BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Fang merupakan seorang rakan seperjuangan dan bekas musuh kepada BoBoiBoy. Meskipun tetap bersaing dengan BoBoiBoy tetapi dia bersedia untuk membantunya apabila masalah mendatang. Dia memiliki kuasa untuk memanipulasi bayang, dan mampu untuk menghasilkan bayang yang berbentuk haiwan untuk digunakan di dalam pertarungan. Dia juga memiliki banyak pengalaman berbanding rakan-rakannya yang lain.

Penerangan[]

"Fang pernah menjadi salah seorang musuh BoBoiBoy tetapi sejak itu dia berkawan dengannya. Dia masih berhujah terus dengan BoBoiBoy tetapi bersedia untuk membantunya apabila masalah datang.

Dia mempunyai kuasa untuk memanipulasi bayang, yang juga membolehkan dia memanggil bentuk haiwan seperti Helang Bayang, Harimau Bayang dan Naga Bayang.
"
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Galaxy

"Walaupun dia merupakan ahli yang terbaru dalam kumpulan, Fang adalah saingan sengit kepada BoBoiBoy. Fang sentiasa bertengkar dengan BoBoiBoy, kerana dalam diam dia berharap agar dapat menjadi sepopular saingannya itu. Walaupun begitu, Fang tidak pernah teragak-agak untuk membantu BoBoiBoy dan ahli kumpulan yang lain ketika mereka dalam kesusahan. Fang mempunyai kuasa Manipulasi Bayang, yang membolehkan dia untuk menyeru haiwan-haiwan bayang seperti Helang Bayang, Harimau Bayang dan Naga Bayang."
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Movie 2

"Kini kawan akrab kepada yang lain-lain, Fang tetap sentiasa bertengkar dengan BoBoiBoy kerana dalam diam dia berharap agar dapat menjadi sepopular saingannya itu.

Tetapi Fang tidak pernah teragak-agak untuk membantu BoBoiBoy dan yang lain-lain ketika dalam kesusahan.

Fang mempunya Kuasa Manipulasi Bayang, yang membolehkan dia untuk menyeru haiwan-haiwan bayang seperti Harimau Bayang, Buaya Bayang, serta bertukar menjadi separa haiwan bayang tersebut.
"
— Penerangan dalam Segmen Khas - Jom Kenali Superheroes Anda!

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Rencana utama: Sejarah Fang dan Kaizo

Fang telah dilahirkan dan dibesarkan di Planet GogoBugi di bawah jagaan ibu dan bapanya serta abangnya iaitu Kaizo. Pada suatu ketika semasa dia masih kecil, planetnya telah diserang oleh pemimpin pasukan Tengkotak bernama Bora Ra yang ingin merampas sebuah Power Sphera EnerBot, maka Kaizo cuba membawanya keluar dari rumah itu. Namun kemudian mereka ditemui dan diserang oleh Bora Ra apabila gagal merampas EnerBot sebelum mereka akhirnya diselamatkan oleh Laksamana Maskmana.

Selepas Fang membesar, dia mula dilatih oleh abangnya untuk menjadi seorang prebet dalam pasukannya. Fang juga telah belajar beberapa bahasa dan kehidupan yang terdapat di Planet Bumi sebelum memulakan misinya di sana.

BoBoiBoy[]

Ketibaan di Bumi[]

Pada suatu masa dahulu, Fang telah dihantar oleh Kapten Kaizo ke Bumi untuk menjalankan misi untuk merampas Jam-jam Kuasa. Apabila tiba di ruang udara, Fang diturunkan dari sebuah kapal angkasa lalu mengaktifkan topeng kuasanya dan mengesan tenaga dari Jam-Jam Kuasa yang sedang dipakai oleh BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal. Fang dinasihati oleh Kapten Kaizo untuk merahsiakan identiti sebenarnya dan menggunakan kekerasan jika perlu. Setelah itu, Kapten Kaizo bersedia untuk berlepas semula ke angkasa dengan meninggalkan pesanan kepada Fang bahawa dia akan datang semula ke Bumi apabila tiba masanya, lalu terus berlepas ke angkasa meninggalkan Fang.

Fang menuju ke arah lokasi tenaga Jam-Jam Kuasa yang dikesannya tadi, tetapi terhenti apabila mendengar pengumuman dari stesen keretapi bahawa keretapi yang menuju ke Pulau Rintis akan berlepas sebentar lagi. Fang menyahaktifkan semula topeng kuasanya lalu menuju ke stesen itu untuk menaiki Yong Pin Aerotrain dan menuju ke Pulau Rintis. Semasa di Stesen Keretapi Pulau Rintis, Fang keluar dari keretapi Yong Pin Aerotrain dan pada masa yang sama BoBoiBoy masuk ke dalam keretapi itu untuk pulang ke bandarnya.

Mendapat Kuasa[]

Fang telah berpindah ke Sekolah Rendah Pulau Rintis sebagai murid baru dan dimasukkan dalam kelas 5 Jujur. Sepanjang Fang tinggal di Pulau Rintis, dia berasa cemburu dan iri hati dengan BoBoiBoy. Rasa cemburu itu bukan sahaja kerana kehebatan kuasa BoBoiBoy, malah juga kerana kepopularitiannya. Pada suatu hari, Fang berdiri sendirian di Taman Pulau Rintis sambil bersungut akan kepopularitian BoBoiBoy. Adu Du dan Probe yang menyamar mendekati Fang dan menawarkan cara kepadanya untuk menjadi lebih popular daripada BoBoiBoy, iaitu mendapatkan Ochobot lalu memberikan gambarnya sebagai panduan. Adu Du turut memberikan kertas arahan kepada Fang untuk dipatuhinya bagi mendapatkan Ochobot, iaitu memesan air Special Hot Chocolate dan satu tin serbuk koko di warung Tok Aba. Fang meminta Ochobot untuk menuntut harta pusaka yang dikatakan ditinggalkan oleh seorang kenalan BoBoiBoy yang berasal dari kerabat diraja dengan segera. Kemudian, Fang menawarkan pertolongannya untuk menemani Ochobot untuk pergi ke Markas Kotak.

Mereka berdua tiba dan pada masa yang sama, Adu Du dan Probe muncul dan memerangkap Ochobot dalam jaring dan Fang tidak menduga bahawa mereka berdua berniat jahat. Ochobot dibawa masuk ke dalam Markas Kotak dan diikat oleh Adu Du dan Probe sambil diawasi oleh Fang. Adu Du menyuruh Fang menyerahkan serbuk koko kepadanya dan Fang patuh walaupun berat hati. Adu Du mencurahkan serbuk koko ke dalam Ochobot dan menyebabkannya naik gelabah, melepaskan diri dari ikatan dan melarikan diri dari markas sambil diekori oleh Fang. Ochobot cemas mencari tempat untuk menyorok, dan akhirnya berlindung di dalam tong sampah. Fang menemuinya dan menangkap Ochobot untuk melindunginya.

