BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Pemecahan Elemental merupakan kuasa terkuat BoBoiBoy yang membolehkan dia untuk berpecah menjadi tiga, lima atau tujuh dengan Kuasa Elemental masing-masing.

Ringkasan[]

Pemecahan Elemental merupakan kuasa terkuat BoBoiBoy yang membenarkan dia untuk berpecah kepada bentuk elemental yang berbeza. Setiap BoBoiBoy mempunyai kuasa dan elemen masing-masing untuk dimanipulasi iaitu Petir, Angin, Tanah, Api, Air, Daun dan Cahaya. Mereka juga mempunyai perwatakan yang berbeza serta skim warna dan reka bentuk pakaian yang diubahsuai dari skim pakaian BoBoiBoy yang asal. Pada awalnya, BoBoiBoy hanya berkebolehan untuk berpecah menjadi tiga, tetapi kemudian dia dapat berpecah menjadi lima dan tujuh di dalam BoBoiBoy: The Movie berkat daripada tenaga terakhir pemberian Ochobot.

Apabila menggunakan kuasa ini, BoBoiBoy secara dasarnya membuat klon daripada dirinya sendiri, tetapi mengenai dengan setiap Kuasa Elemental yang diseru. Setiap BoBoiBoy merupakan diri mereka sendiri dan dapat hidup secara bebas daripada BoBoiBoy, tetapi selalunya di bawah arahan seorang BoBoiBoy dan biasanya adalah BoBoiBoy Tanah.

Setiap BoBoiBoy mempunyai perwatakan mereka sendiri yang unik yang berasal sebahagian daripada perwatakan asal BoBoiBoy. Pakaian mereka juga adalah variasi dari skema pakaian BoBoiBoy yang asal, tetapi mempunyai warna istimewa yang unik untuk membezakan setiap Bentuk Elemental.

Pemecahan Elemental mesti diutamakan untuk melakukan Elemental Fusion. BoBoiBoy mesti memanggil dua Bentuk Elemental yang menggabungkan, yang kemudiannya bergabung bersama ke dalam Bentuk Gabungan Elemental.

Bentuk Elemental[]

Tahap 1[]

Tahap 2[]

Tahap 3[]

Pemecahan Elemental[]

  • BoBoiBoy Kuasa Dua: Salah satu kuasa terkuat BoBoiBoy yang membolehkan dia berpecah menjadi dua iaitu:
    • BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais
    • BoBoiBoy Gempa dan BoBoiBoy Ais
    • BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Solar
    • BoBoiBoy Duri dan BoBoiBoy Solar
    • BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Gempa
    • BoBoiBoy Air dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Solar
  • BoBoiBoy Kuasa Tiga: Salah satu kuasa terkuat BoBoiBoy yang membolehkan dia berpecah menjadi tiga iaitu:
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa
    • BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Api (Motor Elemental)
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Air (BoBoiBoy Galaxy: Gelora Kuasa)
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Daun (BoBoiBoy Galaxy: Gelora Kuasa)
    • BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Daun
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Cahaya
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Gempa dan BoBoiBoy Duri
    • BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais
    • BoBoiBoy Blaze, BoBoiBoy Ais dan BoBoiBoy Duri
    • BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Duri
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Duri
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Duri dan BoBoiBoy Solar
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Ais
  • BoBoiBoy Kuasa Lima: Salah satu kuasa terkuat BoBoiBoy yang membolehkan dia berpecah menjadi lima iaitu:
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Daun (Hadiah Raya BoBoiBoy)
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Duri dan BoBoiBoy Solar
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Blaze, BoBoiBoy Ais, dan BoBoiBoy Duri
  • BoBoiBoy Kuasa Tujuh: Antara salah satu kuasa terkuat BoBoiBoy yang membolehkan dia berpecah menjadi tujuh iaitu BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Blaze, BoBoiBoy Ais, BoBoiBoy Duri dan BoBoiBoy Solar.

Trivia[]

  • Apabila menggunakan Pemecahan Elemental, BoBoiBoy Tanah sentiasa muncul sebagai ketua untuk membantu BoBoiBoy yang lain. Ini mungkin kerana BoBoiBoy Tanah adalah personifikasi bagi kepimpinan BoBoiBoy dan juga sebagai Bentuk Elemental yang paling hampir dengan perwatakan BoBoiBoy yang asal.
    • Apabila BoBoiBoy Tanah tidak muncul, BoBoiBoy Petir akan menjadi seorang ketua dan membuatkan BoBoiBoy lain bercantum dengannya. Dia juga menjadi salah satu bentuk yang paling banyak digunakan.
    • Selain BoBoiBoy Tanah dan Petir, BoBoiBoy Daun juga boleh menggantikan mereka untuk menjadi ketua pada BoBoiBoy lain.
    • Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 24, BoBoiBoy Cahaya menjadi ketua Pemecahan Elemental, bertempur bersama dengan Api dan Petir, dan juga Bentuk Elemental BoBoiBoy pada awalnya.
  • Kebanyakan babak berpecah tiga dalam musim ke-3 digunakan semula dari musim ke-2.
  • Ia ditunjukkan dalam BoBoiBoy Musim 3, Episod 25 dan BoBoiBoy: The Movie bahawa setiap kuasa BoBoiBoy akan berada pada tahap yang sama apabila dia berpecah.
  • Walaupun Ochobot berkata berpecah ialah kuasa terkuat BoBoiBoy, namun ia didedahkan oleh Retak'ka dalam BoBoiBoy Movie 2 bahawa berpecah akan membuatkan Kuasa Elemental lemah.

Galeri[]

Video[]

Advertisement