BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Gerakan Kilat ialah salah satu kuasa BoBoiBoy Halilintar yang digunakan untuk bergerak dengan amat pantas.

Penggunaan[]

BoBoiBoy Halilintar mula-mula mengumpulkan kuasa kilat pada kedua-dua kakinya, lalu mengerakkan dirinya ke arah musuh dengan kelajuan yang pantas seperti kilat.

Sejarah[]

BoBoiBoy Halilintar menggunakan kuasa ini untuk bergerak sepantas kilat. Ia pertama kali digunakan dalam Musim 1, Episod 6 dalam pertempuran dengan Super Probe dan rakan-rakannya di halaman rumah Tok Aba.

Dalam musim kedua, Gerakan Kilat lebih banyak digunakan oleh BoBoiBoy Halilintar. Dalam Musim 2, Episod 3, teknik ini digunakan semasa kelas Pendidikan Jasmani, di mana BoBoiBoy cuba untuk memecut Fang dalam berlumba lari membawa telur dalam sudu tetapi akhirnya pemenangnya ialah Cikgu Papa.

Dalam BoBoiBoy vs Ejo Jo Bahagian 1, kelemahan untuk teknik ini boleh dilihat dengan jelas iaitu apabila Ejo Jo melambatkan masa dengan Jam Kuasa Ying dan secara tidak langsung mematahkan teknik ini.

Dalam siri BoBoiBoy Galaxy, BoBoiBoy Petir mula menggunakan gerakan ini tetapi dengan petir yang berwarna kuning. Ia juga digunakan sekali oleh BoBoiBoy Halilintar dalam Kemunculan Halilintar.

Trivia[]

  • Teknik Gerakan Kilat ini adalah jauh lebih pantas daripada Ying iaitu sebanyak 31.25%, oleh itu menjadi teknik terpantas dalam siri ini.
  • Teknik Gerakan Kilat juga digunakan untuk mengelabui musuh dan diserang bersama dengan kuasa lainnya selain bergerak dengan pantas.
  • Teknik ini merupakan antara teknik yang paling banyak digunakan oleh BoBoiBoy Halilintar.
  • Dalam Musuh Baru Dan Lama, BoBoiBoy Halilintar telah menggunakan satu lagi teknik yang kegunaannya hampir sama dengan Gerakan Kilat iaitu Pecutan Halilintar.

Galeri[]

Advertisement