BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Ancaman Armada merupakan episod ke-23 dalam musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 22 Jun 2018.

Ringkasan[]

Selepas melarikan diri dari Kapten Vargoba, BoBoiBoy dan kawan-kawannya ditugaskan untuk membawa StealthBot dengan selamat ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Plot[]

Tahniah berjaya selesaikan misi

BoBoiBoy dan kawan-kawannya melaporkan kejayaan misi kepada Koko Ci.

Bersambung daripada episod sebelumnya, BoBoiBoy dan rakan-rakannya berjaya melarikan diri daripada Kapten Vargoba dengan Kuasa Teleportasi Ochobot. Kapal angkasa yang dinaiki mereka hampir tiba di Stesen Sunnova. Komander Koko Ci kemudiannya muncul di skrin panggilan dan bertanya keberadaan mereka dan terkejut apabila melihat Power Sphera StealthBot di tangan BoBoiBoy. Beliau hairan kerana rupanya berbeza. Lalu Kapten Kaizo menjelaskan bahawa ia telah diubahsuai oleh Lanun Angkasa dan ia ditemui oleh mereka dengan saiz yang lebih besar tetapi berkat daripada idea BoBoiBoy, StealthBot berjaya dikecilkan dengan kuasa BellBot. Koko Ci mengucapkan tahniah kepada ahli-ahlinya selepas mendengar laporan tersebut.

Kemudian, Fang terlihat sesuatu di luar angkasa lalu memanggil yang lain. Kelihatan banyak kapal angkasa yang berbentuk seperti 'pinggan mangkuk' tidak jauh dari kapal angkasa mereka, sehinggakan Kapten Papa dan Gopal berasa lapar. Melihat kapal-kapal angkasa itu, Kaizo bertanya kepada Koko Ci mengapa mereka perlu meminta bantuan daripada pasukan TEMPUR-A. Koko Ci menegaskan bahawa mereka tidak boleh memandang rendah pada Lanun Angkasa itu. BoBoiBoy dan Gopal hairan apabila mendengar nama pasukan itu. Yaya dan Ying yang turut kehairanan masing-masing bersependapat kerana mereka telah berjaya menggagalkan rancangan Lanun Angkasa itu dengan mendapatkan StealthBot.

Koko Ci berhujah, tanpa StealthBot, keupayaan serangan oleh Lanun Angkasa dapat dihadkan namun tidak bermakna yang mereka tidak akan menyerang stesen mereka. Lalu BoBoiBoy bertegas dengan rakan-rakannya untuk mempertahankan Stesen Sunnova, tetapi Koko Ci berkata tidak perlu kerana hanya Kaizo sahaja yang akan terlibat dalam pertahanan tersebut. Manakala BoBoiBoy dan yang lain diarahkan oleh Komander untuk menyimpan StealthBot di Stesen TAPOPS. Dengan itu Kaizo meminta diri dan menteleportasikan dirinya ke lokasi Komander. BoBoiBoy cuba mencelah, namun Koko Ci berkata bahawa StealthBot tidak akan selamat untuk terus berada di situ. Disebabkan Ochobot telah kehabisan tenaga teleportasi, Koko Ci mengarahkan mereka untuk menggunakan kelajuan penuh ke Stesen TAPOPS.

Ini StealthBot tu ke

Nut berasa kagum melihat reka bentuk StealthBot.

Setibanya di Stesen TAPOPS, kelihatan Sai, Shielda dan Nut telahpun berada di sana menunggu ketibaan mereka. Selepas pintu kapal terbuka, kelihatan Gopal dan Papa berkelakuan gelojoh dan tak sabar-sabar untuk pergi makan sehingga terlanggar BoBoiBoy dan jatuh ke bawah. Kedengaran soalan yang bertanya ke manakah mereka ingin pergi dan BoBoiBoy mengatakan yang mereka sudah berasa lapar sangat. Setelah itu, Nut berasa amat teruja apabila melihat StealthBot kerana ia merupakan antara Power Sphera paling hebat yang dikehendaki. Fang menjelaskan rupa StealthBot sebelum ini, namun Nut mengatakan bahawa beliau sudah tahu semuanya berdasarkan laporan daripada Komander Koko Ci lalu menerangkan sendiri secara terperinci.

