Ibu bapa Fang dan Kaizo merupakan dua watak yang belum pernah muncul sepanjang siri ini. Bagaimanapun kisah silam mereka diceritakan dalam episod ekstra komik BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya.
Sejarah[]
Mereka pertama kali disebutkan oleh Fang secara ringkas dalam Musim 3, Episod 23. Sementara BoBoiBoy sedih kerana pekerjaan ibu dan bapanya telah menghalang mereka untuk datang ke Karnival Hari Bumi di sekolah. Fang cuba menceriakannya dengan berkata bahawa ibu bapanya juga lagi 'sibuk' dan lagi tidak dapat datang ke karnival tersebut.
Ia telah didedahkan dalam surat peminat bahawa mereka juga ialah alien yang menyerupai manusia seperti kedua-dua anak lelaki mereka. Kedua-dua mereka masih hidup dan tinggal di planet rumah mereka yang terletak amat jauh dari Planet Bumi. Dalam surat peminat Majalah Komik BoBoiBoy isu #62, ia juga disebutkan bahawa kedua-dua Fang dan Kaizo masih boleh melawat mereka seberapa kerap yang boleh jika mereka mempunyai masa lapang selain daripada tugas mereka.
Walau bagaimanapun, kisah silam ibu bapa mereka telah diceritakan dalam episod ekstra komik BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya semasa Fang dan Kaizo masih zaman kanak-kanak. Ia didedahkan bahawa bapa mereka merupakan gabenor di Planet GogoBugi dan ia disebutkan bahawa keluarga mereka telah melindungi Power Sphera selama bertahun-tahun.
Rupa[]
Kedua-dua ibu bapa mereka berkongsi warna rambut dan mata yang sama dengan kedua-dua anak lelaki mereka iaitu rambut ungu gelap dan mata perang. Bapa mereka mempunyai gaya rambut yang serupa dengan Kaizo, manakala ibu mereka mengikat rambutnya sebagai sanggul. Tanda-tanda di bawah mata ibu mereka sangat serupa dengan Sai dan Shielda, kecuali dia hanya memilikinya di bawah satu mata dan adik-beradik mempunyai mereka di bawah kedua-duanya.