Kemunculan Halilintar merupakan episod keempat belas dalam musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 1 Disember 2017.
Ringkasan[]
BoBoiBoy dan rakan-rakannya berhadapan dengan Jugglenaut dan berada di ambang kekalahan, tetapi pada masa yang sama tibanya bantuan dari seorang sahabat lama dan bangkitnya sebuah Kuasa Elemental baru.
Plot[]
Fang memandu kapal angkasanya ke sebuah planet misteri di mana Kapten Kaizo sedang berada dalam misi penyamaran yang penting. Kedua-dua Kaizo dan Fang bertemu di lokasi rahsia di mana Kaizo bertanya dengan nada marah tentang perkara apa yang penting sangat sehingga Fang menghubunginya. Lalu Fang menunjukkan mesej rakaman hologram dari Komander Koko Ci yang menjelaskan keadaan semasa dan meminta bantuan Kaizo. Dia bersetuju untuk membantu selepas Fang memberitahunya bahawa BoBoiBoy berada di sana dan mereka perlu cepat kerana masih belum mengetahui penculik Power Sphera itu.
Ketibaan Kaizo mengejutkan Yaya, Ying dan Gopal serta Papa Zola yang melihat kapal angkasa Kaizo. Jugglenaut menengking Kaizo bertanya siapa dia, dan Kaizo dengan tenang berjalan ke arah BoBoiBoy. Jugglenaut berasa marah apabila Kaizo tidak menjawab pertanyaannya, namun Kaizo terus menyerangnya dengan Pedang Tenaga dan meneruskan serangan sambil disaksikan oleh Power-Power Sphera Jugglenaut. Jugglenaut melepaskan Simen Pengeras ke arah Kaizo tetapi dia berjaya mengelak dengan gaya yang mengagumkan. Fang pergi ke BoBoiBoy dan bertanya tentang keadaannya lalu berkata kepadanya untuk menyerahkan perkara ini kepada dia dan abangnya.
Jugglenaut sekali lagi melepaskan Simen Pengeras ke arah Kaizo, tiba-tiba muncul Tangan Bayang yang menghalang simen itu. Jugglenaut marah dan memandang Fang, yang menyuruh Jugglenaut untuk bersedia bertempur dengannya. Namun Kaizo tiba-tiba menengking Fang kerana campur tangan dalam pertempurannya, dan berkata untuk biarkan dia "satu lawan satu" dengan Jugglenaut. GigiBot dan MelonBot berasa kagum melihat Kaizo diikuti dengan sebuah Power Sphera tidak dikenali yang memuji Kaizo, menjurus kepada kemarahan Jugglenaut yang memandang tajam ke arah Power-Power Spheranya. Mereka menjadi takut dan segera memberikan sokongan yang tidak ikhlas kepada tuannya itu.
Jugglenaut meneruskan pertempuran dengan menggunakan ApiBot, iaitu Power Sphera ketiga yang berada dengannya. Melihat itu, Cici Ko segera mengingatkan mereka untuk berhati-hati kerana kuasa api dari Power Shera itu adalah merbahaya. Jugglenaut melepaskan semburan gas yang banyak, sehingga Yaya dan Ying dapat mengesannya sebagai bau gas. Setelah penjahat itu memetik jarinya, terjadinya satu letupan api di seluruh Colosseum. Kaizo berlindung dengan membentuk Dinding Tenaga di sekelilingnya, manakala yang lain tercampak oleh angin dari api itu. Serangan tadi membuatkan Gopal tertanya-tanya ada berapa sebenarnya Power Sphera yang berada dengan Jugglenaut. Lalu Ochobot mengimbas Jugglenaut seperti yang disuruh oleh Cici Ko dan mendapati ada 4 Power Sphera yang bersama dengannya, dengan satu yang masih tidak diketahui keberadaannya.
Sementara itu Jugglenaut menyangka serangan terhadap Kaizo tadi telah berjaya, rupanya tidak. Dinding Tenaga Kaizo dapat bertahan dengan serangan api itu, lalu Jugglenaut tidak berpuas hati dan teruskan serangan dengan Semburan Api yang amat marak. Kaizo berusaha untuk bertahan di dalam Dinding Tenaga dan BoBoiBoy mengulas betapa kuatnya kuasa api yang dikeluarkan itu. Serangan itu nampaknya tidak mengubah apa-apa lalu Jugglenaut meludahkan api di sana sini, dan perbuatannya itu ditegur oleh Gopal. Namun tiba-tiba mereka terasa gegaran tanah, dan rupanya ludahan api itu telah memasuki ke dalam Dinding Tenaga yang membuatkan Kaizo terkejut. Jugglenaut terus menyeru Sambaran Maksima dan membuatkan api itu memenuhi Dinding Tenaga.
