BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Sinaran Penamat merupakan episod ke-24 dan terakhir dalam musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 22 Jun 2018.

Ringkasan[]

Dalam pertarungan yang berlaku di Stesen Sunnova, BoBoiBoy berlawan untuk melindungi kawan-kawannya dari Kapten Vargoba.

Plot[]

BoBoiBoy Cahaya di latar belakang cahaya

BoBoiBoy Cahaya menumpaskan objek-objek logam dengan satu tembakan.

Mengikuti pertarungan daripada episod sebelumnya, BoBoiBoy yang telah bertukar menjadi BoBoiBoy Cahaya mula melawan Kapten Vargoba. Apabila Vargoba mula melontarkan sekumpulan objek logam menggunakan empat tangannya, BoBoiBoy Cahaya menggunakan Tembakan Cahaya untuk memusnahkan objek-objek logam itu. Vargoba cuba melontarkan satu objek logam besar ke arah Cahaya, lantas dibalas dengan Letupan Cahaya dan menyilaukan pandangan Vargoba seketika. Pada masa itu, dia diserang oleh Fang dan dihantar terbang ke siling Stesen Angkasa TAPOPS. BoBoiBoy Cahaya dengan marah bertanya ke mana Vargoba pergi. Vargoba mula menarik lebih banyak objek logam ke arah Cahaya, tetapi dia mengelaknya dengan mudah dengan satu lompatan. BoBoiBoy kemudian menyerang menggunakan Tembakan Optikal ke arah Vargoba sehingga dia tercampak ke dinding stesen.

Kapten Vargoba dalam keadaan hampir dikalahkan terbaring di atas lantai. Nut dan Ochobot menyuruh BoBoiBoy untuk segera menamatkannya. Tetapi, BoBoiBoy Cahaya berkata belum masanya lagi kerana dia ingin Kapten Vargoba menyesal datang ke stesen angkasa TAPOPS. BoBoiBoy mendapat tahu tentang Power Sphera di belakangnya dan bertanya dengan lantang Power Sphera apa yang telah dia salahgunakan. Kapten Vargoba membalas dengan bengis lalu BoBoiBoy Cahaya menggunakan kuasanya untuk mencabut Power Sphera itu. Apabila Ochobot mengimbas Power Sphera itu, dia lantas memberitahu Cahaya untuk menghentikan dia dari menarik lebih banyak objek logam dan mencipta perisai yang berasal dari logam di badannya. BoBoiBoy Cahaya cuba untuk menghentikannya, tetapi dia sudah terlambat.

Vargoba terus mendapatkan tenaganya untuk bertarung semula dan dalam proses itu, sekumpulan objek logam semuanya ditarik ke arahnya ketika Vargoba mula membuat perisai logamnya. Fang cuba menyerangnya tetapi Kapten Vargoba menggunakan tangannya yang telah diisi dengan logam-logam, menumbuk Fang sehingga dia dalam keadaan lemah. Dia menarik senjatanya dari sangkar dan akhirnya Vargoba dilengkapi dengan kesemua senjatanya dan perisainya. BoBoiBoy Cahaya menembaknya bertubi-tubi untuk serang Vargoba, tetapi serangannya tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya apabila tembakannya dilantunkan semula menggunakan perisainya. Vargoba menggunakan Sauh Besi miliknya untuk menyerang tetapi Cahaya sempat mengelaknya walaupun terkena sedikit prosesnya. Kuasanya sangat kuat sehingga dapat dirasakan dari luar.

Tarung dan Vargoba

Tarung dan Vargoba.

Vargoba cuba memukul Cahaya lagi dengan mengayunkan sauhnya, tetapi mujurlah Tarung sempat tiba di stesen dan berjaya menolak BoBoiBoy jauh daripadanya. Dia cuba untuk membuktikan kepada Vargoba yang sarungnya tidak bertindak balas terhadap kuasanya kerana ia tidak diperbuat daripada logam. Namun malangnya, zip di sarungnya itu telah mengakibatkan Vargoba dapat menariknya dan menyebabkan sarungnya mula longgar. Tarung akhirnya dipukul dengan sauh dan telah pengsan.

