BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Selepas kehancuran Stesen TAPOPS akibat serangan Retak'ka, BoBoiBoy dan rakan-rakan pulang ke Bumi untuk menanti arahan mereka yang seterusnya.

Tanpa disangka, seorang musuh lama muncul kembali dengan rancangan jahat yang baru.
"
— Penerangan dalam laman web musim kedua BoBoiBoy Galaxy


Musim kedua BoBoiBoy Galaxy pertama kali dikeluarkan dalam bentuk komik dengan versi animasi akan datang tidak lama lagi.

Pada 18 Oktober 2021, Nizam Razak mengumumkan bahawa musim ini akan dilancarkan dalam bentuk animasi.[1]

Arka-arka[]

Satu perbezaan ketara musim kedua BoBoiBoy Galaxy daripada musim pertama ialah tidak seperti musim pertama, cerita musim kedua dibahagikan dalam beberapa arka yang mewakili pelbagai senario. Setiap arka terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga dan maksimum enam episod.

Oleh itu, keseluruhan BoBoiBoy Galaxy Musim 2 dibahagikan kepada enam arka berikut.

  1. Arka Qually (Isu 1-6)
  2. Arka Sori (Isu 7-9)
  3. Arka Windara (Isu 10-14)
  4. Arka Gentar (Isu 15-17)
  5. Arka Baraju (Isu 18-21)
  6. Arka Gur'latan (Isu 22-27)

Apabila Musim 2 diadaptasikan ke dalam bentuk siri animasi, arka-arka disusun semula kepada empat, iaitu:

  1. Arka Sori (episod 1-6, keluar pada Disember 2023, menggabungkan arka Qually dan Sori)
  2. Arka Windara (episod 7-12, dijadualkan keluar pada Jun 2024)
  3. Arka Gentar (episod 13-18, dijadualkan keluar pada Disember 2024, menggabungkan arka Gentar dan Baraju)
  4. Arka Gur'latan (episod 19-24, dijadualkan keluar pada Jun 2025)

Episod[]

Siri animasi musim kedua BoBoiBoy Galaxy telah dibahagikan kepada empat arka yang terdiri daripada enam episod setiap satu.

No. episod Gambar Tajuk Tarikh siaran (TV9)
BoBoiBoy Galaxy Sori
1
BoBoiBoy Galaxy Sori Ep1 thumbnail (3)
"Kembali Beraksi!" 13 Disember 2023
Selepas kehancuran Stesen TAPOPS akibat serangan Retak’ka, BoBoiBoy dan rakan-rakan pulang ke Bumi untuk menanti arahan mereka yang seterusnya. Tanpa disangka, seorang musuh lama muncul kembali dengan rancangan jahat yang baru.
2
BoBoiBoy Galaxy Sori Ep2 thumbnail (2)
"Rahsia King Balakung" 14 Disember 2023
Tanpa disangka-sangka, Planet Rimbara merupakan bekas jajahan King Balakung, pemilik asal Kuasa Elemental Balak yang tewas di tangan Retak'ka. Sebuah planet yang penuh dengan rahsia. Dapatkah BoBoiBoy membongkar rahsia King Balakung, dan mendapatkan Kuasa Elemental Balak?
3
BoBoiBoy Galaxy Sori Ep3 thumbnail
"Resipi Warisan Terulung!" 20 Disember 2023
Akibat pembelotan Qually, BoBoiBoy dan rakan-rakan kembali pada Tuan Guru Gaharum dengan tangan kosong. Namun begitu, BoBoiBoy diberi satu lagi peluang untuk membuktikan kesungguhannya. Siapakah yang bakal mewarisi ilmu turun-temurun Tuan Guru Gaharum? BoBoiBoy atau Qually?
4
BoBoiBoy Galaxy Sori Ep4 thumbnail (2)
"Belantara Penuh Bahaya!" 21 Disember 2023
Setelah menerima benih Oakuat dari Tuan Guru Gaharum, BoBoiBoy kini bersemangat untuk mempelajari Kuasa Elemental Tahap Ketiga. Akan tetapi rancangan BoBoiBoy berjaya dihidu musuh yang licik dan penuh muslihat. Pertarungan dua seteru ini membawa mereka ke sebuah dunia yang buas dan liar: Planet Kadruax!
5
BoBoiBoy Galaxy Sori Ep5 thumbnail (2)
"Puak Purba Kadruax!" 27 Disember 2023
Setelah bersemuka dengan gerombolan Tumbosaur di Planet Kadruax, BoBoiBoy dan rakanrakan berusaha melepaskan diri demi menjejak Power Sphera PasuBot yang amat berharga. Namun ada satu lagi kejutan sedang menanti mereka di belantara Kadruax, yang boleh membuatkan rancangan mereka jadi kucar-kacir!
6
BoBoiBoy Galaxy Sori Ep6 thumbnail
"Paduan Dua Kuasa" 28 Disember 2023
BoBoiBoy Solar, BoBoiBoy Duri, dan Ying telah pun tiba di Piramid Baja, tempat tersimpannya Power Sphera PasuBot. Mampukah mereka menyelamatkan PasuBot sebelum Adu Du dan Probe? Atau adakah Adu Du berjaya memperoleh Power Sphera tersebut dan mengeluarkan kuasa terpendam dalam dirinya?
BoBoiBoy Galaxy Windara
7 "Galaxy Musim 2 Episod 7" Jun 2024
Akan diumumkan...
BoBoiBoy Galaxy GenBara
BoBoiBoy Galaxy Gur'latan

