BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Maharaja Reramos merupakan salah seorang watak antagonis utama yang diperkenalkan dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 2. Dia merupakan pemerintah zalim yang mengambil alih tampuk pemerintahan Planet Windara suatu ketika selepas Kuputeri membalut dirinya dalam kepompong untuk merawat kecederaannya.

Reramos dikatakan memerintah planet dengan zalim dan melakukan penindasan terhadap rakyat jelata menerusi Tentera Kelkatoa yang dikawal oleh Jeneral Berlima yang diketuai oleh Muskida, orang kanan Reramos.

Sejarah[]

Dalam Pergolakan Di Windara, Reramos memerintah Planet Windara dengan kezaliman dan melakukan penindasan terhadap rakyat jelata melalui Askar Kelkatoa yang dikawal oleh Jeneral Berlima yang diketuai oleh Muskida, orang kanan Reramos.

Dalam Kesatria Windara!, Reramos memberi arahan supaya Kuputeri dibawa masuk. Dia mahu Kuputeri membantunya membuka kunci Kristal Isyarat. Apabila geng BoBoiBoy menyerang Istana Kuputeri, dia memberi arahan untuk mengalahkan mereka dan tentera pemberontak.

Dalam Pertarungan Demi Windara!, selepas kekalahan Askar Kelkatoa dan Jeneral Berlima, Reramos melepaskan raksasa Karantular sebagai pilihan terakhir untuk menyelamatkan takhtanya. BoBoiBoy membuka elemen Beliungnya dan mengalahkan lelabah gergasi itu akhirnya mengakibatkan kekalahan Reramos.

Senjata dan Kebolehan[]

Rupa[]

Perwatakan[]

Trivia[]

  • Nama Reramos terbentuk daripada perkataan "rerama" dan "Ramos", satu nama keluarga yang berasal dari bahasa Sepanyol atau Portugis.

Galeri[]

Advertisement