Fang dan BoBoiBoy terkejut selepas menganggap Kaizo terperangkap, namun tiba-tiba Kaizo muncul di belakang Jugglenaut dan menyerangnya dengan Tetakan Pedang Tenaga diikuti dengan belahan pedang yang bertalu-talu sehingga berjaya memisahkan BebelonBot, SimenBot dan ApiBot. Kaizo meneruskan lagi serangan pedangnya ke arah Jugglenaut yang diakhiri dengan Tetakan Pedang Tenaga. Serangan itu membuatkan Jugglenaut tercampak ke pintu masuk Sarkas Maksima. Kaizo menyandang semula pedangnya manakala penonton Power Sphera bersorak gembira. Gopal turut gembira atas kemenangan mereka. Kemudian BoBoiBoy tertanya-tanya bagaimana cara Kaizo boleh terlepas serangan api tadi, dan dengan bangganya Cici Ko memberitahu yang Kaizo sempat menggerudi masuk ke dalam tanah sebelum api memenuhi Dinding Tenaganya tadi.
Gopal meminta tolong daripada Fang untuk melepaskannya dari simen itu supaya dia boleh mengajar si badut itu. Fang melakukan seperti yang disuruh lalu Gopal dan Cici Ko turut bebas. Gopal memanggil Jugglenaut untuk dia mengajarnya, tetapi si badut itu meminta agar dirinya tidak diapa-apakan. Pada masa yang sama, Yaya dan Ying turut meminta tolong daripada Fang untuk melepaskan mereka. Cici Ko memberikan arahan untuk mendapatkan kesemua Power Sphera dan berkas si penjenayah Jugglenaut itu. Jugglenaut sekali lagi merayu agar dia tidak ditangkap dan Gopal berkata sudah terlambat untuk dia insaf. Tiba-tiba, Jugglenaut ketawa dengan kuat yang mengejutkan semua di situ dan membuatkan Gopal tertanya-tanya.
Jugglenaut terus memicit hidung merahnya dan membesarkan saiz tubuh badannya. Gopal amat terkejut lalu terus melarikan diri dari situ dan bersembunyi di belakang BoBoiBoy. Jugglenaut terus membesar dan Gopal berkata tidak aci kerana dia membesar apabila memicit hidung. Ochobot terus mengimbas hidung Jugglenaut dan mendapati yang hidungnya adalah Power Sphera rupanya! Cici Ko mengulas bagaimana boleh dia tidak sedar akan perkara itu. Jugglenaut membuat picitan yang terakhir dan akhirnya dia menjadi Giganaut, nama bagi bentuk gergasinya itu. Dia kemudian ketawa dengan suara yang seram dan Papa yang melihat kulit Giganaut dari jauh berkata "Nampak urat dan aurat!" dan turut membuatkan Cattus berasa geli.
Giganaut dengan gagahnya berteriak memanggil wira-wira itu sebagai "Budak Mentah" lalu menuruni tangga sambil ketawa lagi. Gopal bertambah takut lalu mencuba untuk memasukkan dirinya semula ke dalam simen walaupun mustahil untuk dilakukan. Giganaut terus melompat ke arah mereka yang berada di bawah. Mereka tercampak ke balakang, namun Kaizo terus bangkit dan meluru ke arah Giganaut. Dia menyerang dengan Belahan Pedang Tenaga ke arahnya lalu melompat semula ke belakang sambil melihat kesan serangannya. Ternyata ia langsung tidak memberikan sebarang kesan, malah Giganaut menyindir Kaizo dengan menanya adakah dia digigit nyamuk. Kaizo tidak berpuas hati lalu terus melancarkan serangan pedang bertalu-talu, tetapi juga tiada kesan dan Giganaut terus menumbuk Kaizo.
Tumbukan Giganaut yang kuat menyebabkan Kaizo tercampak ke belakang. Dia cuba untuk bangun, namun tidak terdaya. Power Sphera tidak dikenali tadi nampaknya bimbang dengan kekalahan Kaizo, manakala GigiBot entah mengapa tiba-tiba menyokong bosnya. Lalu Giganaut berkata kepadanya untuk tidak mengampu kerana selepas ini giliran dia pula. Kaizo berjaya bangkit semula pada waktu Giganaut melancarkan tumbukan yang seterusnya. Kaizo mengelak setiap tumbukannya dan kemudian cuba untuk menghalang tumbukannya dengan pedangnya. Melihat itu, BoBoiBoy menyuruh Fang untuk segera menolong abangnya. Namun nampaknya Fang ragu-ragu selepas Kaizo tidak membenarkannya untuk mencampur tangan tadi.