Isu[]

No. isu Kulit buku Tajuk Tarikh dikeluarkan
1
Isu 1
Kembali Beraksi! 16 Mac 2020

Selepas kehancuran Stesen TAPOPS akibat serangan Retak'ka, BoBoiBoy dan rakan-rakan pulang ke Bumi untuk menanti arahan mereka yang seterusnya.

Tanpa disangka, seorang musuh lama muncul kembali dengan rancangan jahat yang baru.

2
Isu 2
Rahsia King Balakung! 26 Jun 2020

Planet Rimbara merupakan bekas jajahan King Balakung, pemilik asal Kuasa Elemental Balak yang tewas di tangan Retak'ka. Sebuah planet yang dipenuhi belantara, juga menyimpan pelbagai rahsia.

Dapatkah BoBoiBoy membongkar rahsia King Balakung dan dapatkan Kuasa Elemental Balak?

3
Isu 3
Perbicaraan Terhebat! 27 Julai 2020

Yaya dan Ying telah pergi ke Lembah Cidas untuk mendapatkan bahan ketiga yang diminta oleh Tuan Guru Gaharum. Namun setelah seharian menunggu, BoBoiBoy masih belum menerima sebarang berita daripada mereka.

Risau akan keselamatan mereka, BoBoiBoy dan Gopal bersama rakan baharu mereka, Qually, pergi ke Lembah Cidas untuk menyiasat.

4
Isu 4
Pendakian Hingga Ke Langit! 26 Ogos 2020

Selepas berjaya mendapatkan Garam Kristal dan Cili Suci, BoBoiBoy dan rakan-rakan bergegas ke lokasi bahan yang seterusnya.

Namun ada satu kejutan yang sedang menanti ketibaan BoBoiBoy di puncak pokok Kelapa Langit yang tinggi melangit!

5
Isu 5
Misteri Pergunungan Tandus 28 September 2020

Dalam usaha mendapatkan semula bahan-bahan yang dirampas oleh Qually, BoBoiBoy dan rakan-rakan terkandas di kawasan pergunungan yang tandus dan tak berpenghuni.

Namun ada sesuatu yang sedang menanti mereka di Snowasis yang penuh misteri. Dapatkah BoBoiBoy merungkai misteri Snowasis tersebut dan dapatkan kembali bahan-bahan yang telah hilang?

6
Isu 6
Resepi Warisan Terulung! 23 November 2020

BoBoiBoy dan rakan-rakan kembali pada Tuan Guru Gaharum dengan tangan kosong. Namun begitu, BoBoiBoy diberi satu lagi peluang untuk membuktikan kesungguhannya.

Perjalanan mereka di Rimbara hampir sampai ke penghujung, akan tetapi hanya seorang sahaja yang akan dinobatkan sebagai juara. Siapakah yang bakal mewarisi ilmu turun-temurun Tuan Guru Gaharum? BoBoiBoy atau Qually?

7
Isu 7
Belantara Penuh Bahaya! 25 Disember 2020

Pengembaraan baharu! Setelah menerima benih Oakuat dari Tuan Guru Gaharum, BoBoiBoy kini bersemangat untuk mempelajari Kuasa Elemental Tahap Ketiga.

