Gaharum ialah watak baru dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 2. Dia merupakan tukang masak diraja kepada King Balakung yang rapat dengannya. Dia juga merupakan sahabat lama Hang Kasa.
Sejarah[]
Sejarah awal[]
Guru Gaharum ialah tukang masak diraja dan kawan baik King Balakung. Apabila Retak'ka membunuh Raja Balakung, Guru Gaharum mula tinggal seorang diri di Planet Rimbara. Pada suatu masa, Qually bertemu dengan Gaharum untuk menuntut ilmu masakan dengannya. Gaharum memberikan tugasan kepada Qually memintanya untuk mencari empat bahan untuk membuktikan yang dia layak untuk berguru dengannya, membuatkan salah satu alasan mengapa Qually sangat terobses dengan cita-citanya.
BoBoiBoy Galaxy Musim 2[]
Hang Kasa membawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya bertemu kawan lamanya Gaharum. Hang Kasa cuba meyakinkan Gaharum untuk mengajar BoBoiBoy cara memperoleh kuasa unsur tahap ketiga. Gaharum pula menjelaskan sejarah King Balakung, pemilik asal kuasa unsur daun dan meminta BoBoiBoy membawakan empat bahan, jika dia ingin mengetahui rahsia unsur alam itu. Empat bahan tersebut iaitu Garam Kristal dari Hutan Bakau Utara, Cili Suci dari Lembah Cidas, Sky Coconut dari Pokok Tertinggi, dan Apiru Biru sebagai pelengkap kepada ketiga-tiganya. BoBoiBoy memulakan perjalanan untuk mencari bahan-bahan yang diminta.
Rupa[]
Gaharum memakai baju merah separuh koyak; menutup separuh dadanya. Dia mempunyai kepala seperti brokoli dengan dua pokok kecil bercabang kecil di kedua-dua bahunya. Dia memakai tali pinggang yang dihiasi dengan garis kuning dengan daun hijau pucat yang besar tergantung di tengah.
Perwatakan[]
Gaharum mempunyai personaliti yang gembira dan ceria. Dia suka bercakap dalam sajak. Dia suka memasak dan seorang pengkritik dalam hal menilai.