BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Ini merupakan video Selamat Menyambut Tahun Baru 2015.

Sinopsis[]

Di Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam, BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang berkumpul di sana dan bersama-sama berbincang tentang akiviti mereka bagi menyambut tahun baru. Fang mencadangkan untuk menonton filem, Gopal mencadangkan untuk makan besar, manakala Ying dan Yaya mencadangkan untuk mengulangkaji mata pelajaran. Tetapi, Gopal, Fang dan BoBoiBoy buat muka tak puas hati. Tiba-tiba, Adu Du dan Mega Probe datang dan ingin menyerang mereka supaya mereka tidak dapat menyambut tahun baru. BoBoiBoy segera bertukar menjadi BoBoiBoy Api lalu melontar Bebola Api ke arah mereka, menyebabkan mereka terpelanting ke langit dan asap daripada Bebola Api membentuk ayat "Selamat Tahun Baru 2015". Kemudian, BoBoiBoy Api dan kawan-kawan mengucapkan Selamat Tahun Baru. BoBoiBoy Api berpesan untuk berjumpa pada tahun 2015 lalu mengujar "Terbaik!".

Trivia[]

  • Ini menunjukkan bahawa Adu Du tidak suka menyambut ucapan dan juga tahun baru.
  • Selain ucapan selamat tahun baru daripada BoBoiBoy dan kawan-kawannya, ini juga merupakan previu pertama bagi BoBoiBoy Api.

Galeri[]

Video[]

Advertisement