BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ezra ialah seorang watak yang muncul dalam Sahabat Cilik SPRM.

Sejarah

Sahabat Cilik SPRM

Di padang Sekolah Rendah Pulau Rintis, sebuah permainan bola sepak diadakan dengan penggunaan kuasa tanpa had. Ezra telah dipilih oleh Cikgu Papa Zola untuk membahagikan pasukan bermain bola sepak. Gopal menghasutnya supaya dia membahagikan kumpulan mereka sebagai satu pasukan untuk menang dengan kuasa mereka. Seorang pelajar mencelah bahawa itu tidak adil.

Rupa

Ezra adalah seorang yang tinggi dengan mempunyai kulit yang cerah dan rambut hitam yang tebal. Dia memakai snowcap serta cermin mata ala-ala gogel. Bajunya berwarna hijau dengan nombor empat tertera di depan dan namanya di belakang baju.

Trivia

  • Menurut tanda pagar pada salah satu kiriman di akaun Instagram BoBoiBoy, Ezra merupakan seorang yang sangat pandai dalam bermain bola sepak.[1]

Rujukan

Advertisement