BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
Animation-Header FWY-v3-1536x411

"Fly With Yaya ialah siri pengembaraan mesra Muslim yang mengikuti Yaya, seorang adiwira wanita yang berkebolehan untuk terbang. Selain memperlihatkan tempat-tempat yang indah dan belajar tentang budaya baharu di seluruh dunia, Yaya turut memperkenalkan tempat-tempat makan yang halal dan kemudahan yang mesra Muslim."
— Penerangan rasmi (selepas diterjemahkan) di laman web Monsta


Fly With Yaya merupakan sebuah siri pengembaraan mesra Muslim yang dihasilkan oleh Animonsta Studios. Dibintangi oleh Yaya, siri ini ingin mengajar penonton tentang tempat-tempat yang indah dan belajar tentang bahasa, etika budaya dan tarikan-tarikan yang terdapat di seluruh dunia di samping memperkenalkan kedai-kedai makan yang halal dengan kemudahan yang mesra Muslim.

Ringkasan[]

Siri ini menunjukkan Yaya akan pergi ke luar negara untuk menemui tempat menarik di seluruh dunia. Kamu akan ikut dengan Yaya jika ingin pergi ke luar negara.

Episod[]

Musim 1[]

Video Tajuk Tarikh dimuat naik Penerangan
Shibuya Crossing: Lintasan Jalan TERBESAR Di Dunia 23 November 2018 Ikuti Yaya dalam pengembaraannya menjelajah Jepun, di mana Yaya akan mempelajari tentang bahasa, keindahan budaya Jepun, makanan halal dan banyak lagi. Tunggu apa lagi? Jom Fly With Yaya!
Seni Upacara Minum Teh! 18 Desember 2018 Yaya mempelajari tentang upacara teh Jepun di Keio Plaza Hotel! Sangat menarik dan unik sekali! Jepun memang terkenal dengan kehidupan yang teratur dan tenang seperti upacara teh ini. Jom, ikut belajar bersama Yaya?
Makanan Halal di Jepun! 18 Januari 2019 Ikuti Yaya dalam pengembaraannya untuk mencari Makanan Halal di Negara Jepun! Nampak sedap betul makanan-makanan yang Yaya masak tu! Rasa lapar pulak tiba-tiba hehe.
Ada Apa Di Asakusa? 23 Februari 2019 Seronok Yaya jalan-jalan di Asakusa dalam yukata yang cantik ni! Ada banyak benda menarik di sini! Jom ikut Yaya ke Asakusa!
Ada Apa Di Asakusa? 12 April 2019 Ada 30 billion bakteria hidup dalam sebotol Yakult! Nani?? Jom ikut Yaya belajar tentang Bakteria Shirota di Kilang Yakult!
Yakult Lady Yaya! 26 April 2019 Harini Yaya nak belajar macam mana nak jadi Yakult Lady! Jom ikut Yaya!
Jalan-Jalan Arashiyama! 30 April 2019 Cantiknya pemandangan musim luruh di Arashiyama, Kyoto! Kalaulah tiap-tiap hari musim luruh, kan best!
Sejadah Corak Kinran! 27 Julai 2019 Cantiknya sejadah dengan corak Kinran ni! Jom tengok macam mana ia dihasilkan!
Makanan Jalanan Halal di Jepun 4 Ogos 2019 Sedapnya makanan-makanan jalanan di Jepun ni! dan yang penting sekali, HALAL!!
Jelajah Expo Park 10 Ogos 2019 Menjelajahi Expo '70 Park dan mencuba makanan tradisional Jepun, soba!
Budaya Ainu 17 Ogos 2019 Jom belajar tentang budaya Ainu yang merupakan kaum orang asli di Jepun!
Tempura Daun Mapel 24 Ogos 2019 Akan diumumkan...
Seni Amezaiku di Tokyo! 31 Ogos 2019 Wahhh! Sedapnya Amezaiku ni! Siapa reti buat gula-gula Amezaiku? Cuba bagitahu dekat Yaya!
SAMPURU, Macam Makanan Betul? 9 September 2019 Dari dulu lagi, restoran di Jepun akan upah artis professional untuk buat replika makanan, atau dikenali sebagai... Sampuru! Nak tengok macam mana sampuru dibuat? Jom ikut Yaya ke Design Pocket, Osaka!
Jom Belajar Buat Ramen Halal! 16 September 2019 Akan diumumkan...
Dunia Mini di Tobu World Square! 23 September 2019 Akan diumumkan...

Musim 2: Tohoku[]

Video Tajuk Tarikh dimuat naik Penerangan
YAYA MAKAN 100 MANGKUK?! 18 November 2019 Bolehkah Yaya makan 100 mangkuk Wanko Soba?
RAKSASA DI YAMAGATA! 25 November 2019 Ada raksasa di Gunung Zhao?! Betulkah?
LUKISAN MISTERI DI AKITA! 2 Disember 2019 Terdapat banyak tempat menarik di Akita!
Ikan Tuna GERGASI Miyagi! 8 Disember 2019 Tuna Gergasi?! Adakah anda serius?
Perkampungan Zaman Purba Aomori 15 Disember 2019 Akan ditambahkan
Dr. Noguchi, di Fukushima! 23 Disember 2019 Terdapat banyak tempat menarik di Fukushima!

Musim 3: Omotenashi[]

Video Tajuk Tarikh dimuat naik Penerangan
Penternakan Tiram 22 Disember 2022 Yaya kini berada di Shiogama, wilayah Miyagi di Tohoku! Kelihatan Yaya ditemani oleh kawan barunya.. Tomo-chan!
Pengalaman Ryokan 30 Disember 2022 Ryokan ialah penginapan gaya tradisional yang unik di Jepun. Jika anda benar-benar ingin merasai pengalaman Omotenashi, anda perlu menginap di ryokan sekurang-kurangnya sekali.

Trivia[]

  • Pada tahun 2020, musim kedua ini iaitu Fly With Yaya Tohoku telah memperoleh dua pencalonan iaitu:
    • Kategori Anugerah Pendatang Baharu di Anugerah Kecemerlangan Licensing International 2020 di Amerika Syarikat.[1]
    • Anugerah Inovasi dan Kepintaran - Pengaturcaraan Kanak-kanak untuk Anugerah Inovasi Kandungan 2020 oleh Television Business International (TBI).[2]

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Fly With Yaya. Rujuk Fly With Yaya/Galeri.

Video[]

Rujukan[]

Pautan luar[]

Advertisement