Akan tetapi rancangan BoBoiBoy berjaya dihidu musuh yang licik dan penuh muslihat. Pertarungan dua seteru ini membawa mereka ke sebuah planet yang buas dan liar, Planet Kadruax!

8
Isu 8
Puak Purba Kadruax! 26 Februari 2021

Setelah bersemuka dengan gerombolan Tumbosaur di Planet Kadruax, BoBoiBoy dan rakan-rakan berusaha melepaskan diri demi menjejak Power Sphera PasuBot yang amat berharga.

Namun ada satu lagi kejutan sedang menanti mereka di belantara Kadruax, yang boleh membuatkan rancangan mereka jadi kucar-kacir!

9
Isu 9
Paduan Dua Kuasa! 26 Mac 2021

BoBoiBoy Solar, BoBoiBoy Duri dan Ying telahpun tiba di Piramid Baja, tempat tersimpannya Power Sphera PasuBot. Namun begitu, BoBoiBoy Halilintar, Gopal dan Yaya masih mencari jalan untuk meloloskan diri daripada menjadi habuan Tumbosaur.

Mampukah mereka menyelamatkan PasuBot sebelum Adu Du dan Probe? Atau adakah Adu Du berjaya memperoleh Power Sphera tersebut dan mengeluarkan kuasa terpendam dalam dirinya?

10
Isu 10
Pelawat Misteri Dari Angkasa Lepas! 29 April 2021

Dengan bantuan PasuBot, benih Oakuat pemberian Tuan Guru Gaharum kini membesar dengan suburnya. Malangnya, kegembiraan BoBoiBoy tidak kekal lama apabila rakan karibnya Gopal diculik oleh seorang musuh misteri.

Apa matlamat sebenar si penculik misteri itu? Mampukah BoBoiBoy menewaskannya, dan menyelamatkan Gopal?

11
Isu 11
Pergolakan Di Windara 25 September 2021

BoBoiBoy dan rakan-rakan menerima jemputan dari Maripos dan Kuputeri untuk melihat sendiri keadaan di Planet Windara yang dilanda peperangan. Dalang kepada segala kekacauan tersebut merupakan seorang penjahat yang tamakkan kuasa, bersama gerombolan bala tenteranya.

Namun rancangan Maripos telah berjaya dihidu oleh penjahat tersebut. Dapatkah wira-wira Bumi itu tiba di Planet Windara dengan selamat? Atau adakah mereka akan tewas dilanda badai Windara yang mengganas?

12
Isu 12
Terkandas! 29 Oktober 2021

BoBoiBoy dan Fang terkandas di sebuah lembah terpencil setelah pod kecemasan mereka terhempas di sana. Hilang arah dan buntu, mereka harus mencari jalan untuk menghubungi Maripos dan memberitahu perkhabaran buruk mengenai Kuputeri yang sudah ditawan musuh.

Mereka tiba di sebuah perkampungan untuk meminta bantuan. Namun, walaupun ia nampak seperti ditinggalkan, ada mata-mata yang memerhati pergerakan mereka. Adakah BoBoiBoy dan Fang akan berjaya mencari jalan keluar dari lembah itu? Atau adakah mereka akan terperangkap di sana buat selamanya?

13
Isu 13
Kesatria Windara! 26 November 2021

BoBoiBoy dan rakan-rakan diberi misi oleh Maripos untuk menyelinap masuk ke dalam Istana Kuputeri untuk menyelamatkan Kuputeri. Untuk itu, mereka harus menempuh ribut taufan yang melindungi istana tersebut.

Mampukah mereka tiba ke Istana Kuputeri dengan selamat? Dan apa yang perlu mereka lakukan untuk menghadapi ancaman Jeneral Berlima demi menyelamatkan Kuputeri?

14
Isu 14
Pertarungan Demi Windara! 28 Januari 2022

BoBoiBoy dan rakan-rakan kini bersemuka dengan Maharaja Reramos, penjahat yang telah menakluk Windara dan memerintahnya dengan penuh kekejaman. Dengan bantuan baju perisai pemberian Papiliam, superhero-superhero dari Bumi ini yakin dapat menewaskannya dengan mudah.

Namun begitu, Reramos mempunyai muslihatnya yang tersendiri. Pertarungan di puncak istana akan menentukan nasib Planet Windara; antara keamanan sejagat, ataupun musnah dilanda badai.