Fang membawa Ochobot pergi jauh daripada Adu Du dan Probe, tetapi tiba-tiba dikepung oleh mereka. Ochobot dalam pegangan Fang masih gelabah kerana terlebih kuasa koko dan akhirnya melepaskan kuasa lebihan itu ke angkasa. Disebabkan oleh Fang memegangnya, dia menerima Kuasa Bayang daripada Ochobot. Adu Du dan Probe terkejut dan menembak Fang bertubi-tubi, tetapi dibalas oleh Fang dengan kuasanya. Naga Bayang gergasi terbentuk di hadapan bulan purnama dan memusnahkan harta benda di seluruh Taman Pulau Rintis. Ochobot menyuruh Fang untuk mengawalnya, tetapi Fang tidak berdaya. Oleh itu, Ochobot terpaksa merenjatkan Fang dan akhirnya Naga Bayang terpadam semasa nyaris memusnahkan pangsapuri. Semenjak daripada peristiwa itu, Fang berlatih untuk menggunakan Kuasa Bayangnya di sebuah Rumah Berhantu, dengan mengganggu penduduk setempat yang melalui di kawasan rumah itu.

Persaingan dengan BoBoiBoy[]

Sejak hari pertama selepas Fang berpindah ke Pulau Rintis, dia berasa cemburu terhadap populariti BoBoiBoy tidak kira di dalam kelas atau luar sekolah. Sepanjang tiga bulan pertama dia bersekolah di Sekolah Rendah Pulau Rintis, dia bersikap dingin dan tidak pernah bercakap dengan murid-murid lain dan sentiasa bersendirian. Bahkan sebelum BoBoiBoy bersekolah di sana, dia sering dibandingkan dengannya oleh rakan-rakan sekelas dan guru yang menjadikan Fang semakin iri hati dengan BoBoiBoy. Pada suatu hari selepas tamat sesi persekolahan, Fang mengendap Ochobot yang sedang membantu BoBoiBoy memasang panda tanda di warung Tok Aba dari sebalik semak-samun sebelum disedari olehnya dan menyebabkannya pengsan. Fang juga telah mengganggu BoBoiBoy yang melalui kawasan Rumah Berhantu semasa dia dalam perjalanan balik dari sekolah dengan jelmaan bayangnya.

Tidak lama selepas itu, Fang telah menyerang BoBoiBoy sewaktu di Rumah Berhantu itu disebabkan oleh kepopularitian dan kehebatannya itu. Dia terus menyerangnya lagi sehinggalah matahari hampir terbenam menyebabkan Fang terpaksa mengundurkan diri. Selepas peristiwa itu, kedua-dua mereka telah mencetuskan persaingan yang sengit antara mereka kerana Fang tidak dapat menerima kekalahannya dengan BoBoiBoy, antaranya lumba lari sambal membawa telur dalam sudu dan pernah bekerjasama dengan Adu Du dan Probe untuk menewaskan BoBoiBoy dalam satu perlawanan bola sepak, namun tetap berakhir dengan kekalahan. Persaingan mereka berlanjutan sehinggalah Fang, BoBoiBoy dan Gopal telah menjadi kecil selepas mereka ditembak oleh Probe semasa sedang didenda mencabut rumput di kawasan belakang sekolah dan terpaksa bekerjasama untuk mencari jalan untuk kembali kepada asal.

Selepas mereka berjaya mengalahkan Adu Du yang merupakan dalang dalam kejadian ini, timbul persoalan kepada BoBoiBoy dan yang lain tentang mengapa Ochobot akan pengsan setiap kali melihat Fang. Fang sendiri tidak ingat akan apa yang telah berlaku sehinggalah apabila BoBoiBoy dan yang lain ditembak dengan Pistol Emosi Y dan mereka pergi ke Markas Kotak untuk mencari Adu Du, Fang dan Ochobot mula ingat sedikit demi sedikit tentang peristiwa bagaimana dia mendapat kuasa daripada Ochobot. Sejak itu, robot itu tidak lagi pengsan apabila melihat Fang. BoBoiBoy dan yang lain meminta maaf kepada Fang kerana telah menuduhnya tanpa usul periksa dan selepas itu, sikap iri Fang terhadap BoBoiBoy mula berkurangan dan dia mula berkawan dengan kawan-kawan sekelasnya termasuk BoBoiBoy walaupun adakalanya dia masih bergaduh dengannya kerana daya saingnya yang tinggi dan tidak lekang dari dirinya.

Apabila Ejo Jo tiba di Bumi dan telah membuat kemusnahan di sekolah serta mengambil kawan-kawan sebagai tebusan, Fang dan BoBoiBoy telah menyusun sebuah rancangan untuk menyelamatkan kawan-kawannya daripada Ejo Jo. Dia memainkan peranan yang penting dalam pertempuran selepas BoBoiBoy berjaya melengahkan masa untuk Fang mengumpul tenaga dan mengeluarkan Naga Bayang untuk menghancurkan Robot PETAI. Proses pengumpulan tenaga tenaga itu telah memakan tenaga Fang dengan banyak menyebabkan dia pengsan. Namun tanpa disedari entah bila dan bagaimana, Jam Kuasa Fang telah dirampas oleh Ejo Jo semasa dia tidak sedarkan diri itu yang menggunakannya untuk mengeluarkan Naga Bayang. Dengan kerjasama BoBoiBoy dan Adu Du, Ejo Jo berjaya ditewaskan dan kuasa Fang dikembalikan kepadanya.

Identiti Didedahkan[]

Fang membantu mengedarkan risalah-risalah kepada pengunjung-pengunjung semasa Hari Karnival Bumi sedang berlangsung di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Kemudian, Fang mengikut Gopal, Yaya dan Ying ke kelas untuk melihat BoBoiBoy yang bersedih di dalam kelas tetapi dia tiba-tiba berlari keluar daripada kelas dengan tergesa-gesa selepas menerima mesej segera pada Jam Kuasanya. Pada waktu malam, Fang berada di dalam Rumah Berhantu, sedang menghubungi seseorang dan berkata bahawa dia telah menerima mesej dan bersiap sedia.

