Manipulasi Emosi merupakan episod ke-20 dalam musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 31 Mei 2018.
Ringkasan[]
Selepas pulang ke Stesen Angkasa TAPOPS, sebuah Power Sphera bernama EmotiBot telah memanipulasi rakan-rakan BoBoiBoy dengan emosi. Keadaan menjadi semakin cemas apabila Tarung menjadi ganas disebabkan oleh emosi yang tidak dapat dikawal, apatah lagi dia hendak menggunakan kuasanya. Dapatkah BoBoiBoy dan rakan-rakannya menyelesaikan masalah ini?
Plot[]
Di Stesen Angkasa TAPOPS, Komander Koko Ci dan Laksamana Tarung sedang memeriksa Power-Power Sphera tiruan yang berjaya dirampas dari pasar kerat di Planet Junkberg. Tarung mendapati salah satu dari Power Sphera itu bukan tiruan, lalu Koko Ci melihatnya dengan lebih dekat dan mendapati ia tidak aktif kerana tenaganya tidak mencukupi. Koko Ci memasang wayar pengecas padanya dan menunggu. Tarung mula hilang sabar mengambil Power Sphera itu. Tiba-tiba, ia bercahaya.
Beberapa jam kemudian, Ochobot mengejutkan BoBoiBoy dan Gopal di bilik tidur mereka kerana jam hampir pukul 7. BoBoiBoy dan Gopal kelam-kabut untuk bersiap namun, bayangan Tarung telahpun kelihatan di pintu bilik mereka. Apabila jam beralih menunjukkan pukul 7 pagi, Tarung yang disangkakan akan naik angin tiba-tiba berlembut dengan mereka, dan berpesan komander menunggu mereka di dek utama. BoBoiBoy dan Gopal tercengang seketika, tetapi Ochobot menolak mereka untuk segera mandi dan bersiap.
BoBoiBoy dan Gopal berjalan menuju ke dek utama dan menyapa Koko Ci yang lama menunggu mereka. Koko Ci memarahi mereka kerana terlajak tidur, kemudian dia tersentap tanpa sebab yang jelas. Ochobot dan BoBoiBoy merasakan ada sesuatu yang terjadi. Fang berlari ke arah mereka dalam kepenatan, belum sempat menghabiskan kata-kata berasa mual dan bergegas ke bilik air sambil menunjukkan ke arah bilik bukti. BoBoiBoy, Gopal dan Ochobot mendengar suara orang menyanyi dan melihat Yaya dan Ying menari dan menyanyi dengan riang. Ochobot cuba menyuruh mereka berhenti namun Fang datang berkata mereka tidak boleh berhenti. Lalu Ochobot mengimbas bilik bukti itu dan menemui Power Sphera asing, iaitu EmotiBot.
BoBoiBoy cuba mendekatinya namun EmotiBot cuba menyembunyikan diri. Ochobot mengimbasnya untuk mendapatkan maklumat dan mendapat tahu EmotiBot adalah Power Sphera sebenar dan boleh memanipulasi emoti. Gopal cuba menangkapnya namun sebaliknya dimanipulasi menjadi gedik oleh EmotiBot. EmotiBot memberi amaran untuk mereka menjauhinya jika tidak mahu menjadi seperti Gopal. Fang kembali seketika, tetapi apabila melihat Gopal segera berlari ke tandas. BoBoiBoy berasa marah dan menggunakan kuasa angin ke arah EmotiBot sehingga menjatuhkannya dan menjadikan Gopal normal. Ia cuba memanipulasi Gopal lagi yang menangkapnya, lalu BoBoiBoy Api melepaskan Bebola Api menyebabkan letupan. Apabila asap reda, mereka melihat kelibat Tarung.
BoBoiBoy cuba minta maaf, tetapi Tarung berkata tidak apa-apa. Tiba-tiba, EmotiBot memanipulasi Tarung lagi, memberinya emoti marah. Tarung menyerang BoBoiBoy dan Gopal menggunakan Sarung Tarung. Kedua-dua mereka nyaris diselamatkan oleh Ochobot tepat pada masa. Tarung mula menumbuk pintu, tetapi ia terlalu kebal. Sementara itu di ruang stor, BoBoiBoy, Gopal, dan Ochobot bersembunyi dari Tarung, mengaku bahawa mereka melawannya secara berhadapan. Pada masa yang sama Fang muncul, ketika ditanya dia beritahu mereka apa yang terjadi pada waktu pagi. Dia, Yaya, dan Ying pergi ke Bilik Bukti untuk menolong Koko Ci dan Tarung memeriksa Power Sphera palsu. Tetapi ketika sampai, mereka tidak nampak sesiapa pun kecuali satu Power Sphera kuning. Ketika mereka mendekatinya, kemudian tiba-tiba ia aktif dan memanipulasi mereka. Sejak itu Fang merasa ingin muntah, dan Yaya dan Ying jadi suka menari.