15
Isu 15
Berjuang Tanpa Gentar 25 Februari 2022

Misi baharu! Apabila TAPOPS menerima isyarat kecemasan dari sebuah kilang robotik di angkasa lepas, BoBoiBoy, Gopal, Qually, dan Ochobot diarahkan Komander Koko Ci untuk menyiasat sumbernya.

Namun, pelbagai kejadian pelik dan misteri berlaku di kilang tersebut sebaik saja mereka tiba. Siapakah gerangan yang menghantar isyarat kecemasan itu kepada TAPOPS? Dan adakah BoBoiBoy dan rakan-rakan akan terus mara ke depan tanpa gentar?

16
Isu 16
Adiwira Dalam Bahaya 1 April 2022

Pelbagai persoalan bermain di minda BoBoiBoy dan rakan-rakan setelah mereka mendapat tahu bahawa Adu Du adalah individu yang menghantar isyarat kecemasan kepada TAPOPS.

Adakah raksasa robot yang mengganas di Kilang NuBot mempunyai kaitan dengannya? Dan mengapa raksasa itu menyerupai Probe?

Keadaan BoBoiBoy Gentar yang tiada kuasa juga menyukarkan lagi keadaan. Dua seteru kini terpaksa mencari jalan untuk bekerjasama untuk melepaskan diri, atau mereka akan terkandas di kilang tersebut buat selamanya.

17
Isu 17
Kemuncak Gentaran Kuasa 29 April 2022

Masa semakin suntuk! Selepas memperoleh Kuasa Teleportasi, usaha BoBoiBoy Gentar dan rakan-rakan untuk menyelamatkan Probe serta Ochobot dari cengkaman Rosaksa semakin sukar.

Di dalam kehampaan yang melanda diri, BoBoiBoy Gentar harus segera mencari jalan untuk menyelamatkan rakan karibnya, serta menghalang Roksasa daripada terlepas dan membahayakan planet-planet yang berdekatan.

Kemuncak gentaran kuasa kini bermula. Kalah atau menang akan ditentukan dalam satu pertarungan terakhir!

18
Isu 18
Sehangat Bara Sedingin Salju 3 Jun 2022

Pengembaraan baharu! Dalam usaha untuk membuka Kuasa Elemental Tahap Ketiga, BoBoiBoy dan rakan-rakan kini perlu menjejaki legasi Penguasa Elemental Api, iaitu Panglima Pyrapi, dengan bantuan seorang teman lama dari Planet Volkania.

Perjalanan membawa mereka ke sebuah planet beriklim yang ekstrim. Di mana bara dendam serta kedinginan emosi telah menyebabkan persengketaan yang tak berpenghujung, dan bakal memerangkap BoBoiBoy di tengah-tengah konflik yang semakin memuncak!

19
Isu 19
Di Sebalik Api Sengketa 1 Julai 2022

Setelah terperangkap dalam pertempuran yang sengit, BoBoiBoy dan rakan-rakan terpecah kepada tiga kumpulan. BoBoiBoy Blaze, Yaya, dan Gopal dibawa ke kem puak Bara dan bertemu dengan Panglima Yanaari, manakala BoBoiBoy Ais, Ying, dan Qually berlindung di perkampungan Salju yang diketuai Mas Gardu. Fang dan Roktaroka pula tidak diketahui di mana keberadaannya.

Kedua-dua pasukan perlu mencari apakah punca kepada peperangan yang sudah terjadi sejak seratus tahun lamanya ini, demi mencari jalan penyelesaian kepada konflik yang seperti tiada jalan penghujung.

20
Isu 20
Kuasa Tanpa Batasan 29 Julai 2022

Situasi konflik di Baraju menjadi semakin genting apabila puak Bara dan Salju nekad ingin membawa peperangan antara mereka ke peringkat yang lebih ekstrim. BoBoiBoy dan rakan-rakan kini perlu mengejar masa untuk mendamaikan kedua belah pihak sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Umpana api dan air, puak Bara dan Salju saling berlawanan antara satu sama lain dan takkan rela berunding tanpa sebab yang munasabah. Tugas yang sangat mencabar menanti wira-wira dari Bumi ini, dan nasib Planet Baraju kini terletak pada bahu mereka semua.

21
Isu 21
Cahaya Di Sebalik Awan 2 September 2022

Kemunculan BoBoiBoy Sopan meredakan keadaan yang semakin meruncing. Yanaari dan Garud mula bersetuju untuk berunding demi menamatkan persengketaan yang sudah berlanjutan terlalu lama.

