BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Pencetak Rompak merupakan episod ke-19 dalam musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 24 Mei 2018.

Ringkasan[]

BoBoiBoy dan rakan-rakannya dalam perjalanan pulang ke Stesen Angkasa TAPOPS setelah berjaya menyelesaikan satu misi. Namun, dalam perjalanan pulang mereka menghadapi masalah dan terpaksa meminta bantuan di planet terdekat. Tanpa diduga mereka terpaksa berhadapan dengan alien penjenayah cetak rompak yang sangat dikehendaki TAPOPS.

Plot[]

Suatu malam di Planet Junkberg, Gijimo sedang berurusniaga dengan seorang pelanggan alien di sebuah lorong tersembunyi. Pelanggannya menghulurkan sebungkus wang kepada Gijimo dan setelah berpuas hati mendengar bunyi wang di dalamnya, dia memberikan sebuah kotak yang berisi Power Sphera palsu kepada pelanggannya dan berpesan kepadanya untuk membeli barangnya lagi.

Fang cemburu tak popular

Fang mengeluh kerana BoBoiBoy kerana lebih popular di kalangan ahli TAPOPS.

Sementara itu, geng BoBoiBoy menerima transmisi daripada Tarung dan Koko Ci di kapal angkasa TAPOPS yang dikendali oleh Papa Zola. Laksamana memuji BoBoiBoy kerana dia telah berjaya menyelesaikan satu lagi misi TAPOPS dan Koko Ci mengatakan indeks popularitinya semakin meningkat, dengan itu ramai anggota baru TAPOPS akan mencontohi tindakannya. BoBoiBoy menegaskan semuanya adalah hasil berpasukan mereka, membuat Fang merasa kecewa kerana dia kelihatan masih cemburu terhadap popularitinya yang lebih tinggi.

Kapal angkasa langgar batu

Kapal angkasa TAPOPS berlanggar dengan batu asteroid.

Selepas transmisinya ditutup, Papa Zola juga mengucapkan tahniah kepada BoBoiBoy untuk berjaya, percaya ia adalah berkat menjadikannya sebagai idolanya. Cattus mengambil alih kendali kapal angkasa, namun kemudian terdapat amaran ada asteroid di hadapan, tetapi Papa Zola terlambat untuk mengelakkan perlanggaran yang menyebabkan enjin kapal angkasa mengalami kerosakan besar, menghalang mereka dari meneruskan perjalanan yang jauh. Gopal mencadangkan untuk teleport, tetapi Ochobot telah banyak menggunakan kuasanya untuk misi-misi yang lepas.

Sementara Kapten Papa dan Gopal panik sambil meminta tolong dan berlari-lari keliling, BoBoiBoy meneliti hologram Planet Junkberg yang berdekatan dengan mereka, yang merupakan tempat pelupusan. Ying menyimpulkan bahawa mesti ada tempat untuk jual beli peralatan terpakai di planet itu untuk memperbaiki kapal angkasa mereka, jadi mereka segera pergi ke sana. Malangnya, enjin kapal angkasa telah rosak sepenuhnya selepas mereka mendarat. Mereka bersetuju bahawa Kapten Papa, Cattus serta Yaya dan Ying tinggal di belakang untuk menjaga kapal angkasa dari sebarang pencuri sementara BoBoiBoy, Ochobot, Gopal dan Fang mencari peralatan ganti yang diperlukan.

Gijimo, seorang paling dikehendaki TAPOPS

Fang mengesan seorang penjenayah yang dikehendaki TAPOPS.

Di pasar kerat, Gopal singgah di gerai makanan di mana Ochobot dan BoBoiBoy memberitahu yang dia makan cicak angkasa, menyebabkan dia melakukan pelbagai cara untuk menghilangkan rasa makanan itu dari mulutnya. Pada masa yang sama, Fang terlihat dan mengekori seorang alien mencurigakan yang memasuki lorong gelap. Dia melihat alien itu sedang berjual beli dengan seorang alien, yang cermin matanya mengenal pastinya sebagai Gijimo, iaitu seorang penjenayah yang dikehendaki TAPOPS.

Pada masa itu, BoBoiBoy berlalu dan bertanya kepada Fang jika ada sesuatu yang dia mahu memberitahu mereka kerana melihat seperti ada yang tidak kena dengannya. Tetapi Fang menyembunyikannya berkata dia letih sebelum dia berlari ke lorong gelap untuk mencari alien pembeli tadi, meninggalkan BoBoiBoy yang berkata mereka tidak boleh berpecah. Seketika kemudian di lorong belakang, Fang menemui alien tadi dan mengancamnya dengan kuasa bayangnya untuk mendapatkan maklumat keberadaan Gijimo dan turut mendapati bahawa isi kotak yang dibeli tadi ialah Power Sphera palsu yang menyerupai GigiBot.

