BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Fatimah Zafira merupakan seorang kakitangan dalam syarikat Animonsta Studios dan seorang yang sangat berpengalaman dengan sejarah bekerja yang telah ditunjukkan dalam industri animasi tersebut. Selain pengalaman sebagai ilustrator, beliau turut menerbitkan novel yang disasarkan untuk kanak-kanak, menjadikannya seorang profesional seni dan rekaan yang teguh.

Biografi[]

Fatimah merupakan seorang lulusan dari Multimedia University (MMU) dalam jurusan Animasi, Teknologi Interaktif, Grafik Video dan Kesan Khas peringkat Sarjana Muda Seni.

Kerjaya[]

Dalam syarikat Monsta, Fatimah pernah memikul tanggungjawab sebagai Ketua Penyunting bagi Majalah Komik BoBoiBoy selama 2 tahun 2 bulan. Dalam pada itu, beliau turut menyumbangkan suaranya untuk watak Siti dan Cikgu Timi dalam siri animasi BoBoiBoy. Kemudian, beliau beralih kepada penulis bebas yang menulis siri buku Detektif Yaya terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. yang berfungsi sebagai spin off bagi siri itu.

Bermula dari Ogos 2017 pula, beliau merupakan seorang penulis skrip utama di mana beliau menulis skrip bagi siri Fly With Yaya dan menulis skrip bahasa Inggeris bagi siri BoBoiBoy Galaxy Musim 1 dan BoBoiBoy Movie 2.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai seorang ilustrator di Ana Muslim Sdn. Bhd. selama setahun 9 bulan iaitu dari Julai 2012 sehingga Mac 2014.

Seni peminat[]

Pautan luar[]

Advertisement