Keesokan harinya, Kapten Kaizo datang semula ke Planet Bumi untuk memeriksa perkembangan misi Fang, lalu Fang bertemu semula dengan kaptennya. Kapten Kaizo turut bertemu dengan "kawan-kawan" Fang, iaitu BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal. Kapten Kaizo kemudiannya mendedahkan identiti sebenar Fang kepada mereka, dan memberikan arahan kepada Fang untuk mengalahkan BoBoiBoy. Fang yang berat hati untuk melakukannya, terpaksa mengikut arahan dengan menggunakan kuasa asalnya, iaitu Kuasa Penembus. Mereka berlawan sehingga Fang berjaya mendapatkan Jam-jam Kuasa dan memberikannya kepada Kapten Kaizo. Akhirnya, Fang mengikut kaptennya ke kapal angkasa lalu berlepas ke angkasa.

Ketika di dalam sebuah bilik di dalam kapal angkasa, Fang mengucapkan tahniah kepada kaptennya di atas empat kuasa baru dan misi pasukan mereka telahpun selesai di situ. Namun, Kapten Kaizo juga meminta Fang untuk menyerahkan Jam Kuasanya bersama dengan berkata bahawa Fang tidak layak menggunakan dua kuasa sekaligus, dan Fang menyerahkannya walaupun berat hati. Jam Kuasanya diletakkan bersama empat Jam Kuasa lain di tempat yang berkunci.

Pertarungan Terakhir[]

BoBoiBoy dan kawan-kawannya telah meminta tolong daripada Adu Du dan Probe untuk membebaskan Fang dan mengambil semula kuasa-kuasa mereka. Apabila Fang merasakan bahawa Kapten Kaizo tidak menyedari tindakannya, dia mengambil kesempatan untuk menggunakan Kuasa Penembus dan perlahan-lahan melangkah keluar dari kokpit kapal angkasa lalu menuju ke bilik. Dia mengambil kesemua Jam Kuasa dan beredar ke ruang saluran udara dengan harapan ingin mengembalikannya semula kepada pemilik asalnya. Walau bagaimanapun, niat dan tindakan Fang disedari oleh Kapten Kaizo yang menganggapnya sebagai pembelot dalam pasukan. Jadi, Kapten Kaizo mencabar BoBoiBoy dan kawan-kawannya, termasuk Fang, untuk bertarung sekali lagi di Medan Latihan Tempur.

Mereka menerima cabaran untuk bertarung dan Fang berganding bahu bersama BoBoiBoy untuk bertarung dengan abang kandungnya sendiri. Walaupun pertarungan tersebut agak sukar, tetapi mereka akhirnya berjaya mengalahkan Kapten Kaizo. Setelah itu, Kapten Kaizo mendedahkan bahawa misinya untuk mencari pemilik-pemilik Jam-Jam Kuasa yang layak, dan mengakui bahawa Fang serta kawan-kawannya adalah pemilik yang layak. Sebelum pergi, Kapten Kaizo memberikan dua pilihan kepada Fang sama ada ingin mengikutnya pulang atau tinggal di Bumi bersama kawan-kawannya, lalu Fang membuat keputusan untuk kekal tinggal di Bumi.

BoBoiBoy: The Movie[]

Fang dan kawan-kawannya telah membuat rancangan untuk berkelah, yang mana BoBoiBoy telah terlepas kerana membantu pihak polis memberkas kumpulan perompak. Setelah itu, BoBoiBoy mengajak kawan-kawannya untuk mencandat sotong bersama Papa Zola untuk menebus kesilapannya namun malang tidak berbau apabila Ochobot telah diculik oleh pasukan Tengkotak dengan tujuan menggunakannya untuk mencari Klamkabot, sebuah Power Sphera purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. Fang bersama kawan-kawannya telah berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia di sebalik misteri Power Sphera.

Menggunakan petunjuk yang dimiliki, mereka telah berjaya menemui lokasi keberadaan Ochobot di Pulau Terapung bersama-sama Klamkabot. Selepas mendengar apa yang telah berlaku dari Klamkabot, mereka telah pergi ke Lab Power Sphera untuk menaik taraf Ochobot supaya dia dapat melarikan diri dari Tengkotak dan Kuasa Teleportasi akan selamat. Namun apabila Bora Ra mengancam untuk mencederakan Papa Zola, Adu Du dan Probe jika mereka tidak membawa Ochobot ke lokasi mereka, maka Fang dan yang lain telah menyusun sebuah rancangan supaya mereka dapat melarikan diri dari Tengkotak di mana Fang menghubungkan semua rakannya dengan kuasa bayangnya. Malangnya, rancangan mereka gagal apabila Kiki Ta menembak Ochobot dan menghentikan proses teleportasinya.

Setelah Bora Ra berjaya merampas Kuasa Teleportasi, Fang membantu BoBoiBoy bertarung menentangnya sehinggalah mereka berada di ambang kekalahan. Selepas Ochobot menyalurkan tenaga terakhirnya kepada Fang dan kawan-kawannya, mereka berjaya menentang kembali pasukan Tengkotak. Namun, Bora Ra yang awalnya tidak dapat menerima kekalahannya mengeluarkan lohong hitam gergasi yang mula menyedut semua yang ada di situ. Fang cuba menghalangnya menggunakan kuasa bayang tahap keduanya sebelum BoBoiBoy berpecah menjadi tujuh dan menentang Bora Ra habis-habisan sehingga akhirnya dia disedut ke lohong hitamnya sendiri. Selepas pertarungan itu tamat, Fang memujuk BoBoiBoy yang menangis sambil memeluk Ochobot, yang rupa-rupanya masih hidup berkat jasa Klamkabot yang telah menyalurkan kesemua tenaganya kepadanya lalu menyampaikan pesanan terakhirnya kepada BoBoiBoy.

Fang, Papa Zola serta yang lain berswafoto bersama-sama sebelum mereka disapa oleh J-Rex. Koko Ci yang berada di kapal angkasa Tengkotak akhirnya mendedahkan identiti sebenarnya kepada mereka iaitu sebagai pengintip yang menyamar lalu mengucapkan selamat tinggal dan berlepas ke angkasa. Mereka bermalam di situ sebelum pulang ke Pulau Rintis dan menjalani kehidupan yang aman dan damai.

BoBoiBoy Galaxy[]

Beberapa ketika setelah peristiwa yang telah berlaku dalam filem, Fang sedang menjalani latihan memandu kapal angkasa secara solo sebelum dia menerima isyarat kecemasan S.O.S dari kapal angkasa TAPOPS lalu bergegas ke lokasi mereka untuk memberikan bantuan kepada kawan-kawannya yang telah diserang oleh Nyamuk Amok. Disebabkan oleh Fang mengenakan helmet keselamatan yang menyerupai cendawan, dia sempat dijadikan bahan jenaka oleh kawan-kawannya sehingga menjengkelkannya. Kemudian, Fang dan BoBoiBoy berganding bahu sehingga mereka berjaya mengalahkan nyamuk-nyamuk angkasa itu sebelum Fang membantu menunda kapal angkasa TAPOPS yang kekurangan tenaga dan menuju ke Stesen Angkasa TAPOPS.

