BoBoiBoy Wiki
BoBoiBoy Wiki

Baraju Bersatu merupakan episod kedua-puluh-dua dan terakhir dalam musim kedua siri BoBoiBoy Galaxy, dan juga merupakan episod keenam dan terakhir dalam BoBoiBoy Galaxy Baraju. Ia dilepaskan di YouTube Monsta dan Netflix pada 22 November 2025, kemudian di RTV pada 5 Disember 2025.

Ringkasan[]

Dengan robot gergasinya yang menakutkan, Pak Pato mengugut untuk memusnahkan kedua-dua puak Bara dan Salju. Ketika berhadapan dengan kemusnahan, BoBoiBoy perlu melepaskan kuasa terhebatnya dalam pertempuran terakhir yang bakal menentukan nasib kedua-dua puak tersebut.

Plot[]

Perbezaan dengan Versi Komik[]

  • Lawan terakhir BoBoiBoy dalam versi komik adalah Robot Panglima Pyrapi dan Mas Mawais, sedangkan dalam versi animasi adalah robot gergasi yang dikendalikan Pak Pato.
  • BoBoiBoy tidak pernah melakukan Elemental Fusion menjadi BoBoiBoy Gentar dalam versi komik.
    • Dalam versi animasi, BoBoiBoy tidak menggunakan BoBoiBoy Sopan untuk melawan robot Pak Pato.
  • Dalam versi komik, Yaya dan Ying tidak pernah melihat BoBoiBoy Gentar.
  • BoBoiBoy Nova dan BoBoiBoy Blizzard tidak pernah membuat kemunculan mereka dalam versi komik.
  • Pak Pato melarikan diri dari Planet Baraju dengan KeyBot selepas beberapa robotnya dikalahkan oleh BoBoiBoy Sopan.
    • Berbeza dengan versi animasi, dia tidak dapat melarikan diri sehingga dia ditangkap oleh kedua-dua puak Bara dan Salju, seperti yang ditunjukkan dalam kredit.

Watak[]

Trivia[]

  • Ini merupakan kemunculan sulung BoBoiBoy Nova dan Blizzard dalam siri animasi.
  • Ini juga merupakan babak dimana BoBoiBoy pertama kali menggunakan Pemecahan Elemental dengan Kuasa Tahap Ketiga.
  • BoBoiBoy Gentar kembali memecahkan dinding keempat dengan berkata "Ini siri, bukan movie", merujuk pada BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan yang akan datang.
  • Episod ini mengandungi satu-satunya kemunculan fizikal Mama Zila dan Pipi Zola dalam siri BoBoiBoy Galaxy, kedua-duanya muncul dalam babak pasca-kredit.

Galeri[]

Video[]