Akan tetapi, dalang yang berselindung di sebalik tabir kini menunjukkan dirinya. Mampukah BoBoiBoy Sopan dan rakan-rakan menghadapi cabaran paling sukar di atas nama keamanan sejagat? Atau adakah sinaran suria bakal dilitupi awan hitam buat selama-lamanya?

22
Isu 22
Kilat dan Guruh 30 September 2022

Setelah Pak Pato dan tentera robotnya berjaya ditewaskan, seluruh Planet Baraju meraikan penyatuan antara Puak Bara dan Salju buat julung kalinya. Keamanan yang dulu sekadar impian, kini bertukar menjadi kenyataan.

Namun, Pak Pato yang berjaya melarikan diri bersama Logam Kemilau perlu dijejak sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku. Dan Fang menemui satu petunjuk penting yang bakal membawa superhero Bumi ini ke sebuah planet dengan pergolakan cuaca yang ekstrim;

Planet Gur'latan.

23
Isu 23
Dalam Buruan 28 Oktober 2022

Persidangan yang dimulakan atas semangat persahabatan, kini bertukar tragedi apabila robot-robot Pak Pato datang tanpa diundang dan menyerang semua delegasi. Diketuai oleh robot klon Satriantar yang tangkas dan berkuasa, hingga akhirnya cuma Fang, Gopal, dan Puteri Kira'na sahaja yang masih berdiri menentang mereka.

Harapan mereka kini terletak pada bahu BoBoiBoy, adiwira Tujuh Elemental yang sedang berlatih di Planet Quabaq bersama Hang Kasa. Dapatkah BoBoiBoy tiba tepat pada masanya sebelum kesemua rakannya tewas? Atau adakah agenda jahat Pak Pato akan berjaya sekali lagi?

24
Isu 24
Galaksi Dalam Krisis! 2 Disember 2022

Fang, Yaya, Ying, dan Qually kini dalam tahanan penjara di Gur'latan setelah dituduh sebagai pengganas yang mensabotaj persidangan PPB. Namun, nasib delegasi-delegasi PPB yang lain masih tidak diketahui. Keempat-empat superhero ini perlu mengambil keputusan sama ada menunggu diselamatkan oleh BoBoiBoy, atau mereka harus menyelamatkan diri sendiri.

Pada masa yang sama, Kira'na yang berjaya merampas Kuasa Elemental Halilintar dari BoBoiBoy mempunyai agendanya yang tersendiri. Agenda yang bakal menggegarkan seluruh galaksi, dan membawanya ke dalam kancah yang penuh krisis!

25
Isu 25
Kitaran Kesumat 1 Februari 2023

Segala rahsia kini sudah terbongkar, dan tujuan sebenar Maharani Kira'na telah diketahui umum. Malah, pembelotan Fang yang kini memihak pada Kira'na memberi tekanan kepada BoBoiBoy dan rakan-rakan.

Walaupun agenda sebenar Kira'na masih lagi menjadi misteri, tapi matlamat BoBoiBoy masih tetap sama;

Untuk memastikan keamanan galaksi sentiasa terjaga, dan memecahkan kitaran kesumat yang takkan luput ditelan masa

26
Isu 26
Lepaskan Kuasamu 7 Mac 2023

Galaksi dalam bahaya! Maharani Kira'na telahpun memulakan rancangannya untuk menyatukan seluruh galaksi di bawah panji Empayar Gur'latan, sama ada secara sukarela ataupun secara paksa. Keamanan yang dijanjikan Kira'na hanyalah sekadar topeng kepada pemerintahan mutlak tanpa semak dan imbang.

Harapan kini terletak di bahu BoBoiBoy dan rakan-rakan. Dapatkah BoBoiBoy menawan segala kegusaran di hati dan membuka kunci kepasa Kuasa Elemental Tahap Ketiga? Atau adakah galaksi ini akan jatuh selamanya ke dalam kemelut yang tak berkesudahan?

27
Isu 27
Di Bawah Langit Yang Sama 21 April 2023

Babak terakhir dalam menentukan nasib galaksi kini bermula! Setelah Kuasa Elemental Voltra mula menguasai dirinya, hati Kira'na kini dikaburi dengan amarah dan dendam terhadap BoBoiBoy. Baginya, keselamatan Planet Gur'latan dan keamanan galaksi mesti dicapai walau dengan apa cara sekalipun, dan BoBoiBoy merupakan satu-satunya penghalang kepada matlamat tersebut.