BoBoiBoy Movie 2[]

Apabila Ying berjaya merampas EggaBot daripada Adu Du, Fang mengarahkan lima haiwan bayang-bayangnya menyerang Adu Du dan Probe; membantu BoBoiBoy Halilintar untuk menyerang mereka. Fang menghalang BoBoiBoy daripada membantu Adu Du dan Probe apabila mereka dipukul oleh Raksasa Pengun, walaupun BoBoiBoy tidak menghiraukan. Selepas misi dia menyalahkan BoBoiBoy kerana membahayakan misi mereka dengan menyelamatkan Adu Du dan Probe. Atas kejayaan Fang bersama kawan-kawannya menyelamatkan EggaBot, mereka diberikan kelulusan untuk pulang ke Bumi. Apabila di Bumi, mereka menerima mesej kecemasan daripada Komander Koko Ci yang memberikan amaran bahawa Retak'ka telah kembali, dan mengarahkan mereka pergi ke Planet Quabaq. Apabila BoBoiBoy menggesa untuk pergi ke stesen TAPOPS untuk menyelamatkan mereka, Fang cuba menghalangnya tetapi gagal. Apabila Retak'ka hampir membunuh BoBoiBoy dan Gopal menyelamatkannya, Fang bersama Ying dan Yaya kekal di stesen dan mendesak BoBoiBoy pergi meninggalkan mereka.

Kuasa[]

Serangan
5/5 Profil Galaxy Fang
Pertahanan
4/5
Ketangkasan
3/5
Keberanian
5/5
Kelajuan
3/5

Kuasa Manipulasi Bayang[]

Fang mendapat kuasanya dari Ochobot apabila dia mula-mula membawa robot itu berjumpa dengan Adu Du dan Probe tanpa menyedari niat buruk dua penjahat itu, maka membuat Ochobot buruk sangka terhadapnya. Apapun, sewaktu mereka bolos dari markas penjahat, Fang sempat menawarkan diri untuk melindungi Ochobot dari ancaman Adu Du; akan tetapi, tiba-tiba mereka dikepung semula oleh Adu Du dan Probe. Maka dengan rasa cemasnya Ochobot melepaskan Kuasa Bayang kepada Fang. Akan tetapi, Fang sukar mengawal kuasanya, maka terpaksa Ochobot membahayakan diri dengan mengawal semula Kuasa Bayang. Perkara inilah yang membuatkan Ochobot sering mengalami renjatan dalaman hingga pengsan setiap kali melihat wajah Fang mahupun gambarnya, dan mereka berdua tidak mengingati peristiwa itu sehinggalah peristiwa Musim 2, Episod 8, apabila mereka mengingati semula secebis demi secebis peristiwa itu.

Semua bentuk haiwan bayang yang dihasilkan oleh Fang muncul dengan sepasang mata merah yang menyala ala-ala api yang membara. Fang tidak dapat menggunakan kuasanya ini apabila matahari sedang terbit atau terbenam, seperti yang dikatakan dalam Musim 2, Episod 2. Hal ini kerana sumber cahaya adalah terhad untuk dia untuk menghasilkan bayang-bayang. Walaupun begitu, sewaktu mula-mula Fang mendapat kuasa, dia mampu untuk menghasilkan Naga Bayang pada waktu malam. Selain itu, dalam Musim 3, Episod 16, Fang juga menggunakan kuasanya pada waktu malam iaitu apabila dia menghasilkan Tusukan Jari Bayang, Lindungan Bayang, Harimau Bayang dan Helang Bayang. Tetapi ada kemungkinan bahawa Fang boleh menghasilkan bayang-bayang itu kerana adanya sumber cahaya dari senjata-senjata api yang dihasilkan oleh BoBoiBoy Api.

Dalam Musim 3, Episod 24, Fang telah menghasilkan dua jurusan baru iaitu Koala Bayang dan Polar Bear Bayang. Ini menjadikan Fang mempunyai sebanyak enam belas bentuk bayang. Selepas Fang didedahkan adalah alien, dia turut didedahkan mempunyai kuasa untuk menembusi objek pepejal yang berasal dari cermin matanya (Kuasa Penembus). Walaupun begitu, kuasanya mempunyai batasan: Fang hanya boleh menggunakan satu kuasa sahaja pada satu masa, sama ada Kuasa Bayang atau Kuasa Penembus.

Dalam BoBoiBoy: The Movie, Fang telah menerima peningkatan ke tahap kedua bagi kuasanya. Peningkatan kuasa ini membolehkan dia bercantum dengan mana-mana haiwan bayangnya dan menyerang musuhnya dengan menggunakan kebolehan daripada haiwan bayang yang bercantum dengannya itu. Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 23, Fang telah menggunakan kuasa tahap keduanya semula.

Tahap 1[]