Dalam keadaan kecemasan, Koko Ci memanggil Kapten Kaizo untuk datang ke stesen TAPOPS dengan segera. Melalui komunikasi itu, Kapten Kaizo terperanjat melihat Tarung juga dikalahkan dan pengsan. Kapten Vargoba memanggil lanun angkasanya untuk datang ke stesen itu supaya mereka boleh merampas kesemua Power Sphera di sana. BoBoiBoy, tidak berputus asa, mula mencuba untuk melawan Vargoba sekali lagi sambil disertai oleh kawan-kawannya untuk bertarung juga. Vargoba berkata kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya bahawa yang yang lemah tetap lemah. Pertarungan bermula ketika BoBoiBoy menuju ke arahnya dan dibantu oleh kawan-kawannya membolehkan dia mengelak dari objek logam yang digunakan Vargoba menggunakan Power Sphera miliknya. Vargoba cuba untuk melontar lebih banyak objek logam ke arah BoBoiBoy tetapi objek itu ditukarkan menjadi biskut oleh Tembakan Biskut Gopal. Kemudian, Shielda menggunakan perisainya untuk melindunginya dari objek logam. Akhirnya, BoBoiBoy melakukan Kuasa Tiga untuk berpecah menjadi BoBoiBoy Petir, Api dan Cahaya. BoBoiBoy Petir menggunakan dua Pedang Petir untuk menahan senjata Vargoba, lalu Yaya dan BoBoiBoy Api menggunakan teknik tumbukan masing-masing sehingga Vargoba dipukul ke dinding stesen TAPOPS. BoBoiBoy Cahaya lantas menggunakan Tembakan Optikal Maksima tetapi Vargoba menggunakan Tarikan Besi untuk menarik perisainya semula dan melantunkan serangan BoBoiBoy Cahaya lagi.

BoBoiBoy Solar dalam BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Solar kembali.

Kapten Vargoba berasa marah kepada mereka dan menggunakan kuasa penuhnya terhadap BoBoiBoy dan kawan-kawannya, lalu dia mencipta taufan magnet yang mana menyebabkan objek-objek logam itu terpelanting ke seluruh stesen. Salah satu objek logam hampir terkena Gopal tetapi dia sempat menukarkannya menjadi nasi lemak. Vargoba mendekati BoBoiBoy dan memberinya rasa "Kesakitan sebenar" lalu mengayunkan sauhnya dengan kuat pada BoBoiBoy ke atas siling. BoBoiBoy melepasi siling demi siling di stesen TAPOPS dan akhirnya terkeluar di angkasa. Kawan-kawannya ingin membantu namun dihalang oleh Vargoba yang berkata inilah akibat kerana menentangnya. BoBoiBoy yang dalam keadaan lemah di angkasa mula membeku, namun cahaya matahari yang menyinari BoBoiBoy membolehkannya untuk menggunakan kuasa tahap kedua BoBoiBoy Cahaya, BoBoiBoy Solar.

BoBoiBoy Solar berkata dia tidak akan membuat kesilapan yang sama lalu menggunakan serangannya bernama Tembakan Solar Gerhana. Kapten Vargoba berkata "Marilah!" dengan yakin sambil menantikan serangan itu menuju terus ke arahnya. Melihat serangan itu hendak mengenainya, Vargoba terkejut dan hilang keyakinannya lantas menggunakan perisainya dan melantunkan serangan itu. Tanpa disedarinya serangan Solar itu terlalu kuat sehingga tembakan itu menembusi dinding stesen TAPOPS dan memunsahkan setiap kapal lanun angkasanya sendiri. Kaizo yang sedang menuju ke stesen TAPOPS terperanjat menyaksikan serangan itu.