Dan aku akan jadi lagi popular dari BoBoiBoy

Rupanya Fang masih belum mengalah dalam impiannya menjadi popular daripada BoBoiBoy.

Semasa menuju ke markas Gijimo, Fang membayangkan apabila dia dapat menangkap Gijimo dengan sendiri akan menjadikannya lebih popular daripada BoBoiBoy di TAPOPS. Dia mengetuk pintu dan Gijimo meminta dia untuk kata laluan. Fang memberikan kata laluan yang diminta, membuatkan BoBoiBoy meminta Gopal dan Ochobot tertanya-tanya logik kata laluan itu. Gopal mendedahkan kepada Fang yang mereka nampak apa yang dia lakukan tadi, sementara BoBoiBoy menegaskan kepadanya bahawa mereka perlu bersatu dan menjalankan misi sebagai satu pasukan kerana itu bukannya pertandingan populariti.

Fang dan Ochobot menerangkan keadaan yang berlaku kepada BoBoiBoy dan Gopal ketika mereka masuk ke dalam markas. Gijimo bertanya siapa mereka, dan Fang berkata bahawa mereka adalah pelanggan baru yang mencari sesuatu yang istimewa dengan harga yang lumayan. Melihat sebekas duit di tangan Fang membuatkan Gijimo mengucapkan selamat datang ke Emporium Gijimo kepada mereka. Fang menjelaskan bahawa mereka ingin membeli Power Sphera, jadi Gijimo membawa rak pamerannya yang dipenuhi dengan kapsul. Apabila Ochobot mengimbas, dia mendapati bahawa itu adalah Power Sphera palsu.

Gijimo memberi jaminan kepada mereka bahawa kuasa mereka adalah copy-ori sebelum memerangkap mereka di pangkalannya dan mendedahkan tahu BoBoiBoy merupakan anggota TAPOPS. BoBoiBoy menuntut supaya dia menyerah diri, yang mana Gijimo bertindak balas dengan melepaskan Power-Power Sphera palsu untuk menyerang mereka. Lantas BoBoiBoy melakukan Pemecahan Elemental dengan BoBoiBoy Tanah, Api dan Air, dan dengan mudah mengalahkan Power-Power Sphera palsu bersama dengan Gopal. Gijimo mengakui kehebatan kuasa BoBoiBoy, lalu melarikan diri ke belakang sambil dikejar oleh Fang.

Kemunculan Cetak RompakBot

Kemunculan pertama CetakBot dan RompakBot.

Gijimo berjaya menyorokkan dirinya di bilik belakang, tetapi kemudian membuka pintu dan mendedahkan dua Power Sphera berkembar yang bersaiz besar iaitu CetakBot dan RompakBot. Dia memerintahkan mereka untuk mencetak rompak BoBoiBoy, maka CetakBot mengimbas BoBoiBoy untuk mendapatkan maklumat kuasanya, kemudian RompakBot menghasilkan beberapa kapsul yang mengeluarkan BoBoiBoy cetak rompak. BoBoiBoy, Fang dan Gopal mula melawan mereka tetapi mereka terlalu banyak dan keluar tidak putus-putus. Di kemuncak pertarungan, Gijimo dan Power Spheranya berjaya dikalahkan oleh BoBoiBoy Petir.

Di kapal angkasa TAPOPS, Tarung mengucapkan tahniah kepada BoBoiBoy atas kejayaannya sekali lagi. Tetapi BoBoiBoy menyatakan bahawa Fang yang menjejak dan memberkas Gijimo. Tarung mengucapkan tahniah kepadanya dan membuat Fang sangat gembira atas prestasinya yang mempopularkan. Koko Ci bertanya bagaimana keadaan kapal angkasa mereka dan Kapten Papa menjelaskan kesemua bahagian rosak telah dibaiki. Mereka menggunakan kuasa CetakBot dan RompakBot untuk membuat peralatan ganti kapal angkasa. Ketika hampir sampai ke stesen TAPOPS, bahagian rompak cetak itu telah meletup membuatkan mereka tersadai.

