Golem Tanah ialah golem gergasi yang dihasilkan dari rekahan-rekahan tanah. Ia merupakan kuasa utama bagi BoBoiBoy Gempa.
Sejarah[]
BoBoiBoy[]
Golem Tanah pertama kali muncul dalam Musim 1, Episod 13 setelah diseru oleh BoBoiBoy Gempa untuk membantunya mengalahkan Robot Pemusnah Mukalakus yang dikawal oleh Adu Du. Akhirnya dia berjaya dikalahkan dengan bantuan BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan.
Dalam Musim 2, Episod 13, Golem Tanah diseru oleh BoBoiBoy Gempa untuk bertarung dengan PETAI tetapi usahanya gagal. Bersambung dalam Musim 3, Episod 1, dia sekali lagi diseru untuk berlawan dengan Ejo Jo yang telah merampas jam-jam kuasa kepunyaan Gopal, Yaya dan Ying. Namun, Ejo Jo menggunakan kuasa Gopal untuk menukarkannya menjadi kaca dan kemudian menghancurkannya.
Dalam Robot Pango & Raksasa Bawang, Golem Tanah diseru untuk berlawan dengan Robot Pango yang dikawal oleh Tiga Rob. Dengan menggunakan kuasa kombo, Robot Pango telah berjaya dikalahkan. Seterusnya dalam BoBoiBot Bersedia, versi 2.0 dari Golem Tanah digunakan oleh BoBoiBot Gempa.
BoBoiBoy: The Movie[]
Golem Tanah muncul secara ringkas dalam filem ini ketika ia kelihatan menangkap Rob dan Robert yang telah melakukan jenayah rompakan.
BoBoiBoy Movie 2[]
BoBoiBoy Gempa menggunakan Golem Tanah sebagai senjatanya dalam pertarungan melawan Retak'ka.
Kuasa[]
- BoBoiBoy
- Tumbukan Gegar: Antara teknik tumbukan terkuat Golem Tanah yang berupaya untuk mencampakkan musuhnya ke belakang.
- Tumbukan Pemenyek: Dengan hanya satu tumbukan, ianya boleh memenyekkan musuh.
- Tumbukan Giga: Hampir sama dengan Tumbukan Gegar, tetapi lebih kuat.
- Golem-Golem Tanah: BoBoiBoy Gempa menjelmakan golem yang dikawalnya dalam skala yang banyak iaitu sebanyak tiga golem. BoBoiBoy Gempa bertanggungjawab untuk mengawal golem-golem tersebut namun tidak mampu mengawal ketiga-tiganya secara serentak.
- Tumbukan Serentak: BoBoiBoy Gempa menyeru ketiga-tiga Golem Tanah untuk menumbuk secara serentak.
- Cengkaman Tanah: BoBoiBoy Gempa menghasilkan sebentuk tanah untuk mencengkam musuh, namun mungkin tidak boleh bertahan lama jika digunakan pada musuh yang kuat. Pertama kali digunakan pada Musim 2, Episod 6 untuk mengelakkan Kucing Sewel melarikan diri.
- Tanah Tinggi Pencengkam: Mengeluarkan tangan batu daripada tanah lalu mencengkam musuh yang berada di atas udara. Pertama kali digunakan untuk mencengkam kaki PETAI.
- Tanah Pelindung, Berlapis-lapis: Perlindungan bagi BoBoiBoy Gempa yang berlapis-lapis yang diperbuat daripada kristal-kristal. Ia digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
- BoBoiBoy Galaxy
- Tolakan Gempa
- Serangan Kombo
- Gerakan Kombo: Gerakan kombo BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa dalam Musim 2, Episod 13 dengan BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan masing-masing menjelmakan Pedang Mega Halilintar dan Gerudi Mega Taufan. Mereka dibawa oleh Golem Tanah dengan dikawal oleh BoBoiBoy Gempa untuk memulakan serangan terhadap Ejo Jo.
Kemunculan[]
Trivia[]
- BoBoiBoy Gempa menjadi BoBoiBoy kedua yang mempunyai kuasa atau senjata baru, yang pertama ialah BoBoiBoy Taufan yang memiliki Papan Luncur Udara Taufan.
- Golem Tanah seringkali diseru oleh BoBoiBoy Gempa dalam episod terakhir setiap musim (tidak termasuk Musim 3, Episod 1).
- Dalam Musim 2, Episod 13, terdapat satu babak di mana warna matanya menjadi warna merah iaitu sebelum dia kehilangan tangannya.
- Dalam Musim 3, Episod 2, BoBoiBoy Gempa telah mengeluarkan versi naga dari Golem Tanah iaitu Golem Naga Tanah.
- Dalam Jumpa Lagi BoBoiBoy, tiga Golem Tanah telah dikombokan bersama BoBoiBoy Api, Air dan Fang untuk menewaskan Kapten Kaizo.
- Nama singkatnya iaitu Giga membawa maksud "gergasi", sesuai dengan penampilan fizikalnya.
- Dalam BoBoiBoy: The Movie, BoBoiBoy Gempa telah mengeluarkan Golem Tanah yang berasaskan kristal iaitu Golem Kristal.
Galeri[]
- Kategori utama: Gambar Golem Tanah
Gambar promosi[]
- BoBoiBoy
Cekupan skrin[]
- BoBoiBoy
- BoBoiBoy The Movie
- BoBoiBoy Movie 2