BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Sarkas Kegelapan merupakan episod ketiga belas dalam musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 22 Jun 2017.

Ringkasan

BoBoiBoy dan yang lain pergi ke Planet Sarkas dan memasuki ke dalam Sarkas Maksima lalu bertemu dengan Jugglenaut. Koko Ci menyedari bahawa Power-Power Sphera yang dicuri tempoh hari berada di tangan Jugglenaut dan BoBoiBoy berlawan dengannya untuk mendapatkan semula Power-Power Sphera itu.

Plot

Di Planet Sarkas, kelihatan beberapa buah Power Sphera sedang melihat ApiBot, BebelonBot dan SimenBot yang berada di dalam sangkar Power Sphera. Tiba-tiba kedengaran suara gelakan Jugglenaut, dan semua Power Sphera terus pergi bersembunyi dengan ketakutan. Jugglenaut kemudian mengaktifkan ketiga-tiga Power Sphera itu untuk mematuhi perintahnya. TargetBot, MelonBot dan MelonBot serta sebuah Power Sphera tidak dikenali terketar-ketar setelah melihat tiga Power Sphera itu. Jugglenaut menyeru Power-Power Sphera itu lalu melambungkan mereka sambil ketawa dengan suara yang menyeramkan.

Sementara itu kapal angkasa TAPOPS telah separuh perjalanan untuk ke Planet Sarkas. Gopal mencadangkan kepada Komander Koko Ci untuk menggunakan saja Kuasa Teleportasi Ochobot, namun dibidas oleh Koko Ci yang berkata mereka perlu menyimpan tenaga Ochobot untuk kegunaan kecemasan. Papa Zola yang sedang mengemudi kapal angkasa berkata yang dia juga boleh teleportkan dia ke Bumi kerana sudah masuk waktu makan untuknya. Yaya nampak kecewa dengan sikap cikgunya itu yang sentiasa homesick.

Gopal terpandang Ying dan bertanya apa yang dia sedang lakukan dan Ying menjawab yang dia sedang mengkaji kuasa-kuasa dari Power-Power Sphera yang diculik tempoh hari. Lalu Gopal berkata lebih baik dia belajar tentang penculik Power Sphera itu, ada juga gunanya daripada belajar tentang Power Sphera. Namun Ying membidasnya yang itu saja maklumat terkini yang mereka ada. BoBoiBoy cuba mendapatkan kepastian tentang penculik Power Sphera itu daripada Koko Ci, namun nampaknya mereka masih tidak tahu identiti penculik itu. Di waktu yang begini, Papa Zola sempat berjenaka dengan berkata "Kalau tak tahu, maka tak kenal... Kalau tak kenal, maka tak cinta..." yang membuatkan anak-anak muridnya pandang dengan muka tak puas hati. Kemudian, Ochobot pula membuat jenaka kasar dengan berkata yang lebih elok kalau dia teleportkan Cikgu Papa ke Bumi. Lalu BoBoiBoy bertanya bagaimana jika penculik itu sangat merbahaya, dan Koko Ci menyuruhnya supaya tidak risau kerana dia sentiasa mempunyai rancangan.

Pada masa yang sama, kelihatan Fang yang mengemudi kapal angkasanya dalam keadaan tergesa-gesa sedang menuju ke lokasi yang tidak diketahui. Kemudian, BoBoiBoy dan yang lain pun hampir tiba di lokasi yang ditujui lalu Gopal dan BoBoiBoy pun bangun dalam keadaan yang masih mengantuk. Yaya dan Ying pergi menjenguk ke tingkap dan mengulas betapa kecilnya Planet Sarkas. Kecekapan Cikgu Papa yang mengemudi kapal angkasa untuk mendarat dipuji oleh Yaya dan Ying. Namun, selepas terlihat Gopal yang sedang mengantuk Papa terus berteriak "Bersedia untuk mendarat!" kepada anak-anak kapal lalu kapal angkasa terus memecut ke bawah dengan laju sehingga semua orang tunggang-langgang di dalam kapal.