Kelihatan Cattus berasa sedih dan bimbang kerana berjauhan dengan BellBot, dan Nut yang menyedari reaksinya mengatakan bahawa beliau sudahpun menyediakan tempat untuk StealthBot. Jelasnya lagi, mereka akan cabut BellBot daripadanya dan mengembalikannya semula kepada Cattus. BoBoiBoy bertanya kepada Nut bolehkah beliau mengembalikan SteahlthBot kepada keadaan asal dan dengan suara yang paling aktif, Nut berkata "Tiada masalah!" Dengan Nut, Nut-a-problem!". BoBoiBoy menjadi teruja mendengar slogan kata itu, lalu Shielda mengajak mereka ke bilik kebal Power Sphera. Tanpa disedari oleh mereka, rupanya terdapat alat pengesan kecil yang tersembunyi pada StealthBot.

Aksi lawan tentera Lanun

Kaizo bertarung dengan tentera lanun angkasa.

Sementara itu tidak jauh dari Stesen Sunnova, sebuah pertempuran sedang berlaku di antara armada Lanun dan pasukan TAPOPS. Laksamana Tarung dengan Sarung Tarung tempurnya mengarahkan supaya tidak membiarkan mereka terlepas. Maka Tarung dan Kaizo berjuang melawan tentera-tentera Lanun tanpa belas kasihan sehingga seorang daripada mereka tersedar akan kehadiran Kassim. Di Stesen Sunnova, kelihatan Koko Ci dan Alien Mop sedang menyaksikan pertempuran tersebut dari jauh. Selepas diberitahu akan kedatangan sekumpulan armada Lanun, Koko Ci mengarahkan pasukan TEMPUR-A untuk menjaga sayap kanan. Kedatangan kapal angkasa Lanun yang semakin banyak membuatkan Koko Ci buntu kerana kapal angkasa Kapten Vargoba masih tidak kelihatan.

Ancaman besar menuju ke stesen

Kapal angkasa Vargoba menuju ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Rupa-rupanya, kapal angkasa Kapten Vargoba telahpun tiba berdekatan dengan Stesen TAPOPS. Apabila Burung Nuri Lanun mengumumkan ketibaan mereka, Kapten Vargoba menyuruhnya untuk menyekat semua komunikasi di stesen tersebut lalu Burung Nuri melepaskan beberapa alat penghalang komunikasi dari kapal angkasanya ke arah Stesen TAPOPS. Di dalam stesen, BellBot telah mengembalikan saiz StealthBot kepada asal dan kembali semula ke leher Cattus maka membuatkan ia berasa gembira semula. StealthBot gergasi itu telah dikepit di kiri kanan untuk keselamatan. Tiba-tiba, alat pengesan tadi terjatuh dan Nut mengecam reka bentuknya sebagai alat pengesan.

Yaya turut hairan, dan Ying pula mengesyaki bahawa alat pengesan itu mesti diletakkan oleh kumpulan Lanun itu. Maka Shielda memarahi BoBoiBoy kerana tidak perasan dengan alat pengesan itu. BoBoiBoy berkata bahawa alat itu mengecil bersama StealthBot, lalu kata-katanya dipintas oleh Sai yang berkata dia telah membahayakan mereka semua. Fang bercadang ingin menghubungi Koko Ci, namun gagal yang mana disebabkan alat penghalang di luar stesen tanpa disedari mereka. Yaya menyedari Cattus sedang melihat ke luar tingkap dan kemudian terlihat alat penghalang komunikasi tersebut dan juga kapal angkasa Kapten Vargoba, memberitahu yang lain dan mengejutkan mereka semua. Kapal angkasa tersebut melepaskan sebuah tembakan dari jauh lalu menggemparkan seluruh Stesen TAPOPS.

Selepas memasuki ke dalam stesen itu, Kapten Vargoba berkata kepada Robot Lanun bahawa Power Sphera itu ada di dalam stesen angkasa tersebut lalu menyuruh mereka berpecah dan carinya sehingga dapat. Maka tentera-tentera Lanun memulakan tugasan mereka dengan menghancurkan semua kapal-kapal angkasa yang terdapat di situ, termasuklah kapal angkasa Koko Ci dan ianya mengakibatkan huru-hara di seluruh Stesen TAPOPS. Di kawasan makan, Gopal cemas kerana tidak dapat menghubungi BoBoiBoy. Papa terlihat sekumpulan Lanun memasuki ke kawasan itu dan sempat berjenaka, lalu beliau diberitahu oleh Gopal tentang identiti mereka dan mengejutkan Papa sehingga robot Lanun itu terdengar suaranya.

Lanun-lanun tu dah masuk

Yaya dan Ying berasa takut melihat tentera lanun memasuki stesen TAPOPS.