BoBoiBoy
  • Kucing Bayang: Lembaga yang berupa kucing dan bermata merah, yang digunakan untuk mengganggu penduduk Pulau Rintis yang melalui di kawasan Rumah Berhantu. Ia muncul dalam imbas kembali oleh Gopal.
  • Serangan Bayang: Bayangan tali-tali dikeluarkan untuk menyerang lawan dari jarak yang jauh.
  • Harimau Bayang: Jelmaan harimau yang digunakan Fang untuk menyerang lawan.
    • Cakaran Bayang: Fang menyeru Harimau Bayang untuk mencakar lawan.
    • Bahaman Harimau Bayang: Setelah menjelmakan Harimau Bayang, Fang menyerunya untuk membaham lawan.
    • Cakaran Harimau Bayang: Setelah menjelmakan Harimau Bayang, Fang menyerunya untuk mencakar lawan.
  • Bentuk Bayang: Serangan bayang yang mempunyai pelbagai bentuk bayang.
  • Serangan Jari Bayang: Fang menggunakannya untuk memerangkap lawan dengan pantas.
  • Helang Bayang: Lembaga yang berbentuk burung helang yang dijelmakan untuk menyerang lawan dari udara dan Fang juga menggunakannya sebagai pengangkutan udara.
  • Tikus Bayang: Lembaga yang berbentuk tikus yang boleh menarik perhatian lawan dengan pantas.
  • Jari Bayang: Bayangan tangan-tangan yang digunakan Fang untuk memegang atau mengambil dari jarak jauh.
  • Naga Bayang: Serangan terkuat Fang di mana jelmaan naga besar digunakan untuk menyerang lawan. Ia merupakan antara kuasa terkuat Fang yang memerlukan dia fokus sepenuhnya untuk mengumpulkan kuasa magnetik bayang.
    • Sambaran Naga Bayang: Fang menggunakannya untuk menyedut lawan dan juga menghancurkannya.
  • Lorong Bayang: Fang menggunakannya untuk melindungi rakan-rakan sekelasnya dari dihempap siling jatuh.
  • Kokun Bayang: Fang menggunakannya sebagai perlindungan dirinya ataupun untuk melindungi orang lain.
  • Tusukan Jari Bayang: Serangan jarak jauh yang mengeluarkan bayang berbentuk tangan yang bertumpu seperti gerudi.
  • Lindungan Bayang: Fang menghasilkan bayang kokun sebagai teknik perlindungan bagi dirinya.
  • Lompatan Bayang: Teknik lompatan yang menggunakan kuasa bayang untuk mengelak dari serangan lawan. Digunakan untuk mengelak dari serangan Raksasa Perisai namun tidak sempat.
  • Tusukan Bayang: Fang menghasilkan tali bayang yang digunakannya untuk menyerang atau menusuk lawannya.
  • Pengikat Bayang: Teknik menghasilkan tali bayang untuk mengikat lawannya daripada lari ataupun melindungi rakannya dari diserang lawan.
  • Tolakan Bayang: Fang menjelmakan tangan bayang yang digunakan untuk menampar atau menolak lawannya menjauhi dirinya.
  • Jari Jemari Bayang: Fang menghasilkan gugusan tali bayang pada kakinya dan menggunakannya bagi menyerang lawan atau objek bagi mendapatkan sesuatu yang berfungsi sebagai tangan.
  • Tusukan Jari Jemari Bayang: Serangan gabungan antara Tusukan Bayang dan Jari Jemari Bayang.
  • Koala Bayang: Lembaga yang berbentuk koala yang digunakan Fang untuk memeluk lawannya bagi mengalih perhatiannya.
  • Polar Bear Bayang: Lembaga yang berbentuk beruang gergasi yang digunakan oleh Fang bagi menyerang lawannya secara fizikal.
    • Cakaran Polar Bear Bayang: Fang menggunakan beruang bayang sebagai medium yang membolehkannya untuk menyerang lawannya dengan serangan cakaran mengikut pergerakan badannya.
  • Larian Bayang: Fang mengumpulkan kuasa bayang pada kedua-dua kakinya yang menambahkan kelajuannya dalam pergerakan larian.
  • Pelindung Bayang: Teknik pertahanan bagi Fang untuk melindungi dirinya daripada serangan lawan yang kuat.
  • Tangan Bayang: Jurusan yang digunakan oleh Fang untuk menahan sesuatu dinding.
BoBoiBoy Galaxy
  • Jerangkap Jari Bayang: Menghasilkan tangan dengan lima jari yang digunakan untuk menangkap lawannya lalu melemparkan mereka ke tempat lain secara pantas.
  • Helang Bayang: Lembaga burung helang yang lebih besar.
    • Patukan Helang Bayang: Fang menyeru Helang Bayang untuk mematuk lawannya dengan laju.
  • Insektivora Pokok Bayang: Fang mengumpulkan kuasa bayangnya dan membentuk venus lalu menggunakannya untuk menangkap Nyamuk Amok.
  • Jari Bayang: Bayang yang berbentuk tangan yang lebih panjang untuk menyerang lawan atau mendapatkan sesuatu objek. Ia juga boleh digunakan untuk menggeletek lawan yang dikawal oleh Fang, ataupun mengikat tangan lawan dari menyerang rakannya.
    • Jari Jemari Bayang: Fang menggunakan jari bayang untuk menghiasi stesen TAPOPS semasa Tahun Baru Cina 2018.
    • Seribu Jari Bayang: Fang menggunakannya untuk mengikat kesemua lawan-lawannya.
  • Tusukan Bayang: Serangan jarak jauh dengan melepaskan jurusan bayang secara langsung ke arah lawan.
  • Payung Bayang: Fang membentuk payung gergasi untuk melindungi dia dan BoBoiBoy Api dari meteor gergasi.
  • Ikatan Bayang: Fang menyambungkan keretanya dengan motor BoBoiBoy untuk membolehkan mereka memecut ke hadapan dalam Perlumbaan Angkasa Nova Prix.
  • Tangan Bayang: Kuasa ini digunakan sebagai pertahanan.
    • Tangan-Tangan Bayang
  • Harimau Bayang: Lembaga yang berbentuk harimau serta bermata merah.
  • Kuasa Bayang: Fang menggunakannya untuk menyelinapkan dari bawah pintu kebal dan menjelmakan bentuk-bentuk bayang apa yang dia mahukan.
  • Misai-Janggut Bayang: Fang menggunakannya untuk memberikan misai dan janggut kepada seseorang.
  • Koala Bayang: Fang menggunakannya terhadap Haliaman untuk menyelamatkan Xena dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy. Kuasa ini juga digunakan dalam BoBoiBoy Movie 2.
  • Rimba Bayang: Fang menjelmakan semua haiwan bayang pada satu masa untuk membentuk rempuhan yang mengamuk melawan musuh. Kuasa ini digunakan dalam BoBoiBoy Movie 2.
  • Buaya Bayang: Lembaga yang berbentuk buaya serta bermata merah. Buaya besar dengan rahang yang kuat boleh memakan apa sahaja. Ia boleh pergi di darat dan air dan membawa penumpang dengan skala kasarnya. Kuasa ini digunakan dalam BoBoiBoy Movie 2.
  • Ular Bayang: Lembaga yang berbentuk ular serta bermata merah. Ular berbahaya yang menyembur racun untuk melumpuhkan. Ia boleh menggigit dengan mudah dengan gigi beracunnya. Kuasa ini digunakan dalam BoBoiBoy Movie 2.
  • Gorila Bayang: Lembaga yang berbentuk gorila serta bermata merah. Gorila berotot gergasi yang bersenjatakan kuasa juang dan menghancurkan apa sahaja dengan lengan gergasinya yang kuat. Kuasa ini digunakan dalam BoBoiBoy Movie 2.
    • Tumbukan Gorila Bayang
    • Hentakan Gorila Bayang
  • Gajah Bayang: Lembaga yang berbentuk gajah serta bermata merah. Kuasa ini digunakan dalam BoBoiBoy X Air Selangor: Kemuncak Krisis Tandusia. Namun ia lebih kepada rupa mamot.
  • Tikus Bayang: Lembaga yang berbentuk tikus yang boleh menarik perhatian lawan dengan pantas.
  • Perisai Bayang: Fang menjelmakan Perisai dari kuasa bayang untuk melindungi Roktaroka.
  • Gabus Bayang
  • Letupan Bayang
  • Spana Bayang: Fang menjelmakan spana dari kuasa bayang untuk membaiki kapal angkasanya, Lily yang mengalami kerosakan.
  • Tumbukan Bayang
  • Jerangkap Bayang
  • Tutupan Bayang
  • Pemukul Lalat Bayang
  • Cicak Bayang
  • Lembing Bayang
    • Lontaran Lembing Bayang
  • Kepak Kumbang Bayang
  • Jaring Bayang: Fang menjelmakan Jaring dari kuasa bayang untuk menyelamatkan BoBoiBoy.
  • Kurita Bayang: Lembaga yang berbentuk Kurita serta bermata merah. Kuasa ini digunakan dalam BoBoiBoy galaxy musim 2 isu 20 untuk menghalangi pergaduhan antara BoBoiBoy Blaze dan Ais.
  • Kubah Tenaga Bayang: Fang menjelmakan Kubah Tenaga dari kuasa bayang untuk menyelamatkan kawan-kawannya.
  • Kubah Pelindung Bayang: Fang menjelmakan Kubah Pelindungan dari kuasa bayanguntuk melindungi kawan-kawannya.

