BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Dendam A.B.A.M. merupakan episod kelapan belas dalam musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 29 Disember 2017.

Ringkasan[]

Cattus mula mengamuk di Stesen Angkasa TAPOPS apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada keluarganya di Planet Gurunda, maka BoBoiBoy dan rakan-rakannya pergi ke sana untuk menyiasat.

Plot[]

Kapal angkasa ABAM

Lihat siapa yang datang?!

Di sebuah perkampungan di Planet Gurunda, kelihatan sekumpulan kucing keturunan Cattus sedang menjalani kehidupan yang bahagia di kawasan oasis itu. Tiba-tiba, sebuah kapal angkasa gergasi yang aneh muncul di atas mereka. Sebuah kelibat yang kelihatan seperti robot, melangkah keluar sambil mengumumkan bahawa dia telah kembali.

KADET!!

Laksama Tarung memanggil kadet-kadetnya! XD

Sementara itu di dalam Stesen Angkasa TAPOPS, Gopal menunjukkan bakat tariannya kepada rakan-rakannya. Kesempurnaan tariannya itu tentang lagu TAPOPS dipuji baik oleh BoBoiBoy lalu dia dipelawa oleh Gopal untuk menari bersamanya. Bagaimanapun, aktiviti mereka diganggu oleh panggilan kecemasan dari Laksamana Tarung, yang memberitahu kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya tentang Cattus yang tiba-tiba mengamuk dan menyebabkan seluruh stesen itu menjadi porak-peranda kemudian mengarahkan mereka untuk menyelesaikan perkara itu.

BellBot melarikan diri dari ABAM dalam imbas kembali

BellBot diburu oleh A.B.A.M. dalam imbas kembalinya.

Tidak lama kemudian BoBoiBoy dan kawan-kawannya menemui Papa Zola dalam keadaan pakaian yang koyak dan sedang berada dalam gigitan Cattus. Apabila bertanyakan motif Cattus menjadi begitu kepada BellBot, mereka mendapat tahu bahawa Cattus berasa tidak hati - ada sesuatu yang berlaku pada "keluarganya" yang sedang berada di kampung halamannya. BellBot kemudian menceritakan kisah yang sebenarnya kepada wira-wira itu, yang mengatakan bahawa ia telah memberikan Kuasa Pembesaran kepada Cattus supaya ia boleh melindungi keluarganya dari pemburu Power Sphera namun transformasi Cattus itu membuatkan rakan-rakannya menjadi takut dan kemudian memulaukannya. Akhirnya Cattus mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung halamannya demi kebaikan keluarga dan rakan-rakannya.

BoBoiBoy Air naik ombak air

Wah... BoBoiBoy Air sangat bijak membuat Ombak Air! :D

Selepas mendapat kebenaran daripada Laksamana Tarung untuk pergi ke Planet Gurunda, BoBoiBoy dan rakan-rakannya serta Papa Zola mengikuti Cattus dalam perjalanan ke kampung halamannya. Namun, cuaca yang terlalu panas di sana menjadikan semua wira semakin letih. Lalu BoBoiBoy Air mencadangkan untuk mengeluarkan kuasanya untuk membantu menyejukkan, namun gagal apabila arinya tersejat menjadi wap. Jelas sekali rakan-rakannya berasa kecewa, lalu mereka meneruskan perjalanan sehinggalah tiba di sebuah oasis, di mana keluarga Cattus berada. Gembira setelah dapat pulang ke kampung, Cattus berjalan dengan ceria sambil diikuti oleh wira-wira, namun rupanya sudah ada "penunggu" yang memasangkan perangkap di sana yang melepaskan asap dan mengganggu sistem imbasan Ochobot. Lalu BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Angin untuk menghilangkan asap itu.

ABAM berdiri

Selamat kembali, Cattus!

Robot misteri yang muncul di awal episod membuat kemunculan penuhnya dan memperkenalkan dirinya sebagai "Accurate Ballistic Arrow Mercenary", yang dikenali sebagai A.B.A.M.. BoBoiBoy bertanya apa yang dia mahukan dan A.B.AM. meminta untuk menyerahkan BellBot kepadanya jika mereka mahu selamat. Maka, terungkaplah bahawa A.B.A.M adalah robot yang pernah menyerang kampung Cattus suatu masa dahulu untuk cuba menangkap BellBot, tetapi gagal apabila dikalahkan oleh Cattus gergasi. A.B.A.M. menjadi senang hati apabila melihat Cattus tidak mahu berubah menjadi besar, lalu Yaya dan Ying melancarkan serangan untuk menghalang A.B.A.M.. BoBoiBoy pula menyuruh Papa untuk bawa Cattus ke tempat yang selamat.

Sasaran Dikesan

Pergerakan Yaya dan Ying sedang dikira.

A.B.A.M. berjaya mengelak serangan Yaya dan Ying dan melancarkan serangan balas. Melihat rakan-rakannya hampir tercampak, BoBoiBoy berubah menjadi BoBoiBoy Daun untuk menyelamatkan mereka menggunakan daunnya. Sementara itu Gopal yang takut untuk membantu BoBoiBoy, memutuskan untuk membiarkan pertempuran BoBoiBoy bertarung sendirian. Dengan menggabungkan kuasa, Yaya dan Ying cuba menyerang A.B.A.M. sekali lagi, tetapi pandangan mereka dikaburkan olehnya. BoBoiBoy Daun tetap berusaha dalam serangannya namun tetap sia-sia.

