BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Gelora BoBoiBoy Air merupakan episod ketujuh belas dalam musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 22 Disember 2017.

Ringkasan[]

Raksasa batu lava bernama Roktaroka datang ke Bumi untuk membalas dendam terhadap BoBoiBoy. Dapatkah BoBoiBoy memenangi pertarungan ini dengan Kuasa Elemental yang baru dikeluarkan?

Plot[]

Adu Du mengeluh kesakitan ketika Probe merawatnya akibat daripada kekalahan mereka oleh BoBoiBoy semalam. Tiba-tiba, tanda amaran terpapar di skrin kawalan. Sebuah asteroid berapi menghala ke arah kapal angkasa Adu Du. Adu Du panik dan mengarahkan untuk mengelak dari berlanggar namun mereka tidak sempat. Asteroid itu melekat di kapal angkasa Adu Du, tiba-tiba kedengaran suara menjerit membuatkan Adu Du dan Probe menjadi takut.

Sementara itu di Bumi, BoBoiBoy menolong Tok Aba melayani pelanggan-pelanggan sehingga berasa letih. Ochobot memanggil BoBoiBoy untuk membantunya mengemas meja. Pakcik Kumar, Uncle Yim dan Pakcik Mat memesan seperti biasa kepada Tok Aba. Tok Aba menyuruh BoBoiBoy menghantar pesanan itu ke meja mereka dan selepas itu tolong Ochobot. Kelihatan Yaya, Ying dan Gopal sampai di warung Tok Aba dan mereka menyapa BoBoiBoy. Gopal menegur BoBoiBoy yang sudah kepenatan pada waktu pagi yang disebabkan oleh ramai pelanggan. Ying menyuruh BoBoiBoy untuk pecah tiga, lalu BoBoiBoy berkata dia sudahpun berpecah pada awal pagi dan sedang mengumpul tenaga semula. Ochobot hairan langit tiba-tiba mendung. Tiba-tiba, kapal angkasa Adu Du berada di atas kawasan kedai Tok Aba dengan diikuti asteroid di belakangnya.

Asteroid itu menghala laju ke arah kedai Tok Aba menyebabkan semua pelanggan berlari lintang pukang. Akhirnya asteroid itu jatuh dan meletup. Tok Aba melindungi Ochobot dan mereka semua berlindung dari impak asteroid itu. Kemudian keadaan menjadi reda semula. Melihat Adu Du mengucapkan selamat datang, Gopal menegurnya kerana dia sudah selalu jadi pendatang di Bumi. Probe menafikan kata-kata Gopal yang ucapan selamat datang Adu Du ditujukan kepada sahabat baru mereka. Asteroid itu tiba-tiba berubah bentuk menjadi raksasa batu. Roktaroka memperkenalkan diri kepada semua orang. Selepas itu, Roktaroka menjerit bertanya mereka di mana budak jahat yang dia cari, kemudian Adu Du dengan cepat menuding jari pada BoBoiBoy. Roktaroka naik berang dan berjalan ke arah BoBoiBoy. Dengan pantas Yaya menghentikannya dan memintanya untuk menceritakan apa yang menyebabkan dia terlalu marah. Adu Du berkata tidak perlu membuang masa untuk bercerita, namun Roktaroka pantas menunaikan permintaan Yaya.

Roktaroka menceritakan dia berasal dari Planet Volkania iaitu planet yang panas, damai dan damai. Pada mulanya dia bahagia tinggal di kaki gunung berapi. Pada satu hari, Roktaroka keluar dari rumahnya seketika untuk pergi ke pasar. Tetapi selepas dia kembali, Roktaroka melihat gunung berapi meletus yang menyebabkan rumahnya hancur. Selesai bercerita, Roktaroka menangis mengalirkan air mata lava, lalu Adu Du sengaja bertanya siapa yang menyebabkan gunung berapi itu meletus. Roktaroka sendiri tidak pasti, tetapi dia berkata dia terlihat seorang budak bertopi aneh melarikan diri semasa peristiwa itu. Roktaroka menaruh dendam dan berikrar budak itu yang akan bertanggungjawab atas kejadian itu. Sambung Adu Du, sejak kejadian itu, Roktaroka telah mengembara ke satu galaksi untuk mencari budak bertopi aneh itu, iaitu BoBoiBoy sendiri.

Roktaroka bersyukur kerana bertemu dengan Adu Du dan Probe yang membantunya mencari BoBoiBoy. Tiba-tiba, Roktaroka berasa pelik apabila mendapati BoBoiBoy memakai topi ke belakang kerana budak bertopi aneh yang dilihatnya memakai topi ke hadapan. Gopal mendapatkan kepastian dan memusingkan topi BoBoiBoy ke hadapan, maka pantas dikenali oleh Roktaroka dan mula naik berang terhadap BoBoiBoy. Roktaroka mengeluarkan aura lava lalu menggunakan Tumbukan Lava kepada BoBoiBoy. Dengan pantas BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Tanah dan melindungi diri, tetapi Tanah Pelindung dengan mudah dihancurkan oleh Roktaroka dan membuatkan BoBoiBoy kembali ke asal semula. Roktaroka tergelak melihat BoBoiBoy yang cuba menghalang serangannya. Yaya dan Ying menyerang balas tetapi mereka berlaga dengan tubuh Roktaroka yang panas. Ochobot berpesan supaya serang dari jarak jauh. Oleh itu, Gopal melepaskan tembakan sniper makanan ke arah Roktaroka. Namun, tembakannya tidak berkesan. Lalu Roktaroka melepaskan ludahan lava dan ia menghala ke arah Gopal.

