BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Bola Taufan ialah salah satu kuasa bagi BoBoiBoy Taufan.

Penggunaan[]

BoBoiBoy Taufan menghulurkan tangannya untuk mengumpulkan kuasa angin sebelum dipadatkan, lalu menghasilkan sebiji bola angin yang mampu melambungkan musuhnya ke udara atau digunakan sebagai serangan jarak dekat.

Sejarah[]

Teknik ini pertama kali digunakan oleh BoBoiBoy Taufan dalam Musim 1, Episod 12 untuk menyerang Adu Du dan Super Probe dengan melambungkan mereka ke udara dan sebagai teknik mempertahankan diri daripada serangan BoBoiBoy Halilintar. Manakala dalam Musim 1, Episod 13, BoBoiBoy Taufan menggunakan Bola Taufan terhadap Mukalakus dengan versi yang lebih kuat daripada sebelumnya, sehingga menyebabkan robot itu terlambung ke udara.

Sepanjang musim kedua teknik ini tidak ditampilkan oleh BoBoiBoy Taufan, bagaimanapun digunakan sekali dalam Musim 3, Episod 1 setelah Ejo Jo melepaskan Tembakan Tukaran Molekul ke arah Mukalakus tetapi sempat dihalang dengan teknik ini lalu menyebabkan tembakan Ejo Jo terserak ke merata tempat. Dalam BoBoiBoy: The Movie, BoBoiBoy Taufan menggunakan versi peningkatan dari teknik ini iaitu Bebola Taufan untuk menyerang Gaga Naz.

Kuasa[]

  • Putaran Bola Taufan: Angin kencang berbentuk bola kecil yang diputarkan untuk mempelantingkan lawan.

Trivia[]

  • Teknik ini mempunyai persamaan dengan Bola Kilat yang digunakan oleh BoBoiBoy Halilintar.
  • Teknik ini juga menyerupai Rasengan di mana penggunanya menyerang musuh dari jarak dekat secara tiba-tiba.

Galeri[]

Advertisement