Melalui rakaman kamera litar tertutup, Yaya dan Ying ketakutan melihat robot-robot Lanun itu telah memasuki hampir seluruh Stesen TAPOPS sementara BoBoiBoy hampa melihat kapal angkasa mereka telah hancur terbakar. Di saat itu, Sai terus menyalahkan BoBoiBoy tetapi Fang sempat berkata yang mereka semua memang langsung tidak perasan akan alat pengesan itu. Pada masa yang sama, Ying juga cemas kerana tidak dapat menghubungi sesiapa, sehingga Nut dapat mengenal pasti dan memberitahu tentang alat penghalang komunikasi itu. Shielda memberikan cadangan supaya mereka semua melarikan diri dengan Kuasa Teleportasi Ochobot, tetapi sukar kerana tenaganya telah habis digunakan dan memerlukan masa untuk dicaj semula.

BoBoiBoy akhirnya berkata yang mereka tidak memiliki pilihan lain selain berlawan dengan Lanun Angkasa itu demi mempertahankan Stesen Angkasa TAPOPS dan semua Power Sphera. Namun Fang mengingatkan BoBoiBoy akan pesanan abangnya supaya tidak berhadapan terus dengan Kapten Vargoba kerana dia terlalu merbahaya. Ia membuatkan BoBoiBoy semakin buntu. Dalam pertempuran di angkasa, Tarung berpuas hati kerana telah berjaya menghalang semua serangan armada Lanun itu tetapi Koko Ci tidak yakin akan kemenangan ini kerana Kapten Vargoba boleh muncul pada bila-bila masa sahaja. Tarung berpendapat bahawa Kapten Vargoba berasa takut dan jika dia datang pun tiada gunanya kerana pada masa itu seluruh armadanya tentu sudah hancur.

Shielda mencadangkan agar mereka bersembunyi sahaja di dalam bilik kebal itu kerana ia memang dibina untuk menahan sebarang serangan daripada luar dan pada masa yang sama, Ying berkata mereka perlu cari cara untuk menghubungi Komander mereka. Namun tiba-tiba, kedengaran suara Gopal dan Papa meminta tolong dari luar bilik kebal. Yaya berkata bahawa mereka telah ditangkap oleh kumpulan Lanun itu. BoBoiBoy bertindak untuk membantu mereka tetapi sempat dihentikan oleh Sai. Sementara itu di luar, Kapten Vargoba menyuruh tenteranya untuk membuka pintu bilik tersebut. Bagaimanapun dia memberitahu bahawa pintu bilik itu terlalu kukuh dan mereka memerlukan kata laluan.

Kapten Vargoba tertawa dan berkata bahawa pintu itu tetap tidak cukup kukuh untuk serangannya dan dia tahu kata laluannya lalu menekan bahu kedua-dua Gopal dan Papa sehingga mereka menjerit-jerit kesakitan. Kedengaran laungan "Berhenti!" dari dalam bilik dan Kapten Vargoba melepaskan tekanannya. Pintu bilik kebal tersebut dibuka, dan BoBoiBoy menengking Kapten Vargoba untuk melepaskan Gopal dan Papa yang telah kelelahan. Maka Kapten Vargoba mencampak mereka berdua dengan kuat sehingga menyebabkan mereka pengsan. BoBoiBoy semakin geram dan menengkingnya lagi atas sikapnya yang melampau namun dia dibalas dengan suara yang lantang sehingga bergema di seluruh Stesen TAPOPS. Kapten Vargoba mengatakan alasan yang sama kerana BoBoiBoy telah masuk ke dalam kapal angkasanya dan mencuri Power Sphera StealthBot, membuatkan BoBoiBoy berasa bersalah.

Aku sepatutnya menyerang Sunnova Station

Kapten Vargoba mendedahkan misi sebenarnya kepada BoBoiBoy.

Walau apapun, disebabkan oleh tindakan BoBoiBoy itu, Kapten Vargoba dapat datang ke Stesen TAPOPS iaitu tempat pengumpulan Power-Power Sphera dan dia telah berterima kasih kepadanya. Dia mengugut akan merampas kesemua Power Sphera serta mengagih-agihkannya kepada yang lain. Fang berkata kepadanya bahawa mereka tidak akan memberikan StealthBot kepadanya semula. Namun Kapten Vargoba tidak lagi mahukan StealthBot, sebaliknya dia mahukan Power Sphera yang mempunyai Kuasa Teleportasi iaitu Ochobot! Ochobot yang keluar dari bayangan terpaksa masuk semula. BoBoiBoy tidak membenarkan Kapten Vargoba untuk mengapa-apakan Ochobot.