BoBoiBoy terus berpecah kepada BoBoiBoy Petir, Angin dan Daun. Petir menyerangnya tetapi tiada kesan pada Roktaroka, yang berkata batu tidak merasai serangan petir lalu menangkap Petir. Daun lantas menjelmakan Akar Menjalar yang menangkap tangan Roktaroka untuk melepaskan BoBoiBoy Petir. Namun, Akar Menjalar terbakar akibat bersentuhan dengan tangan Roktaroka. Adu Du tergelak menyaksikan pertarungan itu sambil berkata akar ubinya itu tidak mampu melawan dengan api. Angin meneruskan serangan dengan melepaskan Hembusan Angin ke arah Roktaroka, namun tiupan angin itu hanya menyebabkan api Roktaroka semakin membara lalu ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula. Tok Aba berasa hampa melihat tindakan cucunya. Roktaroka tertanya-tanya kerana BoBoiBoy telah menghancurkan rumahnya, tetapi dia melihat semua serangan BoBoiBoy hambar sahaja. Mendengar perkara itu, BoBoiBoy menjadi marah lantas bertukar menjadi BoBoiBoy Api dan mula melawannya. Ochobot cuba menenangkan BoBoiBoy tetapi terlambat.

BoBoiBoy menyerang Roktaroka secara bertubi-tubi, tetapi terkejut melihat tidak berkesan. Yaya dan Ying memarahinya kerana api lawan api memang tidak ada kesan. Ochobot berkata supaya berfikir dulu sebelum buat sesuatu, tetapi Roktaroka berkata sudah terlambat kerana BoBoiBoy sepatutnya fikir dahulu sebelum menghancurkan rumahnya. Gopal mengambil kesempatan untuk menyimbah sebaldi air ke Roktaroka, membuatkannya marah dan ditambah pula dengan hasutan Adu Du. Yaya pantas berkata BoBoiBoy tidak berniat untuk menghancurkan rumahnya. Tok Aba menyambung Roktaroka perlu bawa bertenang dan membincangkan masalah itu secara baik. Namun, Roktaroka tetap dengan dendamnya dan mengugut akan menghancurkan rumah Tok Aba! Roktaroka mengikuti Adu Du dan Probe ke rumah Tok Aba untuk melaksanakan dendamnya. Semua di situ menjadi panik lalu BoBoiBoy berkata mereka perlu mencari jalan untuk mengalahkan Roktaroka supaya rumah Tok Aba tidak dihancurkan olehnya. Ochobot berkata BoBoiBoy perlu mengeluarkan kuasa elemen airnya.

Roktaroka telah dihalang oleh Yaya, Ying, dan Gopal. BoBoiBoy bersama dengan Tok Aba dan Ochobot terjaga kuasa Elemen Air tetapi Gopal mengganggunya. BoBoiBoy berkata dia tidak mencari kedamaian di sana dan pergi untuk tolong Gopal. Akhirnya, dia boleh bertukar menjadi BoBoiBoy Air dan mula bertarung dalam rasa santai dan tenang. Dia boleh mengalahkan Roktaroka oleh menggunakan kuasa airnya. Selepas pertarungan mereka, BoBoiBoy akhirnya meminta maaf kepadanya dan mereka saling berbaikan.

Perbezaan dengan Versi Komik[]

  • Episod ini ditulis sebagai "Episod 16" dalam komik.

Watak[]

Trivia[]

  • Episod ini menandakan kemunculan pertama BoBoiBoy Air sejak kemunculan terakhirnya dalam siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy: The Movie.
  • Tajuk pertama bagi episod ini ialah "Roktaroka VS. BoBoiBoy Air", tetapi kemudian diubah kepada "Gelora BoBoiBoy Air".
  • Ini merupakan kali ketiga dalam BoBoiBoy Galaxy di mana BoBoiBoy menggunakan Pemecahan Elemental untuk berpecah kepada tiga yang salah satunya bukan bentuk asal, iaitu BoBoiBoy Daun menggantikan BoBoiBoy Tanah dalam episod ini.
  • Episod ini menyatakan bahawa sebab BoBoiBoy tidak mempunyai beberapa kuasa elemental kerana sedang memakai dan menggunakan Jam Kuasa baru. Ia juga mendedahkan dia telah melupakan semua kuasanya sejak BoBoiBoy: The Movie kerana jam barunya.
  • BoBoiBoy Air ditunjukkan menjadi satu-satunya kuasa elemental yang mana BoBoiBoy mengeluarkannya dengan cara yang berbeza.
    • Sebelum ini, BoBoiBoy mendapatkan kuasa elemental Daun dan Api dengan menyerap dan menyesuaikan diri dengan persekitarannya (Daun dari Planet Gurunda dan Api dari Planet Volkania).
    • Ada kemungkinan BoBoiBoy menyerap elemen Air dari Tanah, kerana kenyataan bahawa permukaan bumi lebih banyak air daripada tanah pada nisbah 7:3.
  • Episod ini menandakan kali ketiga dalam BoBoiBoy Galaxy bahawa BoBoiBoy menggunakan Pemecahan Elemental untuk memanggil tiga bentuk yang bukan tiga bentuk asalnya (BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Petir, dan BoBoiBoy Angin). BoBoiBoy Daun menggantikan Tanah dalam episod ini.
  • Tidak diketahui kenapa Gopal mengingati elemen air BoBoiBoy daripada siri BoBoiBoy, tetapi lupa BoBoiBoy mempunyai elemen Api.
  • Episod ini telah memperolehi 1 juta tontonan dalam masa kurang dari 8 jam dan telah mengeset rekod baru dalam saluran Monsta. Kemudian, episod ini memperolehi 2 juta tontonan dalam masa 1 hari.

Galeri[]

Video[]

Advertisement