Selesai bercerita, mereka nampak Laksamana Tarung di dalam bilik. Mereka mendapatkan kejaran yang hebat pada melarikan diri daripada Laksamana Tarung, berakhir di Bilik Bukti sekali lagi. Ochobot memberitahu BoBoiBoy dan Fang untuk mencabut kabel pada EmotiBot supaya dia akan terpadam. Fang menarik kabel menggunakan Jari Bayang dan BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Daun, dan menangkap EmotiBot dengan Akar Menjalar. Tiba-tiba, seseorang masuk ke bilik. Ochobot mengimbas kawasan dan mendedahkan bahawa Tarung kembali. Ketika asapnya reda, Tarung didedahkan mengenakan Sarung Tarung Katakululu. Tanpa memberi BoBoiBoy dan Fang masa untuk bertindak, dia memukau mereka dengan menggunakan Kuasa Pukauan Katakululu dan mengarah mereka untuk menyingkirkan Gopal.
Dipukau, BoBoiBoy dan Fang mula berjalan ke arah Gopal. Gopal mula berbohong dalam panik, membuatkan Ochobot mendapat idea untuk menyuruh Gopal untuk berbohong lebih banyak. Gopal memulakan siri pembohongan dan hidungnya mula bertumbuh lebih panjang dan lebih panjang. Kemudian, dia menyerang dengan Libasan Hidung Panjang Penipu, menyebabkan kabelnya tercabut. Semua orang bertukar menjadi biasa semula. EmotiBot memohon untuk tidak apa-apakan dia, tetapi tiba-tiba BoBoiBoy menyambungkan kabelnya semula. Dengan nada marah, Tarung menanyakannya jika dia ingin dia serang mereka lagi, tetapi BoBoiBoy berkata bahawa EmotiBot tidak bermaksud menyerang mereka, tetapi dia takut jika mereka adalah orang jahat yang ingin salahgunakan kuasanya. Episod berakhir ketika EmotiBot senang hati bahawa dia kini berada di tangan yang selamat dan akhirnya hidung Gopal memanjang lagi.
Perbezaan dengan Versi Komik[]
Watak[]
- BoBoiBoy
- Yaya (sampingan)
- Ying (sampingan)
- Gopal
- Fang
- Ochobot
- Koko Ci (sampingan)
- Tarung
- Gijimo (imbas kembali)
- EmotiBot (Kemunculan sulung)
Trivia[]
- Episod ini mengingatkan semula kepada Musim 1, Episod 11 dan Musim 2, Episod 7 kerana babaknya difokuskan kepada manipulasi emosi pada watak-watak utama khususnya, melainkan dalam episod ini emosi BoBoiBoy tidak dimanipulasi.
- Terdapat juga idea babak di mana walaupun EmotiBot tidak aktif, Yaya dan Ying terus menyanyi dan menari manakala Koko Ci terus beremosi kerana penyahaktifan EmotiBot hanya berlaku di dalam bilik di mana BoBoiBoy dan yang lain hadir. Tetapi pengeluar tidak mempunyai masa yang cukup untuk meneruskannya jadi mereka menamatkannya.
- Mata comel yang ditunjukkan oleh Gopal selepas dia dimanipulasi adalah rujukan untuk mata watak-watak anime.
- Kebolehan sarung tempur Tarung didedahkan dalam episod ini.
- Apabila hidung Gopal bertumbuh panjang kerana dia menipu, ia serupa dengan watak utama novel kanak-kanak Pinokio.
- Episod ini menandakan kali kedua BoBoiBoy dan Fang terkena pukau, yang pertama ialah Pukauan Katakululu.
- Selepas peristiwa yang terjadi dalam episod ini, BoBoiBoy memiliki kesusahan untuk mencari cara untuk memulihkan semula hidung Gopal.[1]
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Manipulasi Emosi
Video[]
Rujukan[]
|