Tahap 2[]

BoBoiBoy
  • Separa Garuda Bayang: Dengan menjelmakan seekor burung garuda, Fang bercantum dengan burung garuda tersebut dan berupaya untuk terbang dan mengejar lawannya yang berada di udara atau langit.
  • Separa Beruang Bayang: Dengan menjelmakan seekor beruang, Fang bercantum dengan beruang tersebut dan memberikan kuasa fizikal yang banyak kepada Fang untuk mengejar dan menyerang lawannya.
    • Cakaran Beruang Bayang: Fang menggunakan Separa Beruang Bayang untuk mencakar lawannya dari jarak dekat. Serangan ini menyerupai seperti Cakaran Harimau Bayang.
BoBoiBoy Galaxy
  • Separa Harimau Bayang: Dengan menjelmakan seekor harimau, Fang bercantum dengan harimau tersebut dan berupaya untuk menerkam, mencakar dan membenam lawan-lawannya serta berlari dengan pantas.
    • Terkaman Harimau Bayang: Fang dapat menerkam lantai dengan keras dan berlari dengan lebih pantas.
    • Cakaran Bayang: Fang dapat melompat dengan tinggi lalu mencakar lawannya dengan teruk. Kuasa ini juga dikenali sebagai Cakaran Harimau Bayang dalam BoBoiBoy Galaxy musim 2.
    • Benaman Taring Bayang: Fang dapat berlari ke arah belakang lawan dan menggigit tubuhnya.
    • Terkaman Bayang: Fang dapat melompat ke arah belakang lawan dan menerkamnya, tetapi gagal kerana Vargoba mengelak serangannya.
  • Separa Beruang Bayang: Fang bergabung dengan jelmaan Beruang Bayang untuk menyerang lawan.
    • Pukulan Beruang Bayang: Fang memukul lawannya dengan kuat sehingga terlempar ke atas.
    • Cakaran Bayang
  • Separa Gorila Bayang: Dengan menjelmakan seekor gorila, Fang bercantum dengan gorila tersebut dan berupaya untuk merempuh lawannya. Kuasa ini digunakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.
    • Rempuhan Gorila Bayang: Menggunakan kekuatan gorila, Fang merempuh robot yang dikawal oleh Kechik. Teknik digunakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.
    • Servis Gorila Bayang: Menggunakan kekuatan gorila, Fang menggunakan teknik servis bola tampar untuk membantu gopal menyerang ke arah lawannya dari atas.
    • Hentakan Separa Gorila Bayang: Menggunakan kekuatan gorila, Fang menggunakan tukul gergasi gopal untuk menghempuk kepala lawannya.
  • Separa Seladang Bayang: Dengan menggunakan tanduk ArmoBot dan menjelmakan seekor seladang, Fang bercantum dengan seladang tersebut dan dapat menggunakan kekuatan fizikalnya seperti berlari dengan pantas.
    • Tandukan Separa Seladang Bayang: Fang menanduk lawannya dengan kekuatan seladang dengan menggunakan tanduk ArmoBot.
  • Separa Naga Bayang: Dengan menjelmakan seekor naga, Fang bercantum dengan naga tersebut dan berupaya untuk terbang.
    • Semburan Naga Bayang: Fang dapat menghembuskan api yang berbentuk bayang yang sangat kuat untuk menumpaskan lawannya.
    • Cakaran Naga Bayang: Dari ketinggian di langit, Fang mencakar Retak'ka ke bawah menggunakan Separa Naga Bayang dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.
  • Separa Tikus Bayang: Fang bercantum dengan seekor tikus bayang dan berupaya untuk membesarkan saiz dirinya. Kuasa ini digunakan dalam iklan Tahun Baru Cina pada tahun 2020.
  • Separa Garuda Bayang: Fang bergabung dengan jelmaan burung garuda tersebut dan berupaya untuk terbang di langit.
    • Patukan Garuda Bayang
    • Serangan Kepak Bayang: Fang menggunakan kepak garuda untuk menampar lawannya.
    • Tusukan Paruh Bayang
  • Separa Helang Bayang
    • Tutupan Bayang

Tahap 3[]

  • Transformasi Naga Bayang: Fang bertukar menjadi jelmaan seekor naga bayang yang besar dan memakai cermin mata ungu dan berupaya untuk terbang di langit.
    • Hembusan Api Bayang: Fang dapat menghembuskan api yang berbentuk bayang yang sangat kuat untuk menumpaskan lawannya.

Serangan Kombo[]

  • Golem Bayang: Fang menjadikan Golem Tanah kepada Golem Bayang yang saiznya lebih besar.
    • Serangan Golem Bayang: Fang boleh menggunakan Golem Bayang untuk menyerang lawannya secara berpindah-randah bagi mengelirukan lawannya daripada dapat meramal serangan seterusnya.
  • Kuasa Kombo BoBoiBoy dan Fang: Fang melakukan serangan kombo bersama BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air menggunakan golem masing-masing.
  • Kombo Padu B.A.G.: Fang melakukan serangan kombo bersama BoBoiBoy dan Yaya.

Kuasa Penembus[]

Fang telah didedahkan mempunyai kuasa asal iaitu Kuasa Penembus yang berteknologi alien yang membolehkannya untuk menembusi objek pepejal. Kuasa ini berbentuk topeng kuasa yang berteknologi tinggi yang berasal dari cermin matanya. Fang perlu menyentuh huruf 'F' pada bingkai cermin matanya untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan topeng kuasanya.

  • Kuasa Penembus: Selepas mengaktifkan topengnya, tubuh badan Fang berubah menjadi Unjuran Astral yang membolehkannya menembusi objek pepejal.
    • Kiub Penembus: Fang mengaktifkan topengnya lalu membentuk sebuah kiub di sekelilingnya yang membolehkan sesuatu serangan lain menembusi kiub ini. Fang menggunakannya sebagai pelindung untuk mempertahankan kawan-kawannya daripada serangan Lahap.

