Lanun Angkasa Vargoba merupakan sekumpulan lanun angkasa yang membuat kemunculan pertama dalam Misi Koloni Lanun. Kumpulan ini diketuai oleh Kapten Vargoba dan dianggotai oleh Robot Lanun dan Burung Nuri Lanun.
Sejarah[]
BoBoiBoy Galaxy[]
Dalam Misi Koloni Lanun, mereka melakukan persiapan untuk menyerang Stesen Sunnova. TAPOPS pun menyelinap masuk ke kapal angkasa mereka untuk mengambil StealthBot, tetapi Kapten Vargoba menemukan mereka dan tidak berjaya menangkap mereka sehingga melarikan diri dengan Kuasa Teleportasi.
Dalam Ancaman Armada, Kapten Vargoba dan Robot Lanun pergi ke Stesen Angkasa TAPOPS selepas menaruh alat pengesan di tubuh StealthBot supaya mereka dapat merampas Ochobot dan menyerang stesen angkasa tersebut sehingga menewaskan ahli-ahli TAPOPS. Kerana peristiwa tersebut, BoBoiBoy akhirnya bertukar menjadi BoBoiBoy Cahaya.
Dalam Sinaran Penamat, BoBoiBoy Cahaya berjaya mengalahkan Kapten Vargoba, tetapi dia sedar bahawa di punggungnya ada Power Sphera bernama MagnetBot. Kapten Vargoba mengumpulkan besi-besi ke tubuhnya untuk menciptakan Perisai Kebalnya dan menewaskan BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Kapten Vargoba pun menamatkan BoBoiBoy dengan menumbuknya sekeras pukulan sehingga BoBoiBoy terhempas melepasi siling demi siling sampai ke angkasa lepas. Akhirnya, BoBoiBoy memperoleh tenaga solar dan bertukar menjadi BoBoiBoy Solar untuk mengalahkan Kapten Vargoba dan Lanun Angkasanya. Pertarungan tersebut menyebabkan Stesen Angkasa TAPOPS hancur dan Kapten Vargoba ditinggalkan sendirian dan mati di dalam stesen angkasa tersebut.
Dalam Kembali Beraksi!, BoBoiBoy menyebutkan bahawa lanun konco Kapten Vargoba sudah menjadi baik, tetapi bukan kapten mereka sendiri.
Kelengkapan[]
- Kapal angkasa: Kapal angkasa lanun untuk mereka menjalankan misi di angkasa.
Trivia[]
- Ia tidak diketahui apakah hubungan Lanun Angkasa Vargoba dengan Lanun Angkasa Separo dan jika mereka berada dalam pihak yang sama.