Kapten Vargoba mengeluh panas apabila tembakan itu meretakkan perisainya. Solar melompat sepantas kilat ke stesen TAPOPS menggunakan Lompatan Cahaya dan membuatkan Vargoba terkejut. Solar melancarkan Tembakan Solar Gerhana Berganda yang menyebabkan Vargoba tertolak ke dinding stesen TAPOPS dengan sangat kuat dan menghancurkan segala senjata dan perisai yang ada padanya. Solar meneruskan serangannya sehingga dirinya tertolak ke luar angkasa dan akhirnya Ochobot menyuruh BoBoiBoy untuk berhenti. Solar menghentikan serangannya lalu kemudian pengsan dan terapung di angkasa sebelum diselamatkan oleh Kaizo. Semua ahli TAPOPS segera memindahkan Power-Power Sphera ke dalam pod dan meninggalkan stesen TAPOPS yang sedang hancur. Vargoba kali terakhir dilihat seolah-olah dia tidak lagi hidup kerana terkena serangan hebat itu.

BoBoiBoy tak puas ditipu

BoBoiBoy selepas ditipu oleh Gopal dan Fang.

Kelihatan BoBoiBoy dalam keadaan tidak sedarkan di atas katil. Selepas dia sedar, dia diusik oleh Gopal dan Fang dengan berkata BoBoiBoy koma selama 50 tahun. BoBoiBoy kemudian mendapat tahu bahawa dia tidak sedarkan diri selama lima hari dan membuatnya terkejut. Dia bertanya di mana dia berada sekarang dan Ramenman memberitahu dia berada di Markas TEMPUR-A. Dia juga bertanya apa yang telah terjadi kepada Kapten Vargoba dan Kapten Kaizo memberitahunya bahawa dia telah mengalahkan Kapten Vargoba. BoBoiBoy terlihat Tarung di sebelahnya dan dia mula bergerak-gerak. Babak berakhir ketika BoBoiBoy, Gopal dan Fang hendak mengusik Tarung.

Di kredit akhir, di bilik sementara Power Sphera, DataBot siap memproses soalan Papa Zola tempoh hari. DataBot menjelaskan bahawa Ochobot sebenarnya bukan Power Sphera elemental yang asal dan ketujuh-tujuh Kuasa Elemental milik BoBoiBoy berasal dari tujuh Power Sphera yang berbeza.

Perbezaan dengan Versi Komik[]

Watak[]

Trivia[]