Kuasa ini diambil semula oleh Kapten Kaizo selepas Fang tidak lagi bersama pasukan mereka.

Rupa[]

Fang prototype

Konsep asal Fang.

Fang berambut pacak yang berwarna hitam keunguan, memakai sarung tangan separa berwarna ungu serta bercermin mata berwarna biru berbingkai ungu dan terdapat huruf 'F' di bahagian kiri dan kanan bingkainya. Dia juga berjaket dan berkasut but.

Dalam musim kedua, Fang mula memakai baju lain di sebalik jaketnya yang berwarna ungu. Ketika di sekolah, seperti biasa Fang akan berbaju sekolah berlengan pendek dan mengikat jaketnya pada pinggangnya. Baju sukannya pula berwarna putih bercorak ungu dan berlengan pendek serta berseluar yang sederhana.

Dalam musim ketiga pula, Fang memakai baju berwarna kelabu tanpa lengan tetapi berzip dan jaketnya diikat pada pinggangnya serta memakai kasut but yang sama, tetapi coraknya berlainan. Dia mempunyai sebuah topeng kuasa yang berwarna putih apabila mengaktifkannya dengan cara menyentuh bingkai cermin matanya.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Fang sudah meningkat remaja. Fang semakin tinggi dan kelihatan membina badannya. Dia memakai jaket berwarna ungu yang berkolar dan sehingga paras lututnya. Dia memakai dua tali pinggang kelabu di keliling pinggangnya dan menyilang di badannya. Seluarnya berwarna kelabu gelap dan memakai kasut but kelabu keunguan dengan sole yang berwarna kelabu di atasnya. Fang juga memakai mempunyai sepasang sarung tangan tidak berjari, bersama dengan lengan putih dan merah gelap di lengan kanan. Jam Kuasa Fang dipakai di tangan kiri. Cermin matanya pula kini mempunyai bingkai merah, lensa biru muda, ia dilekatkan di telinga, serupa dengan topeng abangnya.

Perwatakan[]

Fang merupakan seorang yang sombong, mementingkan diri, tidak suka bersosial dan juga lebih suka menyendiri, tetapi dia suka menjaga kebersihan. Semenjak dia berpindah ke Sekolah Rendah Pulau Rintis, dia menjadi kesukaan ramai murid perempuan kerana kekacakannya, tetapi setiap kali nama BoBoiBoy disebut dan dipuji, murid-murid mudah tertarik kepada kisah BoBoiBoy hingga membuat Fang berasa cemburu dan iri hati. Dia merupakan seorang yang agak serius dan tak suka membazir masa.

Semenjak BoBoiBoy pulang dan menetap di Pulau Rintis, Fang menjadi lawan dan saingan ketat kepada BoBoiBoy untuk merebut populariti. Dalam Musim 2, Episod 9, Ochobot telah termimpikan semula masa silam Fang dan sejak daripada peristiwa itu BoBoiBoy dan kawan-kawannya menyedari bahawa Fang adalah orang yang baik sebenarnya. Jadi, semenjak daripada hari itu mereka mula berkawan dan Fang juga telah menjadi sebahagian daripada Geng BoBoiBoy.

Namun apabila tibanya Kaizo di Bumi, sifatnya lebih pendiam. Kemungkinan dia takut akan kehebatan kuasa kaptennya sehingga dia sanggup mengkhianati dan menyerang kawannya sendiri demi kesetiaannya kepada Kaizo, iaitu abang kandungnya sendiri. Walau bagaimanapun, Fang kembali normal setelah dia dan BoBoiBoy memenangi satu pertarungan terakhir dalam siri BoBoiBoy.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Fang sudah matang sebagai pemimpin, kerana dia telah ditugaskan sebagai kapten pasukan terorganisir serta pemimpin pasukannya sendiri. Fang juga telah berkembang agak bergaya, kerana dia memakai topi keledar cendawan yang agak bergaya kerana ia adalah trend fesyen baru. Apabila siri ini berlangsung, Fang telah membangunkan keperibadian yang lebih kecil dan pasif. Dia tidak sanggup melawan rakan-rakannya dalam siri asal. Kemungkinan dia melepaskan diri selepas menjalani latihan di bawah kakaknya yang sejuk dan acuh tak acuh. Pada mulanya ternyata bahawa dia tidak lagi membenci sebarang kebencian terhadap BoBoiBoy, dia masih cemburu dengan kepopularitiannya kadang-kadang.

Trivia[]

