BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Pasukan Fang merupakan pasukan yang diketuai oleh Fang dan dianggotai oleh Sai dan Shielda. Mereka merupakan sebahagian daripada pasukan TAPOPS.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Dalam Pertarungan Hangat, mereka telah ditugaskan untuk menghalang pasukan BoBoiBoy daripada mengambil Power Sphera semasa Ujian Kental TAPOPS. Shielda dan Sai dengan mudah mengalahkan Yaya, Ying dan Gopal dan kemudian mereka pergi ke lokasi BoBoiBoy. Mereka telah menghina BoBoiBoy dan kawan-kawannya sebagai pasukan yang lemah dan menyamakan Fang seperti mereka. Penangan itu telah membangkitkan satu kuasa elemental BoBoiBoy, iaitu BoBoiBoy Api. BoBoiBoy yang tidak dapat mengawal perasaan terus menyerang Pasukan A sehingga Laksamana Tarung tiba dan mengumumkan bahawa Ujian Kental telahpun tamat, membuatkan Pasukan A berasa lega. Tarung turut menenangkan BoBoiBoy yang membuatkan dia kembali normal. Setelah semua kembali ke Stesen Angkasa TAPOPS, mereka akhirnya meminta maaf kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya kerana terlebih-lebih dalam ujian tadi dan kemudian berbaik semula.

Mereka muncul secara ringkas dalam Si Penceroboh Panto, ditugaskan oleh Laksamana Tarung untuk menjaga Jokertu dari melarikan diri dari penjara. Kemudian dalam Loopa Lupa?, mereka muncul secara ringkas apabila mereka berusaha untuk melindungi Stesen Angkasa TAPOPS yang telah diserang oleh penjahat asing. Penjahat itu akhirnya dikalahkan oleh Tarung dengan Kuasa Sarung Tarungnya.

Ahli-ahli[]

  • Fang: Merupakan pemimpin dalam pasukannya dan memegang pangkat lans koperal dalam pasukan TAPOPS.
  • Sai: Abang kembar kepada Shielda. Menggunakan topinya sebagai senjata dalam pertempuran.
  • Shielda: Adik perempuan kembar kepada Sai. Menggunakan perisainya untuk tujuan pertahanan dalam pertempuran.

Galeri[]

Advertisement