Perbezaan dengan Versi Komik[]

  • Versi komik tidak menunjukkan babak pelanggan alien menghulurkan sebungkus wang kepada Gijimo.
  • Dalam siri, kawasan lorong tersembunyi adalah cerah manakala dalam versi komik, lorong tersebut gelap.
  • Dalam versi komik, hologram Laksamana Tarung menunjukkan kulitnya berwarna putih tetapi dalam siri, kulitnya berwarna jingga.
  • Dalam versi komik, Laksamana Tarung memberitahu bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk menaikkan pangkat BoBoiBoy jika dia meneruskan prestasinya tetapi tidak ditunjukkan dalam siri.
  • Dalam siri, Fang berjalan di belakang BoBoiBoy dan Gopal manakala versi komik menunjukkan Fang berjalan mendahului mereka.
  • Babak BoBoiBoy dan Ochobot membidas sikap Gopal yang mementingkan makanan daripada misi hanya terdapat dalam komik sahaja.
  • Versi komik tidak menunjukkan Ochobot berbisik kepada BoBoiBoy tentang makanan yang dimakan oleh Gopal.
  • Dalam siri, Gopal cuba membersihkan lidahnya dari cicak angkasa dengan pelbagai cara yang tidak masuk akal. Manakala dalam versi komik, Gopal hanya meluah-luahkan makanan itu sahaja.
  • Dalam siri, Fang menanyakan pembeli asing biru dimana Gijimo dengan marah lalu menumbuk dinding di belakangnya. Manakala dalam versi komik, Fang menumbuk dinding lalu menanyakannya terlebih dahulu.
  • Dalam siri, Gijimo mencurigai Fang selepas dia mengatakan "Kereta jatuh sakit lalu demam selsema" tetapi tidak dalam versi komik.
  • Dalam versi komik, BoBoiBoy dan Gopal mempersoalkan bagaimana keadaan dalam markas tiba-tiba menjadi terang namun tidak ditunjukkan dalam siri.
  • Dalam siri, Gijimo menutup pagar markas ketika BoBoiBoy, Gopal dan Fang sedang melihat koleksi Power Sphera miliknya. Tetapi dalam versi komik, Gijimo menutup pagar markas setelah BoBoiBoy dan yang lain meminta diri.
  • Komik tidak menunjukkan babak Fang berkata bahawa Power-Power Sphera milik Gijimo sememangnya tiruan kerana cepat sangat rosak.
  • Babak Fang cuba memecahkan pintu tempat persembunyian Gijimo dengan Tusukan Bayang dan tidak berjaya hanya ditunjukkan dalam komik.
  • Dalam siri, kelihatan BoBoiBoy meneka bahawa Fang tidak berpuas hati dengannya tetapi tiada dalam versi komik.

Watak[]

Trivia[]

  • Undian yang dibuat di akaun Facebook rasmi BoBoiBoy pada 11 Februari memberitahu bahawa tarikh siaran episod baru ialah pada bulan Mei 2018.
  • Sebuah gambar BoBoiBoy beserta dengan tarikh siaran episod ini telah dimuat naik di akaun Facebook dan Instagram rasmi BoBoiBoy. Gambar tersebut menyatakan bahawa episod ini bermula sebagai BoBoiBoy Galaxy Finale.
  • Pada perancangan awal, episod ini sepatutnya disiarkan di TV3 pada 18 Mei (Jumaat) tetapi ditukar kepada 17 Mei (Khamis). Ini mungkin disebabkan oleh siaran pada bulan Ramadhan. Tetapi, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, episod ini tidak disiarkan di TV3 pada tarikh yang dijanjikan. Walau bagaimanapun, episod ini telah dimuat naik ke YouTube dalam saluran Monsta pada tarikh tersebut.
  • Dalam promo treler BoBoiBoy Galaxy Finale, terdapat babak Gijimo berkata "Aku bukan macam penjahat lain yang kau pernah kalahkan." kepada BoBoiBoy, namun babak tersebut tidak ditunjukkan di dalam episod. Walau bagaimanapun, ia terdapat dalam versi komik.
  • BoBoiBoy palsu buatan CetakBot dan RompakBot serupa dengan gambar konsep awal watak BoBoiBoy kerana mempunyai tiga mata pada topi mereka.
  • Ini merupakan kali kedua yang menunjukkan robot pengklonan yang menyerupai BoBoiBoy. Kali pertama ialah BoBoiBot dalam Musim 3, Episod 17 siri BoBoiBoy.
  • Ini merupakan kali kedua dalam BoBoiBoy Galaxy di mana BoBoiBoy menggunakan Pemecahan Elemental dengan hanya satu sahaja adalah bentuk elemental asal, iaitu BoBoiBoy Api dan Air masing-masing menggantikan BoBoiBoy Petir dan Angin. Kali pertama adalah dalam Musim 1, Episod 18.
  • Keinginan Fang untuk menjadi lebih popular daripada BoBoiBoy dibawa kembali dari siri BoBoiBoy.
  • Ini merupakan episod pertama dalam siri BoBoiBoy Galaxy yang mempunyai space log oleh BoBoiBoy di akhir episod.
  • Episod ini awalnya bertajuk "Penjenayah Cetak Rompak". Ia dipendekkan menjadi "Pencetak Rompak" selepas musim pertama berakhir.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Pencetak Rompak

Video[]

Advertisement