  • Sebelum namanya didedahkan, Fang dikreditkan sebagai "Budak Misteri".
  • Fang merupakan watak terakhir yang muncul dalam siri BoBoiBoy. Kemunculan Fang adalah untuk memenuhkan peranan sebagai pesaing yang sengit kepada BoBoiBoy.
  • Sewaktu kemunculan sulungnya dalam Extended Finale, Fang memiliki rambut yang berwarna hitam sepenuhnya. Tetapi dalam musim ke-2 dan seterusnya, Fang muncul dengan rambut berwarna biru gelap.
  • Pada awalnya, Fang dinamakan sebagai "Ninjaboy" dan berkonsepkan ninja yang memakai topeng penguin.
  • Seperti yang ditunjukkan dalam Musim 2, Episod 4, Fang mempunyai kemahiran bermain bola keranjang. Dalam Musim 3, Episod 14, ia didedahkan bahawa Fang selalu berlatih bermain bola keranjang di padang sekolahnya.
  • Dia adalah watak pertama yang boleh berteriak seperti seorang gadis seperti yang dilihat dalam Musim 2, Episod 8. Yang kedua adalah Papa Zola dalam Musim 2, Episod 12, yang ketiga adalah Iwan manakala yang keempat ialah Adu Du dalam Musim 3, Episod 5, Nurasyikin Abdul Khalit memberikan suara jeritannya.
  • Fang berkebolehan untuk bercakap dalam bahasa Mandarin dan Kantonis.
    • Fang pernah menyanyikan lagu Mandarin untuk menidurkan BoBoiBoy dalam Musim 3, Episod 16.
    • Fang turut bercakap dalam bahasa Kantonis dalam BoBoiBoy: The Movie apabila dia meminta maaf kepada Harimau Bayang dengan berkata "hai sye" yang bermaksud "maafkan saya" kerana menyerunya secara tidak sengaja.
      • Menurut surat peminat, sebelum Fang datang ke Bumi, dia belajar bahasa seperti Melayu dan Mandarin melalui video dari Bumi sebagai persediaan untuk misinya.
  • Ia telah dibayangkan sepanjang siri itu sejak dia datang ke Pulau Rintis, dia tinggal bersendirian di Rumah Berhantu. Ia kemudiannya didedahkan dalam sebuah majalah bahawa Rumah Berhantu bukan tempat tinggal Fang, sebaliknya merupakan tempat Fang berlatih untuk menggunakan kuasa bayangnya.
  • Makanan kegemaran Fang ialah Donat Lobak Merah. Dia amat sukakan donat itu kerana ia penuh dengan khasiat walaupun manis. Setiap kali dia makan, dia akan kehilangan sifat sombongnya dan makan dengan amat berselera dan kalau dia tidak makan donat itu walaupun sehari, Fang akan hilang mood dan cepat marah.
  • Kadangkala, cabaran Fang terhadap BoBoiBoy menyebabkan mereka bergaduh dan sering membandingkan kehebatan kuasa dan kebolehan masing-masing. Walau bagaimanapun, Fang dan BoBoiBoy tetap berkawan antara satu sama lain.
  • Nama sebenar Fang telah diberitahu oleh Kapten Kaizo dalam Musim 3, Episod 24, iaitu Prebet Pang. Namun, kawan-kawannya yang lain masih lagi memanggilnya dengan panggilan "Fang" kerana tidak menganggap dia sebagai musuh. Tetapi, berdasarkan sesi soal jawab dalam Majalah Komik BoBoiBoy, Kapten Kaizo memanggil Fang dengan panggilan "Pang" kerana itulah cara Fang menyebut namanya ketika dia masih kecil.
  • Fang boleh memainkan alat muzik seperti gitar dan dram.
  • Suara Fang telah menjadi lebih mendalam sejak Musim 2, Episod 7 kerana pelakon suara Wong Wai Kay berkeliaran di antara Musim 2, Episod 6 dan Musim 2, Episod 7.
  • Kuasa bayangnya berkongsi persamaan dengan Shikamaru Nara dari anime Naruto.
  • Menurut surat peminat, genre kegemaran Fang adalah fiksyen sains.
  • Ia didedahkan dalam surat peminat bahawa Fang boleh bernyanyi.
  • Surat peminat mendedahkan bahawa ibu bapa Fang dan Kaizo masih hidup dan tinggal di planet rumah mereka.
    • Mereka juga disebut oleh Fang dalam Musim 3, Episod 23 apabila dia cuba untuk menceriakan BoBoiBoy yang sedih kerana ibu bapanya tidak dapat datang ke Karnival Hari Bumi.
  • Kuasa Penembus telah diberikan kembali kepada Kaizo selepas dia menyelesaikan misi Bumi kerana abangnya memerlukannya untuk misi lain.
  • Surat peminat mendedahkan bahawa kedua-dua Fang dan Kaizo tidak tahu memasak atau membakar makanan.
  • Kedua-dua Fang dan Ying memakai cermin mata bukan kerana rabun jauh atau dekat, tetapi supaya kelihatan menarik dari segi penampilan.
    • Namun begitu, terdapat juga pernyataan yang mengatakan bahawa Fang memang rabun sejak daripada lahir lagi.
  • Ia telah didedahkan dalam komik BoBoiBoy Galaxy: Cabaran Baharu bahawa dia memperoleh 85 mata dalam ujian menulis dalam ujian EASY-A.
    • Dengan mengandaikan bahawa Fang mencapai 100 mata semasa ujian tumpuan, dia mendapat minima 55 mata dalam ujian survival.
  • Fang sebilik dengan Sai di stesen TAPOPS.[1]
  • Dia dan Gopal jarang dilihat bersama.[2]
    • Walaupun pada akhir BoBoiBoy Galaxy Episod 24, kedua-duanya seolah-olah mengusik BoBoiBoy bersama-sama apabila dia bangun selepas pertarungan terakhir, dan mereka (bersama-sama BoBoiBoy) juga akan mengusik Tarung juga.
  • 7 Fakta Mengenai Fang
    Beberapa fakta dari fail rahsia Kaizo[3] yang dikeluarkan untuk hari jadi Fang (13 April) mendedahkan yang berikut:
    • Haiwan kegemarannya ialah penguin (semasa kecil, dia pernah ada baju tidur penguin).
    • Fang mempunyai banyak koleksi cermin mata cool tetapi tidak pernah dipakai.
    • Helmet cendawan Fang boleh didapati di pasar lambak.
    • Cerita kegemarannya ialah 'Singing Pebble Penguin'.
    • Sewaktu kecil, Fang pernah memasuki ke dalam pertandingan menyanyi (tetapi dia kalah).
    • Dia kalah dalam pertandingan menyanyi disebabkan oleh dia menyanyi lagu tema Pebble Penguin.
    • Dia sering bermain dalam talian, anda boleh menambahnya di: xxShad0w_us3r3134
  • Fang mendapat tempat ke-3 dalam video BoBoiBoy: Watak-Watak Terkuat.
  • Berdasarkan komik kisah silam Fang dan Kaizo dalam episod ekstra BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya, ia telah didedahkan bahawa:
    • Bapa mereka merupakan gabenor di Planet GogoBugi dan keluarga mereka telah melindungi Power Sphera selama bertahun-tahun.
    • Fang telahpun bertemu dengan Bora Ra bersama dengan abangnya ketika dia masih kecil, dan Fang nampaknya tidak ingat tentang peristiwa tersebut setelah dia meningkat remaja.
  • Bersama dengan BoBoiBoy, dia juga gemar bermain gitar dan bass.
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 19, Fang adalah ahli TAPOPS yang kedua popular.
  • Fang mempunyai kapal angkasa yang bernama "Lily".
  • Fang dilihat sebagai seorang yang amat memahami budaya Malaysia apabila dia mengetahui dan membaca Rukun Negara dengan sempurna dalam video Rukun Negara sempena Hari Kebangsaan 2020.
    • Meskipun Fang berasal dari planet GogoBugi, namun dia dilihat mempunyai semangat patriotik terhadap Malaysia yang kuat dalam semua video Hari Kebangsaan Monsta.
  • Menurut biodata Fang dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu #88:
    • Minuman kegemarannya ialah air buah kelapa.
    • Subjek kegemarannya ialah teknologi maklumat dan komunikasi.
    • Jenis lagu kegemarannya ialah soundtrack permainan video.
    • Warna kegemarannya ialah ungu.
  • Sebab utama haiwan Bumi digunakan untuk serangan bayang kerana Fang menganggap fauna Bumi begitu menarik dan hebat.
  • Fang ingin menjadi popular untuk mendapatkan maklumat penting yang telah disalurkan kepada Kaizo.
  • Fang menganggap Lahap sebagai pakciknya yang "cool" dan suka meluangkan masa dengannya apabila di luar misi.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Fang. Rujuk Fang/Galeri.

Video[]

Rujukan[]

Advertisement