BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Faizal Tahir merupakan merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau bertanggungjawab menyanyikan lagu tema bagi filem BoBoiBoy Movie 2, iaitu Fire & Water.

Biografi[]

Faizal dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada tujuh beradik kepada ibu bapanya, Muzlipah Aishah Pa’wan Teh dan Mohammad Tahir Abdul Rahman.

Semasa zaman persekolahannya, Faizal memiliki sebuah kumpulan muzik yang ahlinya terdiri daripada rakan-rakan dari sekolah yang sama dan sangat aktif. Beliau juga pernah mengambil peringkat Diploma dalam jurusan Komunikasi Massa (Pengajian Media) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Diskografi[]

BoBoiBoy Movie 2
Fire & Water

Trivia[]

  • Lagu yang ditulis bersama oleh Faizal dan Mike Chan sarat dengan mesej dan pesanan positif yang menekankan sifat keyakinan dan menggalakkan pendengar untuk jangan mudah berputus asa.[1]
  • Sebab Faizal Tahir dipilih untuk membawa lagu tema BoBoiBoy Movie 2 ialah kerana pengarah Nizam Razak percaya bahawa beliau yang serba boleh dan turut terkenal dengan penglibatannya dalam misi kemanusiaan itu dapat melengkapkan watak BoBoiBoy.[2]

Galeri[]

Video[]

Advertisement