Kaizo terus melancarkan Pusaran Pedang Tenaga ke arah Giganaut, tetapi juga langsung tidak memberikan kesan oleh kerana kulitnya yang kebal. Kemudian Ying dan Yaya memarahi Fang, bertanya apa yang ditunggunya lagi sementara Fang masih ragu-ragu. Kaizo mempertahankan dirinya apabila Giganaut menggunakan Tumbukan Gergasi Berkembar, namun menyebabkan satu daripada dinding itu pecah. Giganaut berjalan menuju ke arah Kaizo sambil berkata itulah akibatnya menentang dia dan BoBoiBoy berkata yang mereka perlu melakukan sesuatu. Giganaut kemudian memecahkan lagi satu Dinding Tenaga dan kira-kira ingin menghempas dinding yang terakhir ke bawah namun dia dihalang oleh Fang dengan menggunakan Jari Bayang.
Fang berusaha untuk menarik tangan Giganaut bagi menghalangnya menghempas Kaizo, namun menaikkan kemarahannya lalu menarik Fang dan kira-kira ingin menumbuknya. Melihat itu Kaizo segera memindahkan Dinding Tenaga dari sekelilingnya ke sekeliling Fang. Dinding itu tetap pecah dan Fang tercampak ke tanah sementara Kaizo mengundur ke belakang. BoBoiBoy mendapatkan Fang lalu bertanya keadaannya. Kaizo sekali lagi memarahi Fang kerana campur tangan. Giganaut berkata yang usaha mereka adalah sia-sia kerana ia hanya melengahkan kehancurkan mereka saja. Namun, BoBoiBoy mula menengking Giganaut kerana telah mencederakan rakannya. Bagaimanapun ia tidak diendahkan oleh Giganaut lalu meneruskan hasratnya untuk menghapuskan semua rakan BoBoiBoy.
Gopal, Cici Ko dan Ochobot telah diserang oleh Giganaut, sementara Kaizo cuba untuk bangun namun nampaknya tidak terdaya. Giganaut dengan bangganya terus ketawa lalu pergi ke Yaya dan Ying. Memikirkan nasib rakan-rakannya, BoBoiBoy sudah tidak boleh membiarkannya lagi dan kira-kira ingin mengaktifkan jam kuasanya. Ochobot yang sedar akan perkara itu cuba menghentikan BoBoiBoy kerana kuasanya masih belum stabil. Namun BoBoiBoy tidak mempunyai pilihan lain lalu mengaktifkan jam kuasanya dan terus meluru ke arah Yaya dan Ying. Giganaut kira-kira ingin memukul Yaya dan Ying, BoBoiBoy menyeru "Kuasa Elemental!" lalu meluru ke tangannya. Yaya dan Ying memandang atas apabila serangan Giganaut terhenti dan turut membuatkan Giganaut terkejut.
Rupa-rupanya, kedua-dua tangan Giganaut telah dihalang oleh Pedang Halilintar yang dipegang oleh BoBoiBoy Halilintar, membuatkan Yaya dan Ying terkejut dan nampaknya mereka masih mengenali bentuk BoBoiBoy itu. BoBoiBoy menengking Giganaut, menyuruhnya untuk berhenti kerana perbuatannya yang telah melampau lalu menolak raksasa badut itu dengan pedangnya. BoBoiBoy memusarkan pedangnya dengan laju sambil menyeru Pusaran Halilintar. Giganaut cuba menangkapnya namun dia pula yang direnjat oleh halilintar. Pada masa yang sama, Kaizo yang melihat dari jauh juga turut terkejut apabila melihat BoBoiBoy menggunakan kuasa tahap kedua sementara Ochobot berpesan kepada BoBoiBoy agar tidak menggunakan kuasa itu terlalu lama.
Giganaut menjerit kesakitannya lalu cuba menangkap BoBoiBoy Halilintar, bagaimanapun dia sempat mengelak berkali-kali menggunakan teknik Gerakan Kilat sehingga mengelirukan Giganaut. Kaizo memuji kuasa BoBoiBoy yang mengagumkan itu. BoBoiBoy terus meluru ke arah Giganaut sambil melancarkan Belahan Halilintar dengan pedangnya, namun tiba-tiba BoBoiBoy bertukar normal dan dia terus ditumbuk oleh Giganaut. BoBoiBoy tercampak sehingga ke dinding bangunan, dan bertukar menjadi Halilintar semula. Fang bertanya kepada Ochobot kenapa dengan BoBoiBoy, dan Ochobot memberitahu yang kuasanya sudah mula tidak stabil.
