnya.

Perbezaan dengan Versi Komik[]

  • Dalam versi komik, Adu Du ditunjukkan tidak memakai helmetnya ketika dia berada di atas Kereta Probe.
  • Dalam siri, cakaran Cattus meninggalkan kesan calar dan duri-duri pada muka Gopal namun dalam komik, hanya ditunjukkan kesan calar pada muka Gopal.
  • Dalam versi komik, Cattus mencuri makanan Gopal setelah mencakarnya namun tidak ditunjukkan dalam siri.
  • Versi komik tidak menunjukkan babak Jam Kuasa milik BoBoiBoy mengalami kerosakan selepas dia bertemu dengan Cattus.
  • Dalam versi komik, ketika BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Ying dan Ochobot berada di dalam gua untuk mengesan Power Sphera, net tenaga yang digunakan oleh Adu Du dijumpai oleh Ying manakala dalam siri, net tenaga tersebut dijumpai oleh BoBoiBoy.
  • Dalam siri, net tenaga yang digunakan oleh Adu Du ketika pertemuan pertamanya dengan Cattus merupakan net rama-rama namun dalam komik net tersebut kelihatan seperti meriam yang menembak jaring.
  • Dalam siri, perangkap yang dibuat oleh Adu Du untuk Cattus adalah net yang dilemparkan ke Cattus dan mengalirkan elektrik pada tubuhnya manakala dalam versi komik, perangkap tersebut adalah bulatan yang menghantar empat tali untuk mengikat kaki Cattus dan mengalirkan elektrik pada tubuhnya.

Watak[]

Trivia[]

  • Dalam episod ini, Jam Kuasa milik BoBoiBoy seolah-olah mengalami kerosakan. Ia merupakan petunjuk untuk kuasa baru BoBoiBoy dalam episod seterusnya.
  • "Raksasa Gurunda" yang disebut oleh penduduk Kampung Kaktoi adalah berbeza dengan Raksasa Gurunda berupa platipus gergasi yang muncul dalam episod sebelumnya.
  • Di negara Indonesia, terdapat video BoBoiBoy Galaxy Episod 4 di dalam DVD BoBoiBoy: The Movie sebagai bonus eksklusif yang boleh didapati di kedai KFC Indonesia sejak bulan Januari 2017.
  • Sebab episod ini tidak dimuat naik ke YouTube pada hari tayangan perdana di televisyen adalah kerana ia telah disiarkan di TV3.
  • Babak suara BoBoiBoy Tanah menjerit Tanah Pendinding diambil dan digunakan semula dari BoBoiBoy: The Movie.
  • Terdapat kesilapan dalam episod ini, iaitu gogel milik Yaya hilang pada minit 11:56 hingga 12:00.
  • Episod ini awalnya bertajuk "Gergasi Comel Cattus". Ia dipendekkan menjadi "Gergasi Cattus" selepas musim pertama berakhir.

Galeri[]

Video[]

Advertisement