Kapten Vargoba memberitahu yang dia sepatutnya menyerang Stesen Sunnova, yang boleh menjadikan dirinya kaya dan berkuasa. Namun dia menjadi lebih tertarik selepas melihat kuasa teleportasi Ochobot itu, iaitu kuasa yang lebih berharga. Ochobot menjadi takut tetapi ditenangkan oleh Nut. Dengan kuasa teleportasi itu, angkatan Kapten Vargoba tentunya dapat menyerang, muncul dan hilang di serata galaksi. Sikapnya itu bukan saja tamak, bahkan juga kejam kerana dia sanggup mengorbankan keseluruhan armadanya hanya untuk mengalihkan perhatian Laksamana Tarung.

Kapten Vargoba memulakan pertarungan dengan BoBoiBoy dan pasukan TAPOPS dan berjaya mengalahkan mereka kecuali Fang yang bersembunyi di dalam bayangnya sendiri ketika cuba mengisi semula kuasanya dan Ochobot. Ia telah didedahkan bahawa rancangannya sebenarnya dibuat sebelum mereka membuka pintu. Yang mana Ochobot bersedia untuk teleport, dan untuk Fang untuk membuka kuasa tahap keduanya untuk menyerangnya. Rancangannya bekerja.

Penaman Taring Bayang

Fang menyerang Vargoba menggunakan kuasa Separa Bayang.

Pada mulanya, dia berjaya untuk mengatasi beberapa kerosakan terhadap Vargoba oleh mencalarkan mukanya. Namun, Vargoba kemudian melempar Fang ke dinding dan mendedahkan bahawa dia mempunyai empat tangan yang dia menutupinya dengan jubahnya.

Semasa keadaan, BoBoiBoy menyuruh Ochobot untuk menggunakan Kuasa Teleportasi, sekurang-kurangnya supaya mereka dapat menjauhkan diri dari penghalang komunikasi dan meminta pertolongan. Ochobot setuju dan menggunakan kuasa teleportasi, membawa mereka berdekatan dengan Stesen Sunnova. Komander Koko Ci menerima mesej dan pergi tolong bersama dengan Tarung. Kembali ke pertarungan, BoBoiBoy memperoleh elemen cahaya dan bersedia untuk melawan Vargoba.

Perbezaan dengan Versi Komik[]

Watak[]

Trivia[]

  • Episod ini pada awalnya dirancang untuk digabungkan dengan episod 24 supaya menjadi satu episod khas berdurasi 1 jam, yang mana dijadualkan untuk disiarkan di TV3 dan dimuat naik ke YouTube Monsta pada Hari Raya Aidilfitri.[1]
    • Disebabkan oleh pengumuman tentang penukaran jadual tentang penyiaran di TV3 adalah lambat 1 episod berbanding Monsta YouTube, episod ini telah dijadualkan untuk disiarkan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.[2]
    • Di YouTube Monsta pula, memandangkan episod 24 telah dipisahkan dengan episod ini berdasarkan pengumuman terkini, ia dijadualkan untuk dimuat naik pada 22 Jun 2018.[3]
  • Dalam episod ini, Tarung menggunakan Sarung Tarung semula selepas BoBoiBoy Galaxy Episod 20.
  • Watak Nut yang muncul dalam episod ini pernah muncul dalam komik pendek "Raya Bersama TAPOPS" yang dibuat oleh pasukan komik Monsta. Komik ini terdapat dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu ke-62.
  • Ia tidak diketahui bagaimana ada alat pengesan di StealthBot. Ini memungkinkan bahawa Kapten Vargoba menggunakan kuasa magnet untuk menarik StealthBot ke tangannya dan menaruh alat pengesan ke StealthBot dari tangannya dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 22.
  • Ini menandakan kali pertama Fang menunjukkan kuasa tahap kedua sejak BoBoiBoy: The Movie, kali ini Separa Harimau Bayang dan Beruang Bayang.
    • Ia juga membayangkan bahawa yang lain mungkin tidak kehilangan peningkatan daripada filem itu juga.
  • Episod ini menandakan kemunculan pertama BoBoiBoy Cahaya.
    • Ini bermaksud BoBoiBoy telah berjaya mengumpulkan semua kuasa elemental tahap pertama dan mungkin akan mengumpulkan kuasa elemental tahap kedua pada masa hadapan.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Ancaman Armada‏‎

Video[]

Rujukan[]

Advertisement