BoBoiBoy Halilintar bertambah geram lalu terus meluru ke Giganaut lalu mereka bertempur dengan kehebatan masing-masing. Ochobot cuba menghentikan BoBoiBoy sebelum terlambat, namun jelas sekali tidak didengari oleh BoBoiBoy. Untuk mengelakkan perkara ini, Kaizo segera menggunakan kuasa tahap keduanya iaitu Topeng Jingga. Gopal terkejut apabila melihat Kaizo mempunyai topeng baru manakala Fang lebih terkejut. Apabila BoBoiBoy Halilintar hampir ditumbuk oleh Giganaut, Kaizo terus melancarkan Pedang Tenaga Jingga dan menyerang Giganaut tanpa henti. Fang kelihatan seolah-olah kagum melihat kehebatan Kuasa Jingga Kaizo.
Giganaut berasa geram apabila Kaizo asyik mengganggunya, lalu melepaskan tiupan angin yang kuat ke arah BoBoiBoy. Kaizo teleport ke arahnya dan berlindung dengan membentuk Dinding Tenaga Jingga sementara BoBoiBoy Halilintar berubah menjadi biasa semula. Melihat mereka di dalam dinding itu, Giganaut cuba menghancurkannya dengan sekali tumbukan tetapi nampaknya tiada sebarang kesan, yang membuatkan Yaya dan Ying teruja kerana kekuatan dan kekukuhan dinding itu. Giganaut tidak puas hati lalu cuba untuk menghancurkannya dari atas. Belum sempat itu, Kaizo terus membentuk Ceracak Tenaga yang tajam dari Dinding Tenaga Jingga itu. Ia amat menyakitkan tangan Giganaut, lalu Kaizo menukarkan tenaga kepada Ikatan Tenaga Jingga yang mengikat tubuh badan Giganaut.
Giganaut berjaya melepaskan sesetengah ikatan itu dan Kaizo mengarahkan BoBoiBoy untuk menyerangnya, lalu BoBoiBoy segera bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar dan meluru ke arah Giganaut. Dia melancarkan Sambaran Mega Halilintar yang merenjat seluruh tubuh badan Giganaut. Kaizo menyuruhnya untuk teruskan lalu BoBoiBoy memisahkan Pedang Halilintar dan menyerang Giganaut secara bertalu-talu. Serangan itu diakhiri dengan sambaran halilintar yang amat dahsyat kepada Giganaut, lalu badut itu terbaring di atas tanah dan Power Sphera HidungBot tercabut darinya sementara BoBoiBoy kelihatan letih. Kaizo memuji kehebatan BoBoiBoy.
Setelah kehilangan HidungBot, Giganaut kembali ke bentuk asalnya iaitu Chibinaut. Gopal terkejut melihat badut itu yang rupanya kecik saja. Chibinaut menjerit kepada mereka untuk tidak mengapa-apakannya, dan kecomelan Chibinaut menarik perhatian Yaya dan Ying. Cici Ko nampaknya mengenali Chibinaut dan menerangkan yang suatu masa dahulu, dia selalu datang ke Stesen Angkasa TAPOPS untuk membuat pertunjukan sarkasnya. Namun disebabkan oleh penonton yang menyaksikannya berasa bosan dan meninggalkan Chibinaut begitu saja, dia menaruh dendam terhadap ahli TAPOPS. Chibinaut kemudian meminta maaf dengan mereka. Cici Ko mengarahkan Gopal untuk mengumpulkan kesemua Power Sphera dan Fang melepaskan Yaya dan Ying dari simen.
Ochobot pergi mendapatkan BoBoiBoy dan terus memeriksa jam kuasanya. Ochobot mendapati jam kuasanya tidak mengalami apa-apa masalah, tetapi dia tidak boleh menggunakan kuasa tahap kedua lagi buat sementara waktu kerana jika tidak jam kuasanya boleh mengalami kerosakan seperti dahulu. BoBoiBoy bertanya bagaimana jika dia terpaksa menggunakannya. Ochobot terus berkata yang dia tidak mempunyai pilihan lain kerana dia perlu melengkapkan kesemua kuasa tahap pertamanya dahulu dan kemudian barulah boleh menggunakan kuasa tahap kedua, terang Ochobot panjang lebar. Kaizo datang ke BoBoiBoy dan memuji kehebatannya dan selepas perbualan kecil, dia meminta diri untuk meneruskan misi penyamarannya.