BoBoiBoy Rimba dan para adiwira TAPOPS perlu berganding bahu untuk meredakan amukan Kira'na, sebelum Planet Gur'latan terjerat dalam pertarungan di antara dua kuasa paling hebat.

Kompilasi[]

Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2 mula diterbitkan semula dalam bentuk buku apabila keluaran buku komik bulanan menghampiri penamatnya, mengikuti format sama dengan buku-buku Musim 1.

  1. Seruan Rimbara (Isu 1-5)
  2. Kembara Kadruax(Isu 6-9)
  3. Badai Windara (Isu 10-14)
  4. Gegaran Gentar (Isu 15-18)
  5. Kemelut Baraju (Isu 19-23)
  6. Gempita Gur'latan (Isu 23-27)

Trivia[]

  • Musim ini kini diadaptasi dalam format komik dengan kemungkinan pengeluaran animasi pada tahun 2023.
    • Sebabnya adalah untuk membolehkan Monsta "membangun dan mengembangkan Power Sphera Universe (PSU) dengan cekap dalam jangka waktu yang munasabah" setelah BoBoiBoy Galaxy, dan pada masa yang sama meneruskan pengeluaran projek baru mereka seperti Mechamato dan Papa Pipi.[2]
  • BoBoiBoy dan kawan-kawannya memakai seragam sekolah baru dalam musim ini.
  • Dalam musim ini, BoBoiBoy dan kawan-kawannya menjelajah ke planet lain tanpa pasukan TAPOPS.
  • Pada Persidangan Maya Kre8tif, CEO Monsta - Nizam Abd Razak mendedahkan rancangan untuk filem yang akan datang BoBoiBoy Movie 3 yang dulu dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2021, kini beralih ke tahun 2022, yang merupakan sebab lain musim ini.[3]
    • Mereka juga merancang BoBoiBoy Galaxy Special untuk meraikan ulang tahun ke-10 francais BoBoiBoy, kerana BoBoiBoy Movie 3 yang dirancangkan akan ditangguhkan. Oleh itu, ia juga merupakan beban tambahan, dan kemungkinan penundaan ke musim kedua.
    • Sebuah imej promosi dikeluarkan di media sosial mendedahkan BoBoiBoy dengan pakaian Galaxy Musim 2 dalam animasi 3D.
  • Pada Persidangan Monsta 2022, Nizam Abd Razak mengumumkan siri animasi musim ini yang akan mempunyai 26 episod dan ditayangkan pada tahun 2023.
    • Bagaimanapun, pada 10 April 2023, Monsta mengumumkan bahawa musim kedua BoBoiBoy Galaxy akan dihasilkan sepenuhnya dalam program Blender. Salah satu perubahan terbesar dalam perancangan MONSTA ialah projek berkaitan BG2 dan BoBoiBoy tidak akan dihasilkan sepenuhnya di studio Monsta. Monsta akan mula bekerjasama dengan individu dan studio lain untuk menghasilkan BG2.[4]
    • Animasi musim kedua dibahagikan kepada 2 kelompok dengan 14 episod (Episod 1-14) dalam kumpulan pertama yang meliputi arka-arka Qually, Sori dan Windara iaitu dari isu ke-1 hingga ke-14. Kumpulan kedua akan terdiri dari 12 episod (Episod 15-27) yang meliputi arka-arka Gentar, Baraju dan Gur'latan iaitu dari isu ke-15 hingga ke-27.
    • Selepas keluaran rasmi Isu 26, telah disahkan bahawa akan ada satu keluaran terakhir untuk siri komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2.
    • Setiap isu sama dengan setiap episod.
  • Bagi peminat antarabangsa, versi digital komik itu diumumkan bermula pada bulan April, Mei dan Jun 2022. Ia boleh dibaca secara percuma di Webtoon dan juga boleh dibeli di Google Play Books.
  • Mulai 6 Julai 2022, siri komik Webtoon BoBoiBoy Galaxy Musim 2 mula disiarkan setiap Isnin dan Jumaat.
  • Mulai 18 Oktober 2022, siri Motion Comic BoBoiBoy Galaxy Musim 2 mula disiarkan di saluran YouTube Monsta.
    • Selepas berehat sebentar, siri Motion Comic mula disiarkan semula dari 27 Januari 2023.

Video[]

Komik[]

Animasi[]

Rujukan[]

Advertisement