Kuasa Tiga Angin Api Daun

Lahirnya BoBoiBoy Kuasa Tiga dengan Daun, Api, dan Angin!

Walaupun demikian, serangan A.B.A.M. yang seterusnya tidak mengenai BoBoiBoy Daun, membuatkan dia menyindir robot itu. Tetapi rupanya ia adalah rancangan A.B.A.M. untuk memerangkap BoBoiBoy Daun dengan melepaskan panah di sekelilingnya. Sementara itu pandangan Yaya dan Ying mulai pulih namun A.B.A.M. mula melancarkan serangan seterusnya. Melihat rakan-rakannya ingin diserang, BoBoiBoy Daun berpecah kepada tiga, menyeru BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Angin. Namun disebabkan oleh kelekaan mereka, serangan A.B.A.M. mengenai tepat pada sasarannya dan memerangkap Yaya dan Ying. Kedua-dua BoBoiBoy cuba mencairkan ais itu tetapi tetap tidak berjaya. Maka BoBoiBoy Api dan Angin mengkombokan kuasa mereka namun dipatahkan oleh A.B.A.M. dengan mudah. A.B.A.M. melepaskan panah seterusnya, pada masa yang sama Gopal memunculkan dirinya dalam pertarungan, menukarkan panah-panah A.B.A.M. menjadi sayur-sayuran.

BBB funny faces XD

Tak kena, robot durjana! XD

Serangan Gopal masih gagal dan tumpuan ketiga-tiga BoBoiBoy untuk bertarung mulai terganggu dan mereka memakan sayur-sayuran yang ditukarkan oleh Gopal. Tiba giliran A.B.A.M. untuk menyerang lalu beberapa panah berapi dilepaskan ke arah Gopal. Pergerakan Gopal yang mengelak kesemua serangan panah solah-olah sedang "menari" telah mengelirukan A.B.A.M.. A.B.A.M. menyerang lagi tetapi ternyata gagal kerana pergerakan tarian Gopal terlalu rawak. Maka, Yaya mencadangkan kepada BoBoiBoy untuk membuat "benda tak betul", membuatkan A.B.A.M. menjadi semakin keliru lalu dikalahkan oleh serangan ketiga-tiga BoBoiBoy.

ABAM tenggelam dalam air

A.B.A.M. akhirnya tewas tenggelam dan mati.

Gopal mengakhiri pertarungan itu dengan menukarkan A.B.A.M. menjadi rotan lalu mempelawa Cattus. Walaupun pada mulanya masih berasa takut, namun Cattus tetap berubah menjadi gergasi dan menyerang A.B.A.M. setelah mendengar nasihat daripada Papa Zola. Dengan robot itu dikalahkan, Yaya dan Ying akhirnya bebas dari dibeku dan Cattus bersatu kembali dengan keluarganya, yang telah menyedari bahawa mereka tidak perlu takut kepada Cattus kerana ia juga kini mempunyai kawan yang tidak takut terhadapnya. Rakan-rakan Cattus juga memohon maaf kepadanya dan berterima kasih kepada Cattus kerana melindungi mereka. Selepas itu, Cattus dan kawan-kawannya berlari ke arah Papa Zola.

Perbezaan dengan Versi Komik[]

  • Episod ini ditulis sebagai "Episod 17" dalam komik.

Watak[]

Trivia[]

  • Episod ini telah menceritakan kisah silam tentang Cattus dan BellBot dengan lebih terperinci selepas ringkasan cerita dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 4.
  • Ini merupakan kali pertama di mana Laksamana Tarung ditunjukkan menangis dan menitiskan air matanya setelah mendengar kisah silam Cattus yang menyedihkan.
  • Ini merupakan kali pertama dalam BoBoiBoy Galaxy (kali kedua dalam keseluruhan siri) di mana BoBoiBoy menggunakan Pemecahan Elemental untuk berpecah kepada tiga yang hanya satunya sahaja bentuk asal. Dalam episod ini, BoBoiBoy Petir dan BoBoiBoy Tanah digantikan oleh BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Daun. Yang kedua ialah BoBoiBoy Galaxy Episod 19.
  • Ini merupakan kali kedua Papa Zola berpantun dalam BoBoiBoy Galaxy.
  • Episod ini menandakan kali pertama bahawa watak sudah 'mati' secara kanonikal di BoBoiBoy Galaxy, A.B.A.M.
  • Babak apabila A.B.A.M. meletup mungkin diilhamkan oleh babak letupan dalam kebanyakan siri Power Rangers Jepun yang bernama Super Sentai.
  • "Dancing Master" mengambil diilhamkan daripada Just Dance dalam kehidupan sebenar. Pemain mempunyai pelbagai pilihan lagu, hanya mengikuti menari-bergerak apa yang dilakukan oleh penari.
  • Ini merupakan episod ketiga di mana Cattus bertukar menjadi raksasa dan mula mengamuk. Yang pertama ialah Gergasi Cattus dan kedua ialah Daun VS Lanun.
  • Episod ini difokuskan pada Cattus.
  • Ini merupakan episod ketiga BoBoiBoy Galaxy di mana Papa Zola jerit seperti perempuan. Yang pertama ialah Daun VS Lanun dan kedua ialah Si Penceroboh Panto.
  • Ketika penayangan di RTV, babak di mana BoBoiBoy dan Gopal menari di Stesen Angkasa TAPOPS dan menghindari serangan A.B.A.M., suara lirik lagu TAPOPS tidak didengari.

Galeri[]

Video[]

Advertisement