Sementara itu, rupanya kehadiran ahli-ahli TAPOPS itu sedang diperhatikan oleh Juggelanut dari dalam bangunan di planet itu. Kemudian dia tidak sengaja terlihat Ochobot dan mendapatkan kepastian jika itu ialah Power Sphera dan ia dipastikan oleh GigiBot, membuatkan Jugglenaut berniat untuk menambahkannya ke dalam koleksi Power Spheranya. Tatkala Papa dan Cattus berehat di dalam kapal angkasa, Cici Ko, BoBoiBoy dan rakan-rakannya memasuki ke dalam Planet Sarkas. Di dalam, Yaya dan Ying mengulas seramnya di tempat itu yang gelap dan sunyi sepi. Lalu BoBoiBoy bertanya kepada Koko Ci tempat apakah itu dan Koko Ci menjelaskan bahawa suatu masa dahulu, tempat itu merupakan pusat hiburan dan ramai yang suka pada pertunjukan sarkas pada ketika itu. Namun Gopal tiba-tiba menyampuk kata-kata Koko Ci dan terus merampas alat pengesan Power Sphera dari tangannya.

TargetBot merayap di khemah sarkas kegelapan, yang mengejutkan Gopal, menyebabkan dia berlari keluar dari khemah. Ketika BoBoiBoy, Yaya, dan Ying memasuki khemah, dia menakuti mereka dan berjaya mengelakkan serangan mereka dengan cepat. Namun, dia tertangkap oleh Ying dengan Kuasa Slow-Mo dan Yaya memerangkapnya dengan Graviti Pemberat. Dia menjadi rosak teruk oleh Bebola Api yang dihantar oleh BoBoiBoy Api. BoBoiBoy menuntut untuk mengetahui di mana dia ambil Gopal, tetapi dia mendedahkan bahawa dia tidak melakukannya.

Jugglenaut mengetahui kuasa BoBoiBoy, Yaya, dan Ying, berterima kasih dengan TargetBot, tetapi dia masih menghukum TargetBot untuk gagal menghalang mereka.

Jugglenaut akhirnya mendedahkan dirinya dalam Sarkas Maksima dan memperkenalkan dirinya kepada pasukan TAPOPS. Namun, mereka menyatakan bahawa mereka tidak pernah mendengarnya, bahkan Tarung juga tidak kenal, ini membuatnya sangat marah. Dia menggunakan BebelonBot untuk menyerang mereka ketika Power-Power Spheranya bersorak kepasanya. Bebelon yang dia buat meletup apabila disentuh. Dia mampu mengatasi mereka. Kemudian, BoBoiBoy menyuruh Koko Ci untuk membawa Ochobot ke keselamatan. Kemudian, Jugglenaut menggunakan SimenBot untuk memerangkap Yaya, Ying, dan BoBoiBoy, dan mencuba untuk merampas Ochobot. BoBoiBoy telah dibebaskan oleh Gopal. Jugglenaut kemudian menyerang Gopal untuk campur tangan, tetapi pada masanya BoBoiBoy Petir menghentikan serangan, tetapi dia terkena dalam proses. Jugglenaut menyerang Gopal dan Komander Koko Ci dan mereka telah terperangkap dalam simen. Dia mendekati Ochobot untuk mengambilnya, tetapi BoBoiBoy berdiri dan menyuruhnya untuk tidak mendekatinya, tepat pada masanya Fang dan Kapten Kaizo tiba.

Perbezaan dengan Versi Komik

Watak

Trivia

  • Ini merupakan kali kedua dalam BoBoiBoy Galaxy di mana BoBoiBoy menggunakan Pemecahan Elemental untuk berpecah kepada tiga yang salah satunya bukan bentuk asal, iaitu BoBoiBoy Daun menggantikan BoBoiBoy Petir dalam episod ini.
  • Episod ini merupakan kemunculan pertama Kapten Kaizo sejak kemunculan terakhirnya dalam Musim 3, Episod 26.
  • Jugglenaut memanggil labah-labah bebelon merupakan rujukan kepada Pain memanggil labah-labah kertas daripada siri Naruto.
  • Ia didedahkan bahawa Ying merasa jijik terhadap labah-labah.

Galeri

Video

Advertisement