Cici Ko menyuruh Yaya untuk membawa Jugglenaut/Chibinaut itu masuk ke dalam kapal angkasa dan selepas semua Power Sphera telah dikumpulkan oleh BoBoiBoy dan Gopal, mereka bertolak pulang ke Stesen Angkasa TAPOPS.
Perbezaan dengan Versi Komik[]
- Dalam siri, Gopal bersembunyi di belakang BoBoiBoy setelah Jugglenaut membesar manakala dalam versi komik, Fang yang berada di belakang BoBoiBoy.
- Dalam siri, Giganaut memegang Dinding Tenaga Berlapis dengan satu tangan manakala dalam versi komik, dia memegang dengan dua tangan.
- Versi komik tidak menunjukkan Yaya dan Ying memanggil nama BoBoiBoy Halilintar selepas kemunculannya.
- Dalam siri, serangan BoBoiBoy Halilintar diakhiri dengan sambaran halilintar manakala dalam versi komik, BoBoiBoy Halilintar mengakhiri serangannya dengan Pedang Halilintar.
- Dalam versi komik, proses pengecilan Jugglenaut ditunjukkan selepas kepulan asap hilang namun tidak ditunjukkan dalam siri.
- Dalam versi komik, Chibinaut membaling bebola dalam pertunjukkan sarkasnya manakala dalam versi komik, dia membaling semacam kain pengelap.
- Dalam versi komik, GigiBot memberitahu nama dan kuasanya kepada Gopal namun tidak ditunjukkan dalam siri.
Watak[]
- BoBoiBoy
- BoBoiBoy Halilintar (Kemunculan sulung)
- Yaya
- Ying
- Gopal
- Fang
- Ochobot
- Papa Zola (sampingan)
- Kapten Kaizo
- Koko Ci
- Cattus (sampingan)
- BellBot (sampingan)
- ApiBot
- BebelonBot
- SimenBot
- Jugglenaut
- GigiBot
- MelonBot
- HidungBot
Trivia[]
- Buku komik rasmi yang mengandungi episod ini telah dilancarkan di kedai buku sejak Oktober 2017.
- Episod ini menandakan kemunculan pertama BoBoiBoy Halilintar sejak kemunculan terakhirnya dalam siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy: The Movie.
- Tajuk pertama bagi episod ini adalah "Kemunculan Lagenda" seperti tajuk buku komik BoBoiBoy Galaxy jilid keempat, tetapi kemudian diubah kepada "Kemunculan Halilintar" sempena kemunculan BoBoiBoy Halilintar.
- Dalam BoBoiBoy Galaxy: Kemunculan Lagenda, nama Jugglenaut gergasi dan kecil masing-masing ialah Giganaut dan Chibinaut.
- Ia juga dianggap bahawa kuasa BoBoiBoy Halilintar tidak stabil selepas pertukaran pertamanya kerana dia hanya menyeru "Kuasa Elemental!" dan menjadikan urutan transformasinya tidak lengkap. Dengan menyeru "BoBoiBoy Halilintar!" dalam transformasi keduanya, dia dapat mengekalkan bentuk elementalnya sehingga selesai menggunakannya.
- Episod ini telah mendedahkan yang sebab BoBoiBoy tidak menggunakan kuasa tahap kedua dalam mana-mana episod sebelum ini adalah kerana dia perlu melengkapkan semua kuasa tahap pertama terlebih dahulu, dan ini juga adalah untuk mengelakkan kerosakan pada jam kuasanya.
- Episod ini telah memperolehi 1 juta tontonan dalam masa kurang dari 18 jam dan kemudian 3 juta tontonan dalam masa 24 jam.
- Serangan terakhir BoBoiBoy Halilintar terhadap Jugglenaut sama dengan yang digunakannya terhadap Bora Ra di BoBoiBoy: The Movie.
- Muzik untuk Halilintar adalah istimewa di sini kerana solo gitar utama hanya dihidupkan apabila kuasa Halilintar dalam efek. Apabila BoBoiBoy kembali normal, solo gitar berhenti dan instrumen lain diteruskan. Jadi mood semasa menonton perjuangan berterusan BoBoiBoy untuk mengekalkan keadaan Halilintar dan memenangi pertarungan, diperkuatkan dengan solo gitar. Lebih-lebih lagi apabila solo gitar melompat dengan tema utama BoBoiBoy pada kali pertama BoBoiBoy menolak Jugglenaut menggunakan kuasa Halilintar.
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Kemunculan Halilintar
Video[]
|