BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Laksamana Maskmana merupakan salah seorang ahli terpenting dalam pasukan TAPOPS yang memegang pangkat Laksamana dan mentor kepada Kapten Kaizo sebelum dia menjadi ahli TAPOPS.

Sejarah[]

Kehidupan awal[]

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan awal Maskmana, selain beliau adalah seorang laksamana dan "wira legenda" yang terkenal sewaktu zaman Kapten Kaizo remaja dan Fang masih kecil.

Sejarah awal[]

Rencana utama: Sejarah Fang dan Kaizo
Maskmana

Setelah menerima isyarat kecemasan dari Planet GogoBugi, Maskmana tiba untuk menyelamatkan Kaizo dan Fang yang masih kecil dan EnerBot dari Bora Ra. Maskmana mengalahkan Bora Ra dengan membelah salah satu antenanya, membolehkan mereka melarikan diri ke dalam kapal angkasa. Dengan mereka dan Power Sphera itu yang selamat, Maskmana menjelaskan kepada Kaizo tentang isyarat kecemasan yang dia terima dan tugasnya untuk mendapatkan kembali EnerBot, tetapi tidak dapat memberitahu bila ibu bapanya selamat selepas mereka menghantarkannya. Sebaliknya, dia menegaskan kepada Kaizo untuk membiarkan Fang membesar tanpa mengetahui peristiwa hari itu. Dia tidak menafikan apabila Kaizo mengakui dirinya lemah untuk melindungi adiknya, menjelaskan bahawa dia tidak dapat mengawal kemarahannya. Sejak dari hari itu, Maskmana mula melatih Kaizo dalam Jurus Bertopeng dan menjadi mentornya.

BoBoiBoy Movie 2[]

Maskmana membuat kemunculan fizikal pertama dalam filem ini, pertama sebagai ahli mesyuarat TAPOPS dalam kapal angkasa Kaizo. Ramenman menegaskan bahawa Retak'ka telah membuat lebih banyak kekacauan dari yang mereka sangka dan mereka harus melakukan sesuatu. Tetapi Maskmana berkata bahawa mereka semua bukan tandingannya, yang diakui oleh Koko Ci. Maskmana menjadi sangat terkejut apabila Kaizo melaporkan dalam mesyuarat itu bahawa Retak'ka telah mengalahkan seluruh Laskar Guruhan.

Maskmana muncul semula ketika TAPOPS mengevakuasi Suku Cendawa dari Planet Rimbara sebelum Retak'ka dapat menyerang. Dia mengeluarkan perintah untuk menghantar Power Spheranya, ArmoBot untuk menolong Fang, Ying dan Yaya agar mereka dapat menentang Retak'ka.

Dia kembali di akhir filem bersama dengan ahli-ahli TAPOPS lain untuk mengucapkan tahniah kepada BoBoiBoy atas kemenangannya menentang Retak'ka.

Di kredit akhir, Maskmana meminta tolong Amato untuk memperbaiki Power Sphera ArmoBot miliknya. Amato hairan dengannya kenapa beliau tidak menyertai pertempuran TAPOPS menentang Retak'ka. Maskmana berkata dia bukanlah seorang lawan dengannya, dan sepatutnya Amato yang membantu BoBoiBoy. Amato mahukan anaknya berdikari untuk bersedia dalam menghadapi misi yang lebih besar.

Senjata dan Kuasa[]

Serangan
5/5
Pertahanan
4/5
Ketangkasan
5/5
Keberanian
5/5
Kelajuan
3/5

Maskmana menggunakan Jurus Bertopeng ketika berlawan, yang boleh menggandakan kekuatan dan kelajuannya ketika berlawan.

  • Topeng Perak: Kebolehan topeng ini masih belum diketahui, namun kelihatannya ia merupakan sumber kuasa untuk pedang perak di tangan Maskmana.
  • Belahan Perak: Satu langkah serangan yang dilakukan dengan pedang peraknya di mana Maskmana membelah antena Bora Ra. Tetapi proses serangan ini tidak kelihatan dan hanya ditunjukkan sebagai bayangan.
  • Pedang Tenaga: Di laman web rasmi BoBoiBoy Galaxy Card, Maskmana didedahkan mempunyai Pedang Tenaga yang berwarna jingga. Reka bentuknya serupa dengan Pedang Tenaga Jingga milik Kapten Kaizo.

Rupa[]

Dalam komik, Maskmana memakai topeng logam kelabu yang kelihatan akan berpecah menjadi dua bahagian yang sama. Corak biru muda melengkung di sekelilingnya ke depan, yang mungkin menjadi ruang mata.

Dalam BoBoiBoy Movie 2, rupanya serupa dengan komik kecuali topeng dan perisainya berwarna perak dan bukannya kelabu. Corak biru pada topengnya bersinar dan berkelip semasa dia bercakap.

Perwatakan[]

"Pahlawan TAPOPS dan mentor kepada Kapten Kaizo."
— Maklumat ringkas Maskmana.

Maskmana seorang yang berani dalam pertempuran, apabila menyambut Bora Ra yang memasuki Menara Utara dan memanggilnya pengecut kerana menyerang kanak-kanak. Kemenangannya terhadap Bora Ra dengan satu serangan membuktikan dia mempunyai kemahiran untuk membuktikan kata-katanya. Keyakinannya dapat memberi pinjaman kepada sifatnya yang sedikit teatrikal, seperti ketika dia berteriak untuk membuat pintu masuknya tiba-tiba lebih dramatik.

Trivia[]

  • Nama Maskmana diambil dari dua perkataan iaitu "mask" yang bermaksud topeng dan "laksamana", sesuai dengan rupa fizikal dan pangkatnya dalam TAPOPS.
  • Maskmana awalnya muncul dalam komik ekstra BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya sebelum membuat kemunculan sulung fizikalnya dalam BoBoiBoy Movie 2.
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya, ia didedahkan bahawa Maskmana yang bertanggungjawab membelah antena milik Bora Ra.
  • Warna kegemaran Maskmana ialah biru.
  • Kapten Kaizo kelihatan memandang Laksamana Maskmana sebagai seorang yang dia sanjung ketika dia menyaksikan ketibaannya untuk menyelamatkannya dan Fang daripada Bora Ra.
  • Maskmana dikenali sebagai Pahlawan Jurus Bertopeng Lagenda kerana tidak ramai yang pernah berjumpa dengannya dan dikenali hanya melalui cerita dari mulut ke mulut.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Maskmana

Gambar promosi[]

BoBoiBoy Movie 2

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy
BoBoiBoy Movie 2
Lain-lain

Komik[]

Advertisement