BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Gelombang Tidur merupakan kuasa bagi Raksasa Tidur. Kuasa ini merupakan pancaran sinaran dari mulut yang berwarna merah yang membolehkan musuhnya jatuh tidur dengan serta-merta.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Dalam Musim 1, Episod 7, Raksasa Tidur menyerang Papa Zola dengan Gelombang Tidur apabila mereka ada di dalam televisyen. Mujurlah, kesan gelombang tidur pada Papa Zola tidak kekal lama juga, kerana "kebenaran tak pernah tidur".

Dalam Musim 1, Episod 8, Raksasa Tidur melepaskan Gelombang Tidur dari mulutnya ke arah BoBoiBoy dan kawan-kawan yang berkumpul di depan pintu rumah. Yang lain sempat lari, tetapi Tok Aba dan Ochobot yang tercegat di situ terkena gelombang itu lalu tertidur. BoBoiBoy berpatah balik untuk membangunkan datuknya, tetapi Raksasa Tidur terus bermaharajalela dengan melepaskan gelombang ke merata tempat. Hampir semua gelombang itu terelak, tetapi gelombang terakhir meluru ke arah muka Yaya. Sedar Gelombang Tidur yang dilepaskan oleh Raksasa Tidur menghampiri Yaya di depan-depan mukanya, tetapi selamat ditangkis oleh BoBoiBoy yang melepaskan Tanah Pelindung.

Dalam Musim 1, Episod 9, selepas Raksasa Tidur dikalahkan Tok Aba dalam permainan dam haji, Raksasa Tidur sudah pun cukup berang dan melancarkan Gelombang Tidur ke arah semua buah damnya. Yaya, Ying, Tok Aba, Ochobot, Adu Du dan Probe terkena lagi, tetapi BoBoiBoy, Gopal, dan Papa Zola sempat mengelak atau menempis serangan itu.

Kemunculan[]

BoBoiBoy[]

Advertisement