  • Episod ini pada awalnya dirancang untuk digabungkan dengan episod 24 supaya menjadi satu episod khas berdurasi 1 jam, yang mana dijadualkan untuk disiarkan di TV3 dan dimuat naik ke YouTube Monsta pada Hari Raya Aidilfitri.[1]
    • Disebabkan oleh pengumuman tentang penukaran jadual tentang penyiaran di TV3 adalah lambat 1 episod berbanding Monsta YouTube, episod ini telah dijadualkan untuk disiarkan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.[2]
    • Di YouTube Monsta pula, memandangkan episod 24 telah dipisahkan dengan episod ini berdasarkan pengumuman terkini, ia dijadualkan untuk dimuat naik pada 22 Jun 2018.[3]
  • Hampir separuh daripada watak BoBoiBoy Galaxy muncul dalam episod ini.
  • Ia telah didedahkan bahawa Kapten Vargoba menggunakan kuasa magnetnya dengan menggunakan MagnetBot.
  • Ini menandakan kali pertama BoBoiBoy Petir tidak menjadi ketua selepas BoBoiBoy berpecah kepada tiga. Sebaliknya, BoBoiBoy Cahaya yang menjadi ketua.
  • Episod ini mempunyai banyak persamaan dengan babak pertarungan terakhir BoBoiBoy melawan Bora Ra dalam filem BoBoiBoy: The Movie. Antaranya:
    • Musuh BoBoiBoy merupakan alien berkulit merah (Bora Ra dan Kapten Vargoba mempunyai kulit berwarna merah).
    • Kedua-dua lawan BoBoiBoy merupakan pemimpin kumpulan yang paling digeruni di galaksi.
    • Kapten Vargoba dan Bora Ra dalam misi untuk mencari Power Sphera. Power Sphera yang dicari oleh mereka berdua ialah Ochobot.
    • Rambut BoBoiBoy terdedah selepas kekalahan pertamanya.
    • BoBoiBoy dapat menaik taraf kuasa elementalnya selepas kekalahan pertamanya.
    • BoBoiBoy dipukul oleh kedua lawannya pada detik kekalahannya.
    • Kapten Vargoba dan Bora Ra tewas di tangan BoBoiBoy Solar.
    • BoBoiBoy Solar melancarkan serangan terakhirnya melalui Tembakan Solar kepada Bora Ra dan Kapten Vargoba (Kapten Vargoba diserang dengan kuasa yang dinaik taraf iaitu Tembakan Solar Gerhana Berganda dan Bora Ra diserang habis oleh BoBoiBoy Solar dengan Tembakan Solar).
    • Dalam episod ini, Kapten Vargoba cuba menghalang Tembakan Solar Gerhana dengan Perisai Besinya. Dalam filem, Bora Ra juga cuba menghalang serangan Tumbukan Tinju Berapi menggunakan kuasa Sedutan Lohong Hitam. Sewaktu bertahan, mereka mengaku kepanasan untuk bertahan.
  • Ini menandakan kali kedua BoBoiBoy dilihat tanpa topi sepenuhnya selepas dalam BoBoiBoy: The Movie. Kebetulan, ia berlaku selepas pertarungannya dengan alien berkulit merah iaitu Bora Ra dan Kapten Vargoba.
  • Episod ini menandakan kemunculan BoBoiBoy Solar semula sejak kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Terdapat kesilapan dalam episod ini. Semasa Kapten Kaizo menyelamatkan BoBoiBoy di luar angkasa, jaket baru yang dipakainya berubah kepada jaket asalnya dalam siri BoBoiBoy.
  • Babak BoBoiBoy tidak sedarkan diri dan diselamatkan oleh rakan-rakannya setelah kemenangan mereka serupa dengan babak dalam Musim 1, Episod 13 siri BoBoiBoy.
  • Ini merupakan kali ketiga Papa Zola berpantun dalam BoBoiBoy Galaxy.
  • Ini menjadi episod pertama dalam siri ini yang mana mempunyai babak selepas kredit akhir.
    • Dalam babak tersebut, DataBot telah siap memproses maklumat sejak akhir Episod 21, menyatakan bahawa Ochobot adalah bukan Power Sphera elemental yang asal (bermaksud Power Sphera yang memberikan kuasa elemental), sebaliknya setiap kuasa elemental yang dimiliki olehnya adalah berasal daripada tujuh Power Sphera yang berbeza.
      • Ini dapat menjelaskan mengapa DataBot berkata SinarBot adalah kunci untuk mendapatkan kuasa elemental cahaya.
      • Ini juga mungkin menunjukkan bahawa kuasa elemental api BoBoiBoy adalah berasal daripada ApiBot.
    • Ketika penayangan di RTV, babak tersebut tidak ditampilkan.
  • Di babak space log paling akhir, BoBoiBoy berpesan kepada para peminat untuk berjumpa lagi dan BoBoiBoy akan kembali. Ini merupakan petunjuk untuk filem BoBoiBoy Movie 2 dan juga musim kedua siri BoBoiBoy Galaxy.
  • Terdapat kesinambungan selepas BoBoiBoy, Gopal, Fang dan Papa Zola cuba mengejutkan dan mengusik Laksamana Tarung iaitu:
    • Tarung selepas sedar dari pengsannya terus memarahi dan mendenda BoBoiBoy, Gopal, Fang dan Papa Zola kerana perbuatan mereka. Gambar mereka didenda oleh Tarung diambil oleh Ochobot.[4]
    • Sambil ditemani oleh Ying dan Gopal, BoBoiBoy membaca setiap komen daripada para peminat dalam tabletnya, yang menasihati BoBoiBoy untuk banyak berehat supaya cepat sembuh dan membuatkannya berasa terharu.[5]
    • BoBoiBoy dan rakan-rakannya tidak mempunyai aktiviti untuk dilakukan, oleh itu Laksamana Tarung sambil memakai Sarung Tarung Bearimau cuba mengajar mereka cara-cara untuk menganyam. Meskipun, BoBoiBoy dan Gopal nampaknya terasa sukar untuk menganyam sehingga semuanya menjadi tersimpul.[6]

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Sinaran Penamat

Video[]

Rujukan[]

Advertisement